KEBEBASAN BERFIKIR-ENZO KANEDA

KEBEBASAN BERFIKIR-ENZO KANEDA
Anda Berada Dalam Jajahan Takluk Kerajaan Pelangi Dibawah Pimpinan Laksamana Pelangi Dinaungi Enzo Kaneda-Pemerintah

Selasa, 20 Disember 2011

Ada Apa Dengan Mee Segera...???

Apa jenama mee segera kegemaran anda? Mee segera adalah makanan yang murah, mudah dan cepat malah terdapat bungkusan yang cuma perlu dimasukkan air panas untuk kegunaan mereka yang betul-betul menjimatkan masa.

Malah banyak stesen minyak yang menyediakan kemudahan air panas untuk kemudahan pengguna.

Berbagai bahan pengawet dan MSG di gunakan agar ianya tahan lama dan menambah sedap mee segera yang anda makan.

Tahukah anda mee segera yang anda makan dilapisi lilin(wax) bagi menghalangnya melekat dan nampak lebih cantik semasa anda memasaknya.

Tubuh kita pula memerlukan 4-5 hari untuk mengeluarkannya dari sistem pencernaan kita.

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengurang risiko lilin di dalam mee segera yang anda makan? Jika anda terpaksa makan mee segera ikutilah langkah berikut:

· Masak mee segera dalam periuk.

· Bila sudah masak, toskan air bagi membuang kandungan lilin. Bilas dengan air biasa bagi memastikan baki lilin betul-betul hilang.

· Masukkan mee tadi ke dalam bekas yang mengandungi air panas sebelum memasukkan bahan perasa yang disediakan.

· Makan seperti biasa.

Apa pun nasihat dari saya yang juga seorang penggemar mee segera, eloklah kurangkan kebiasaan memakan mee segera terutama bagi mereka yang masih bersekolah.

Banyak lagi makanan berkhasiat lain yang boleh mengenyangkan. Contohnya...apa ya..oo pisang.. murah dan berzat. Selain dari itu pengalaman saya memakan buah mangga yang masak cukup membuat saya kenyang sepanjang hari..

Kerana Geram, Isteri Jual Suami Di Internet


Seorang wanita berasal dari Utah, Amerika Syarikat (AS), menjual suaminya di laman Craiglist. Hal ini dia lakukan kerana sang suami terlalu lama bermain game. 

Alyse Baddley dari Logan, Utah, AS, ini mengatakan, kerana suaminya, Kyle, menghabiskan banyak waktunya untuk bermain game ‘Call of Duty: Modern Warfare,’ ia pun memutuskan menjual suaminya di laman tersebut.

“Saya jarang melihatnya. Jadi suatu hari saya berkata pada suami saya akan menjualnya di Craiglist dan ibu mertua saya menyuruh saya melakukannya,” papar Alyse.

Alyse mengaku menerima beberapa respon dalam beberapa jam setelah menjualnya dengan ‘Satu suami untuk penawar tertinggi' di Craiglist.

"Kami tak menyangka akan mendapat respon begitu banyak. Seseorang bahkan mengajak bertukar dengan beg tangan biru Skittles," katanya.

Kyle yang mengaku telah menamatkan game itu dalam beberapa hari mengatakan menikmati membaca respon-respon yang muncul.

"Saya mencintai istri saya. Ini benar-benar lucu," katanya.

Ada Apa Dengan Bunga Paling Beracun Di Dunia..???

 Daphne
Bunga daphne juga dikenali dengan nama lady laurel atau tanaman syurga. Seluruh bahgian daripada bunga ini beracun, tapi bahagian yang paling beracun terdapat pada getah dan buahnya.
Daphne mengandung mezerine dan daphnin, merupakan racun kuat yang akan menyebabkan sakit perut parah, sakit kepala, diarhea, kegilaan, dan sawan.

Jika buah daphne diguna secara berlebihan, akan menyebabkan koma malah boleh menyebabkan kematian.

Lyly Of The Valley
Lyly of the valley kelihatan sangat cantik dan nampak tidak berbahaya. Menggunakan satu atau dua dari bunganya yang berbentuk bell tidak akan memudaratkan orang dewasa.

Apabila dimakan dalam jumlah sangat banyak, bunga ini boleh menyebabkan rasa sakit di mulut, muntah-muntah, kejang di seluruh tubuh, dan diare. Racun di bunga ini juga menyebabkan disfungsi jantung dan degup jantung yang lemah.

Belladona
 Dikenali sebagai salah satu tumbuhan paling beracun di Barat Hemisphere, Belladona mengandung tropane alkoids yang berpotensi membahayakan. Seluruh bahagian tanaman ini berbahaya, tapi bahagian yang paling berbahaya adalah buahnya yang sepertinya sedap dimakan, tapi membahayakan anak-anak.

Akibat daripada racun bunga ini adalah pupil mata membesar, penglihatan menjadi kabur, sakit kepala, berhalusinasi dan gila. Atropine racun yang terkandung di dalam bunga ini mengganggu sistem saraf menyebabkan gangguan pernafasan, berpeluh dan jantung berdegup dengan lebih cepat.



Angel's Trumpet


Jangan terkejut dengan namanya, tanaman ini mengandung racun yang sangat bahaya untuk manusia mahu pun haiwan. Bunga ini terkenal sebagai halusinogen yang sangat kuat kerana mengandungi zat tropane alkaloids.
Rhododendron
 Tanaman ini apabila musim berbunga kelihatan sangat indah sekali. Dalam sebuah rakaman, menceritakan tingkah laku yang aneh pada sejumlah kumpulan berbangsa Inggeris semasa memakan madu daripada bunga ini. Rhododendron mengandung andromedatoxin yang menyebabkan muntah, rasa sakit yang hebat, kejang-kejang hingga menyebabkan kematian.

Oleander
 Oleander dikenali sebagai salah satu tanaman yang paling beracun di bumi, sering digunakan untuk bunuh diri. Berbagai macam racun terkandung di seluruh bahagian tanaman ini, seperti Oleandrin dan neriine, menyebabkan gangguan sistem saraf, gangguan pencernaan, dan sistem peredaran darah dimana ke semua itu terjadi secara serentak.

Mangsa akan mengalami gejala kehilangan kesedaran, tubuh menggeletar, rasa sakit, koma, hingga kematian. Getahnya dapat menyebabkan iritasi kulit dan kekaburan pada mata.

Autumn Crocus

Bunga ini juga merupakan salah satu tumbuhan paling beracun di dunia, mungkin ini yang paling beracun. Mengandung colchicine, racun yang terkandung di dalam bunga ini sejenis dengan arsenik yang tidak ada ubatnya. Keracunan tanaman ini dapat menyebabkan penyakit jantung dan hilangnya tekanan darah.

Ada Apa dengan Kejayaan...?


“Beruntunglah badan.  Wajahnya cantik, dipujai ramai pula!”
“Hebat sungguh dia.  Sudah pakai kereta BMW…!”
Kau dah tengok rumah dia?  Dahsyat!  Besar betul rumah dia.  Bangga aku jadi kawan dia!”
“Kau nak tahu tak, gaji dia sekarang sudah 5 angka!  Pangkat besar dia sekarang ni.  Berjaya betul dia!”
“Bahagia betul dia tu kan.  Asyik melancong je.  Tiga bulan lepas ke Australia.  Minggu lepas ke London pula"
Begitulah penilaian manusia kepada manusia lain.  Hebat, berjaya atau beruntungnya seseorang semuanya dinilai pada rupa, wang, pangkat dan harta.   Makin cantik rupa, makin banyak wang, makin tinggi pangkat dan makin melimpah harta, maka berjayalah seseorang itu pada pandangan manusia.  Jika tidak mempunyai salah satu darinya, maka akan dinilailah seseorang itu sebagai orang yang rugi dan tidak berjaya.  Itulah kejayaan definisi kebanyakan manusia.

Penilaian ALLAH `Azza wa Jalla yang merupakan TUHAN yang mentadbir dan memiliki alam seluruhnya ini tidak begitu.  ALLAH menilai manusia bukan kepada rupa, wang, pangkat atau harta.  DIA, TUHAN Yang Maha Agung menilai manusia berdasarkan iman, amalan dan taqwa yang dipunyai oleh seseorang manusia itu.
Ciri-ciri orang yang berjaya dan beruntung di sisi ALLAH telah disenaraikan di dalam al-Quran dalam banyak ayat.  Antaranya ialah di dalam surah al-Baqarah, ayat 2-5.  Di dalam ayat tersebut, ALLAH mencirikan orang yang berada di atas jalan hidayah ALLAH dan berjaya ialah orang-orang yang menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan dan petunjuk.  Merekalah orang-orang yang bertaqwa, iaitu yang beriman dengan sungguh-sungguh dengan hal yang ghaib, mendirikan solat, menginfaqkan sebahagian kurniaan yang telah ALLAH berikan, beriman dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam serta apa yang diturunkan kepada para nabi sebelum Baginda.  Mereka juga sangat-sangat yakin dengan adanya kehidupan dan pembalasan Hari Akhirat lalu berusaha mendapat balasan yang baik pada hari tersebut.

Di dalam surah al-Mukminun ayat 1-11 pula, tersenarai lagi beberapa ciri orang-orang yang berjaya untuk kita lekatkan pada diri kita.  Mereka yang berjaya ialah orang-orang yang beriman yang khusyuk di dalam solatnya, yang menjauhkan diri mereka dari perkara-perkara yang tidak berguna, yang menunaikan zakat, yang menjaga kemaluannya, yang menjaga amanah dan janjinya serta orang-orang yang menjaga solatnya.
Orang yang khusyuk dan menjaga solat adalah antara ciri orang yang berjaya pada pandangan ALLAH.
Orang-orang mukmin yang menyeru kepada kebaikan, yang menyuruh kepada hal-hal yang ma`ruf dan yang mencegah dari perkara-perkara yang mungkar juga termasuk di dalam orang-orang yang berjaya.  Hal ini telah disebut oleh ALLAH Jalla wa A`la di dalam ayat 104 dari surah ali-`Imran.

Surah al-A`la dan asy-Syams pula menyebut orang yang beruntung pada pandangan ALLAH ialah orang-orang yang menyucikan jiwanya dengan beriman bersungguh-sungguh kepada ALLAH.

Dan di dalam surah yang biasa kita baca iaitu surah al-`Asr, ALLAH `Azza wa Jalla telah menyebut semua makhluq yang dinamakan manusia berada di dalam kerugian.  Ya, semua dalam kerugian.  Yang tidak rugi ialah manusia yang beriman kepada ALLAH, yang beramal dengan amalan yang soleh, yang nasihat-menasihati dengan kebenaran dan juga supaya tetap dalam kesabaran.
Nah, itulah antara ciri-ciri orang yang berjaya dan beruntung yang telah disebut oleh ALLAH Ta`ala di dalam al-Quran.  Cuba bandingkan dengan kayu ukur penilaian-penilaian manusia.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah adakah selama ini kita pernah menitik beratkan penilaian ALLAH dalam menilai diri kita?  Atau adakah selama ini kita terperangkap dengan penilaian manusia lalu berlumba-lumba menaikkan nilai rupa, wang, pangkat dan harta untuk dinilai berjaya pada sisi pandangan manusia?
Penilaian siapakah yang sepatutnya kita kejar dan utamakan?

Terpulanglah kepada masing-masing.  Kerana kita akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan kita.  Pada Hari Akhirat nanti kita masing-masing akan dibangunkan untuk dihisab terhadap semua perbuatan kita ketika hidup di dunia.

Jika keberjayaan dan keberuntungan pada pandangan manusia yang kita kejar selama hidup di dunia, maka nasib kita akan diserahkan kepada manusia-manusia itu pada Hari Akhirat nanti.  Bagaimana nasib akhir kita?  Fikirlah sendiri!

Manakala jika keberjayaan dan keberuntungan pada pandangan ALLAH yang kita kejar selama hidup di dunia yang sementara ini, maka nasib kita akan diserahkan kepada ALLAH Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.  Dan sebaik-baik diserahkan urusan kita ialah kepada ALLAH `Azza wa Jalla!

ALLAHU A`LAM.

Ada Apa Dengan Kita Hari Ini...??

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



Ada Apa DenganTeori A.H.Maslow..???


Cuba anda berfikir seketika...? Ketika mula-mula bekerja atau awal tahun pertama bekerja, sama ada kita sedar atau tidak sedar gaji kita yang segenggam itu cukup-cukup untuk membiayai kehidupan kita untuk sebulan tika itu. Cukup-cukup, tidak lebih dan tidak kurang. Jika lebih  kita makin seronok tapi kebiasaannya cukup-cukup.

Ok, kembali kepada realiti sekarang,.Sekarang,gaji lebih sedikit dari segenggam tadi , mungkin gaji kita sekarang bertambah mengikut usia dan pengalaman kita. Tapi keperluan juga cukup-cukup untuk membiayai kehidupan kita kini.

Ada pepatah mengatakan besar periuk maka besarlah keraknya. Adakah kenyataan ini diakui..? Mungkin benar, mungkin silap. Mengikut pembelajaran mikroekonomi juga menjelaskan keadaan di mana keperluan manusia ini adalah tidak terhad. Semuanya berpunca daripada satu sahaja iaitu “nafsu”.
Perancangan  dan pelaksanaan adalah penting dalam merencanakan kehidupan kita kerana ia realisasikan dan menjadikan segala impian atau angan-angan kita selama ini tercapai dan Berjaya.
Mengikut teori  menjelaskan bahawa bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai keperluan yang kompleks.   Berdasarkan teori A.H. Maslow (1954) telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat.  Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Contohnya keprluan berteduh seperti rumah, kenderaan, makan minum, perubatan dsbnya. Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi.  Setelah keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri. 
Peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow ini ialah  :-
 

1. Keperluan Estetik
2. Keperluan Mengetahui
3. Penyempurnaan Diri
4. Penghargaan Kendiri
5. Kasih Sayang
6. Keselamatan
7. Fisiologi
Model Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan ‘ontological’ individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu misalnya pada masa bayi atau kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan dan keselamatan, diikuti dengan kasih-sayang, dan penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehingga kepada peringkat penyempurnaan kendiri.  Kajiannya mendapati semakin tinggi keperluan individu itu maka semakin kurang pergantungan kepada persekitaran social kerana dalam hal ini individu menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan tingkah-lakunya.  Pada masa ini motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat, dan kreativiti impuls individu.  Sementara itu persekitaran sosial merupakan faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini.  Maka dengan itulah juga Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan. Mungkin kita tidak memahami apa itu teori Maslow tetapi jika dihayati inilah “benda” yang dikejar oleh kebanyakan manusia dalam dunia ini mengikut rumusan teorinya.
 Rumusannya adalah bahawa perkembangan individu atau manusia  ini perlu melalui beberapa tingkat kepuasan atau dengan kata lain proses perkembangan individu itu merupakan satu usaha yang berterusan dalam persekitaran sosial sehingga mencapai kecemerlangan dalam kehidupan.
Jika tidak takkan kita semuanya berkejaran di muka bumi ini keluar awal pagi sebelum fajar menyingsing dan kembali tika fajar terbenam dengan matlamat mencari rezeki bagi memenuhi keperluan ini demi mencari apa itu” kebahagiaan , keselesaan dan kegembiraan tidak lagi bersedih, kelaparan , memenuhi kesemuanya kehendak kita dan  tidak lagi merana”


Pejabat Maya Pilihan Mudah Memulakan Perniagaan dari Rumah


Berhenti kerja atau tiada pekerjaan bukan satu masalah berat. Jadi lah pekerja bebas atau freelancer yang mampu melakukan apa sahaja pekerjaan halal. Freelancer melakukan kerja outsourcing dan memberi sumbangan kepada kebanyakan institusi dan masyarakat.
Berniaga dari rumah juga pekerjaan bebas yang menguntungkan tanpa menganggu rutin seharian kita. Kita lebih bebas berurusan, bebas dari segi tanggungan overhead dan kita tidak perlu memikirkan aset tetap seperti bangunan, staf dan sebagainya.
Anda berminat untuk memulakan perniagaan sendiri yang mudah dan ringkas? Artikel kali ini ingin memberi idea tentang pejabat maya atau virtual office.
Dalam perniagaan, sekurang-kurangnya kita memiliki sebuah tempat untuk bekerja dan berurusan dengan orang ramai. Jika kita kurang mampu memiliki aset tetap sebuah pejabat dengan staf, maka pejabat maya lah pilihan paling mudah dan tepat.


Apakah pejabat maya atau virtual office?
Merupakan pejabat atau pusat perniagaan yang boleh disewa secara maya atau dalam talian,dilengkapi dengan staf seperti penyambut tetamu, kerani dan sebagainya, ruang pertemuan seperti ruang untuk mesyuarat, seminar dan sebagainya, dilengkapi talian tetap telefon, fax, emel dan sebagainya. Sama seperti pejabat fizikal yang anda lihat di merata-rata tempat.
Cuma kita sebagai pemilik perniagaan akan menyewa alamat serta talian ruang maya ini bersama-sama kemudahan yang disediakan di dalamnya. Di mana-mana sahaja pusat perniagaan maya yang kita inginkan. Malah, kita boleh memiliki pusat perniagaan sendiri di Australia, Amerika, London dan sebagainya. Itu terpulang pada pilihan kita dan apakah perniagaan kita memerlukan alamat di tempat-tempat di luar Negara?


Bagaimana hendak menyewa ruang pejabat maya ini?
Dengan hanya satu klik, dan transaksi ke akaun syarikat yang menyediakan khidmat sewa tersebut, contohnya di Malaysia anda boleh melayari laman ini untuk keterangan lanjut: http://www.regus.com.my/

Apakah kebaikan pejabat maya? Antaranya:


1. Pemilik perniagaan tidak menanggung kos tetap (overhead) seperti gaji pekerja, sewaan ruang komersil dan sebagainya. Sebaliknya, pemilik perniagaan mampu memiliki cawangan di merata-rata tempat di seluruh dunia dan ini memudahkan urusan di dalam dan luar Negara.


2. Hebahan tentang perniagaan lebih meluas kerana klien akan melihat taburan perniagaan kita di kawasan-kawasan yang berprestij tinggi, misalnya anda boleh memiliki perniagaan di KLCC, Bukit Jalil Golf and Country Club dan sebagainya.


Ini menaikkan nama perniagaan kita, di samping urusan pertemuan dengan klien lebih mudah dan lebih profesional. Contohnya, biasanya nama perniagaan kita juga boleh disenaraikan secara langsung di SuperPages dan lain-lain. Ini bergantung pada pekej penyewaan yang disediakan.


3. Komunikasi di antara pemilik perniagaan dengan klien lebih pantas. Ini disebabkan pejabat maya dilengkap semua kemudahan seperti penyambut tetamu, telefon, faks dan sebagainya yang akan menyokong urusan perniagaan dengan lebih pantas, mudah walaupun pemilik perniagaan tersebut tidak pernah ditemui walaupun sekali. Pemilik perniagaan lebih selesa kerana urusan tempahan misalnya selesai lebih awal daripada menyuruh klien mencari alamat dan datang ke kedai kita dari jauh.


4. Amat sesuai bagi menjalankan perniagaan yang kurang memerlukan ruang penyimpanan seperti pakaian, makanan dan sebagainya. Terutamanya sesuai bagi perniagaan perundingan seperti penterjemahan, agensi-agensi, pengajaran (tuisyen dirumah (home tuition), perundingan kewangan dan lain-lain lagi. Atau dalam erti kata lain, kita menjalankan kerja outsourcing kepada syarikat lain.


Apakah kelemahannya?
1. Jika memiliki ruang perniagaan di luar Negara, pemilik perniagaan terpaksa juga mengeluarkan modal penerbangan atau menanggung bil talian untuk berurusan dengan klien di luar kawasan mastautinnya.
2. Ketidakpercayaan klien. Klien mungkin inginkan pertemuan secara bersemuka dengan pemilik perniagaan setiap kali berurusan dan bukan sekadar mengetahui kewujudan sebuah perniagaan maya.
3. Kelihatan kurang professional kerana kita sebenarnya berkongsi ruang perniagaan tersebut dengan pemilik perniagaan yang lain. Walau bagaimanapun, kita tetap tuan punya alamat, papan tanda serta talian telefon, faks dan sebagainya yang dikhususkan untuk syarikat kita sahaja. Cuma pengurus pejabat maya sememangnya perlu menguruskan jadual pertemuan syarikat-syarikat penyewa (sekiranya ada mesyuarat atau temujanji) dengan bijak dan cermat.

Jadi, apakah pilihan anda?
Sepertimana peribahasa menyatakan, “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”. Mudahnya, jika kita baru hendak bertatih dalam perniagaan, sedangkan kita kekurangan modal tetapi luas pengalaman dan kepakaran, saya mencadangkan kita mulakan dari titik yang kecil seperti pejabat maya. Langkah pertama biasanya akan merangsang langkah baru yang lebih besar. Semoga anda berjaya.


(rujukan :majalah hartanah online(drumah.com)