KEBEBASAN BERFIKIR-ENZO KANEDA

KEBEBASAN BERFIKIR-ENZO KANEDA
Anda Berada Dalam Jajahan Takluk Kerajaan Pelangi Dibawah Pimpinan Laksamana Pelangi Dinaungi Enzo Kaneda-Pemerintah

Khamis, 22 Julai 2010

Makan Kutip Dari Tong Sampah, Rupanya Jutawan

SKELLEFTEA, Sweden - Seorang lelaki berumur 60 tahun di sini memiliki kekayaan rahsia lebih AS$1.6 juta (RM5.21 juta) menerusi pelaburan di pasaran saham dengan cuma bermodalkan wang yang diperoleh daripada mengutip dan menjual tin kosong, lapor sebuah akhbar semalam.



Lelaki itu, Curt Degerman yang digelar Kurt Tin Kosong, meninggal dunia 18 bulan lalu manakala saudara-maranya bertengkar berhubung siapa sepatutnya mewarisi kekayaannya.


Sejak 40 tahun lalu, Degerman dipandang rendah oleh masyarakat kerana menyara hidupnya dengan menyelongkar tong-tong sampah untuk mencari tin kosong dan menjualnya di sebuah loji kitar semula.


Bagaimanapun, setelah dia meninggal dunia semasa berusia 60 tahun akibat serangan jantung, saudara-maranya mendapati dia memiliki wang AS$1.1 juta (RM3.58 juta) dalam satu akaun bank Switzerland.


Mendiang turut menyimpan jongkong emas bernilai kira-kira AS$378,000 (RM1.2 juta) selain wang AS$1,358 (RM4,428) di rumahnya.


Di sebalik penampilannya yang selekeh, Degerman sebenarnya seorang pelabur aktif dalam pasaran saham antarabangsa.


Selain memakan sisa makanan daripada tong sampah dan memakai sehelai kot kotor, dia akan meluangkan masa di perpustakaan awam pada setiap hari untuk mengkaji berita kewangan di akhbar.


"Dia pergi ke perpustakaan setiap hari kerana tidak membeli akhbar. Di perpustakaan itu, dia membaca akhbar kewangan Dagens Industri," kata seorang sepupunya.


"Dia amat arif tentang pasaran saham," tambahnya.


Jutawan itu disifatkan saudara-maranya sebagai seorang kanak-kanak genius yang berhenti sekolah kerana krisis peribadi.


Kekayaan lelaki itu akhirnya dikongsi oleh dua sepupunya dalam satu penyelesaian di luar mahkamah.
 
Allah jua yang berhak menilainya...



Kalau diikutkan cerita, pengemis luar negara lebih berusaha gigih dari pengemis malaysia..at least diorang tetap mencari tin2 kosong...tak macam kat malaysia, tau2 datang minta sedekah...tapi apapun, jangan diherdik peminta sedekah...bantulah mereka sedaya apa yang kita mampu..






: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


وَالضُّحَى Demi waktu matahari sepenggalahan naik,


وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى dan demi malam apabila telah sunyi,


مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu,


وَلَلآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الأولَى dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan.


وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas.


أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَى Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu.


وَوَجَدَكَ ضَالا فَهَدَى Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.


وَوَجَدَكَ عَائِلا فَأَغْنَى Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.


فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلا تَقْهَرْ Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.


وَأَمَّا السَّائِلَ فَلا تَنْهَرْ Dan terhadap orang yang minta-minta maka janganlah kamu menghardiknya.


وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan