KEBEBASAN BERFIKIR-ENZO KANEDA

KEBEBASAN BERFIKIR-ENZO KANEDA
Anda Berada Dalam Jajahan Takluk Kerajaan Pelangi Dibawah Pimpinan Laksamana Pelangi Dinaungi Enzo Kaneda-Pemerintah

Khamis, 19 Ogos 2010

APA ITU DINAR EMAS...?

Dinar Emas atau Gold Dinar ialah syiling emas 22 karat atau emas 916% ketulenannya. 1 Dinar bersamaan 4.25gram.
- Ia merupakan matawang sunah
- Ia mempunyai nilai yang tersendiri (intrinsic value)
- Nilainya diterima tidak kira di mana (accepted worldwide)
- Nilainya seiring dengan harga barangan (value increase)
- Perlindungan dari inflasi (hedge against inflation)


Difinasi Dinar Emas dari Vikipedia:
Islamic gold dinar:
The modern Islamic gold dinar (sometimes referred as Islamic dinar or Gold dinar) is a bullion gold coin made from 4.25 grams of 22-carat (k) gold that is a recent revival of the historical gold dinar which was a leading coin of early Islam. It is separate from the currencies of various states that use the dinar as a denomination.


Gold Content And Value Calculator


Denomination Weight Lon Fix
1 Dinar 0.125254 Oz $110.13
2 Dinars 0.250508 Oz $220.26
8 Dinars 1.002032 Oz $881.04
Fabrication costs are not included
London Fix on Apr 07, 2009 @ 879.25




Dinar history
According to Islamic law, the Islamic dinar is a coin of 22k (91.7%) gold weighing 4.25 grams. The Islamic dirham coin is 2.975 grams of pure silver. Umar Ibn al-Khattab established the known standard relationship between them based on their weights: "7 dinars must be equivalent (in weight) to 10 dirhams."


“The Revelation undertook to mention them and attached many judgements to them, for example zakat, marriage, and hudud, etc., therefore within the Revelation they have to have a reality and specific measure for assessment of zakat, etc. upon which its judgements may be based rather than on the non-shari'i other coins.


Know that there is consensus [ijma] since the beginning of Islam and the age of the Companions and the Followers that the dirham of the shari'ah is that of which ten weigh seven mithqals weight of the dinar of gold... The weight of a mithqal of gold is seventy-two grains of barley, so that the dirham which is seven-tenths of it is fifty and two-fifths grains. All these measurements are firmly established by consensus.”
—Ibn Khaldun, Al-Muqaddimah
Modern history
As a consequence of the currency crisis in Asia, in the first part of 1997, then Prime Minister of Malaysia Mahathir bin Mohamad proposed introduction of Islamic gold dinar as currency for international trade in the Muslim world. It was intended to replace the United States dollar and, as a gold-based currency, provide a medium of exchange more stable than the dollar. Mahathir announced that Malaysia was to start using the dinar in mid-2003, but when in 2003 Abdullah Ahmad Badawi replaced him as Prime Minister of Malaysia, this idea was halted.


Watikah daripada Menteri Besar Kelantan Mengenai Isu Pelaksanaan Sebagai Matawang Tambahan.
"Kadang-kadang tingkah laku pemimpin UMNO ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan, itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh UMNO. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO ‘menunjuk cerdik’ memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.




Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.


Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.


Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika UMNO / BN enggan memulakan, jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah matawang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade. Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!


Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya, seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi
Realitinya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.
Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikian seorang timbalan menteri, apa pula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.
Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkan dengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1, 082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM 108,200.00 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400.00. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun sehingga merugikan. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbangan yang rugi RM535 Juta pada suku kedua tahun ini!


Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duit itu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.


Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usaha kerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnis yang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai ’aparteid agama’. Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagi wanita? Itu aparteid apa namanya?


Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!


Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadhan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud : ”Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.”


Salam Ramadhan.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,


Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 8 Ramadhan 1431H / 18 Ogos 2010M
Sumber:Harakah Daily)

Perkiraan Dinar Mengikut Logik-
(Rujukan http://seoranginsan.blogspot.com/)

Contohnya: Gaji Ali adalah sebanyak 3 dinar pada Jan 2009.

Pada Jan 2009, 1 dinar bersamaan RM 450. Kalau dalam RM, gaji Ali bersamaan 1350 pada bulan itu. Katakan Ali menjual 2 dinar setiap kali menerima gajinya dan menyimpan 1 dinar. Jadi Ali mendapat RM 860.00 (430 x 2 dinar) mengikut harga buying ketika itu. Duit itu digunakan sebagai perbelanjaan bulanan.
Pada Jan 2010, 1 dinar bersamaan RM 550. Jadi gaji Ali pada Jan 2010 adalah sebanyak RM 1650. Seperti biasa Ali menjual dinarnya sebanyak 2 keping dan mendapat RM 1040 (520 x 2 dinar) mengikut harga buying ketika itu dan duit itu digunakan seperti biasa untuk perbelanjaan bulanan.
Kalau nak diikutkan, gaji Ali tetap juga 3 dinar. Tetapi dengan kenaikan harga emas, Ali seolah-olah mendapat kenaikan gaji sebanyak 22% dalam setahun! Dan daripada nilai dalam RM 1350, gajinya naik menjadi RM 1650. Bukankah dah naik sampai RM 300? huhu...bestnya gaji dalam dinar ni.
Bagaimana pula dengan 1 dinar yang disimpan setiap bulan itu? Ali menyimpan 12 keping dinar sepanjang setahun itu. Jadi jika dihitung dengan nilai semasa, 1 dinar ketika itu adalah bersamaan RM 550, jadi RM 550 x 12 keping = RM 6000!!!
WoW! Dengan gaji pada Jan 2009 bernilai RM 1350, belanja RM 860 pada bulan itu, dalam masa yang sama boleh membuat simpanan sehingga RM 6,000??? Itulah kehebatan dinar. Siapa dapat menjangkakan gaji tetap sebanyak 3 dinar mampu menambahkan simpanan bulanan dan meningkatkan pendapatan bulanan. Hebat kan? Banyak hikmahnya kalau guna dinar dan dirham ni...


Kesimpulan Penulis : Penggunaan emas & perak dalam proses jualbeli bagi adalah proses yg baik kerana ia tidak mempunyai susut nilai yang teruk dan berada dalam keadaan paras yang stabil. Penggunaanya sebagai perantaraan memang diakui &dibuktikan dalam sistem eknomi sejak beribu-ribu tahun dan yang pasti ia memang pratikal digunakan bagi mengatasi kejatuhan nilai matawang.mungkin bila dicampur aduk dengan politik ia mengundang polemik di antara pihak yang berbalah..dan secara peribadinya sebagai satu suara undi,saya bersikap berkecuali &berpendapat alangkah baik jika satu usaha murni diadakan secara kerjasama demi kemakmuran negara.

1 ulasan:

  1. tepuk dada tanya selera..sistem juga barter perlu sesuatu sebagai tukaran.
    ada akad & beli..

    BalasPadam