KEBEBASAN BERFIKIR-ENZO KANEDA

KEBEBASAN BERFIKIR-ENZO KANEDA
Anda Berada Dalam Jajahan Takluk Kerajaan Pelangi Dibawah Pimpinan Laksamana Pelangi Dinaungi Enzo Kaneda-Pemerintah

Ahad, 27 Februari 2011

Ada Apa Dengan Penawar..?

MAS SECOTEK..?
Berfungsi untuk : Mengurangkan keletihan
Memperbaiki peredaran darah
Mengeluarkan toksin badan
Memecah lemak & membuang kolesterol dalam darah
Memperbaiki daya fokus dan ingatan
Kencing manis
Darah tinggi
Lemah jantung
Sakit pinggang
Meningkatkan keinginan seks suami & isteri
Menguatkan otot kelamin

MISAI KUCING..?
Berfungsi untuk :

Kencing manis
Darah tinggi
Mengelak jangkitan saluran kencing
Mengelakkan batu karang (kencing lawas)
Merangsang kesihatan prostate
Menggalak hormone testeron
Membantu menyingkirkan asid urik (gout)
Arthritis
Reumatik
Nephritis
Arteriosclerosis
Mengurangkan kadar kolestrol
Melancarkan peredaran darah
Mengurangkan penyakit kardiovaskular
Anti kanser
Sakit jantung
Merangsang sistem imunisasi
Nama Saintifik : Phaleria Macrocarpa (Scheff.) Boerl

Nama Daerah : Mahkota Dewa (Jawa), Simalakama (Sumatra)

Spesies
Phaleria Macrocarpa (Scheff.) Boerl @ Phaleria Papuana Warb Var.Wichnnii (val) Back


Deskripsi Tanaman :
Mahkota dewa merupakan tanaman jenis pohon yang berkembang dan tumbuh sepanjang tahun, ianya mampu mencapai ketinggian 3-4m.Batang bergetah terdiri dari kulit yang berwarna coklat kehijauan dan batang kayu berwarna putih, ianya berakar tunjang.


Daun :
Daun berbentuk lonjong , lansing, memanjang & hujungnya runcing, tepi daun rata, permukaan daun licin dan tidak berbulu.
Bunga :
Bunga mahkota dewa berwarna putih dan berbau harum. Bunga tersebut berukuran kecil menyerupai bunga cengkih.
Buah :
Buah mahkota dewa terdiri dari kulit, daging, cangkang & biji. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur, ketika muda warnanya hijau dan merah setelah masak. Daging buah berwarna putih, berserat dan berair.
Cangkang :
Cangkang buah merupakan kulit dari biji yang juga termasuk bahagian yang sering di manfaatkan sebagai ubat, ianya perlu di rebus terlebih dahulu.


Biji :
Merupakan bahagian tanaman paling beracun. Bentuknya bulat lonjong berdiameter sekitar 1cm & berwarna coklat, bahagian dalam berwarna putih.


Kandungan Kimia :
1. Daun : mengandungi antihistamin, alkaloid, saponin & polifenol (lignan)
2. Kulit Buah : mengandungi alkaloid, saponin & flavonoid.
3. Buah : alkanoid, tanin, flavonoid, fenol, saponin, lignan, minyak asiri & sterol.


Sifat & Khasiat :
1. Kulit Buah dan Daging Buah : mengubati disentri (cirit berdarah), psoriasis &
jerawat.
2. Daun dan Biji : mengubati pelbagai jenis sakit kulit seperti ekzim & gatal2.
3. Buah : antitumor, antidisentri,antiinsekta, mengubati eksim, hepatotoksik &
antibodi.
* Komponen lignan baru yang terdapat pada ekstrak daging buah mahkota dewa berumus molekul C6 H2O O6 & berstruktur 5-{4(-menthoxy-phenyl-tetrahydrofuro-[3,4-c]furan-1-yl)-benzene-1,2,3-triol.


Antara Penyakit Yang Dapat Disembuhkan Dengan Campuran Mahkota Dewa
1. Kanser & Tumor
2. Eksim (Penyakit Kulit)
3. Diabetis Melitus (Kencing Manis)
4. Hipertansi (Darah Tinggi)
5. Hepatitis (Radang Hati)
6. Reumatik (Sakit Sendi)
7. Asam Urat (Arthritis Gout)
8. Penyakit Jantung
9. Gangguan Ginjal
Catatan
- Bahagian buah terutamanya bijinya beracun, ianya perlu di rebus sebelum memakannya.
- Ibu hamil dilarang meminum hasil pemprosesan tumbuhan ini.


 HEMPEDU BUMI

Nama Saintifik : Andrographis Paniculata
(Bum. f.) wall.ex Nees
Nama Lain : Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia)

Famili : Acanthaceae
Lokasi Dijumpai : Malaysia, Thailand, India, Indonesia
Pengenalan
Pokok Hempedu Bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu serta senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu Bumi merupakan satu tumbuhan herba yang tumbuh menegak. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 70-90 cm. Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu Bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku seta mempunyai banyak dahan. Setiap buku mempunyai dua helai daun. Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau muda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.
Penuaian Hasil
1. Kematangan tanaman : 2 bulan
2. Cara mengutip hasil: Bahagian pokok di atas permukaan tanah di tuai secara manual sebelum pokok berbunga. Kutipan hasil berikutnya dilakukan selepas 1.5-2 bulan.
Kegunaan Dan Khasiat
Daun Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi, disamping merawat kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.
Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak.
 Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agak sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.
Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan. Tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu.
Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari.


 SAMBUNG NYAWA

Nama Saintifik : Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbens Lour.
Nama Lain : Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan spinach, Sambung Nyawa, Daun Dewa, Am Akar, Akar sebiak, dan Kelemai merah, bai bing coa, ngokilo (Jawa), beluntas cina (Melayu), she juan jao @ fujung jao (Cina)
Famili : Asteraceae
Pengenalan
Sambung Nyawa adalah jenis tumbuhan tahunan yang banyak digunakan dalam perubatan di negara-negara asia tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Namun sebenarnya ia adalah tumbuhan asli Mynmar dan Cina. Ia boleh hidup dalam lingkungan ketinggian 1 hingga 500 meter dari paras laut. Ia mudah membiak melalui keratan batang dan mudah tumbuh di kawasan yang agak redup, intensiti cahaya pada kadar 40 – 50 %, suhu udara berkisar antara 20 – 30 C dan mempunyai kelembapan yang sederhana, dengan taburan hujan tahunan antara 1500 – 2500mm. Tumbuh dengan batang menegak, atau kadang-kadang bagian pangkalnya rebah di atas tanah dan keluar akar, berbatang basah, bercabang, berwarna keunguan. Boleh mencapai ketinggian 6 meter dan berbau harum. Daun tunggal, agak tebal, mudah dipatahkan, bertangkai serta berseling. Helaian daun berbentuk bulat telur sampai memanjang, ujung dan pangkal runcing, tepi berjerigi, pertulangan menyrip, berwarna hijau muda. Bunganya berwarna jingga kuning, berkelamin ganda namun ia didapati amat jarang berbunga.
Penanaman dan Pembiakan
Selain faktor-faktor persekitaran pokok sabung nyawa ini perlukan tanah yang subur, gembur dan mampu menahan air. Sebaiknya pada kadar keasaman pH sekitar 5.5 – 7. Ia membiak melalui keratin batang. Perlukan agak banyak air, tetapi tidak terlalu bash dan bertakung.


Kandungan Kimia dan Kesan Farmakologi
Kandungan kimia daun sambung nyawa antara lain, flavonoid (7, 3, 4 trihidroksi-flavon), glikosida kuersetin, fenoleat asid (terdiri dari kafeat asid, penta kumarat, penta-hidroksi benzoate dan vanilat asid) triterpenoid, alkaloid, saponin dan tannin.
Tumbuhan ini bersifat dingin dan neutral. Khasiatnya antara lain ialah antineoplastik, menurunkan panas badan, mengobati sakit limpa, sakit ginjal, sakit kulit, menurunkan tekanan darah, menurunkan gula darah, antimicrobial, antikarsinogenik, sitotoksik terhadap sel kanser, hipertensi, stroke, penyakit jantung, kolesterol tinggi, diabetes, gangguan lambung, radang pita suara, radang tengkuk, batuk dan sinusitis.


Kegunaan Dan Khasiat
Daun Sambung Nyawa dapat mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Ia juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang. Biasanya ia dimakan mentah sebagai ulam. Batang tanaman Sambung nyawa sering digunakan untuk meredakan demam.
Ia juga, digunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Di samping itu, ia boleh digunakan untuk menghentikan perdarahan, mengatasi ketidakseimbangan datang haid melancarkan fungsi ginjal, dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom), pembengkakkan, serta patah tulang.
Cara Penggunaan
Untuk ubat yang diminum, rebus 7 hingga 12 helai daun segar, sementara untuk pemakaian luar, giling daun segar hingga lumat dan tempelkan ditempat yang sakit.

Kunyit Hitam
Nama Tempatan: Kunyit Hitam
Nama Saintifik: Curcuma Caesia
Nama Lain: Kali haldi(india), black turmeric, black zedoary
Famili: zingiberaceae
Klafikasi saintifik
Kingdom: Plantae
Division : Magnoliophyta
Class: Liliopsida
Order: Zingiberales
Family: Zingiberaceae
Subfamily: Zingiberoideae
Tribe: Zingibereae
Genus : Curcuma
Pengenalan
Kunyit hitam ialah sejenis kunyit yang begitu jarang dijumpai dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Sesetengah kepercayaan menganggap kunyit ini mempunyai nilai mistik. DiIndia kunyit ini ditanam secara kormesial kerana nilai perubatannya
Kegunaan
Ia digunakan terutamanya untuk merawat ketumbuhan pada sendi( tumor joint). Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kusta dan dikatakan dapat memanjangkan usia seseorang.







Nama Tempatan : Pegaga

Nama Saintifik : Centella Asiatica/Hydrocotyle Asiatica
Nama Lain : Tapak Kuda(Indonesia),Indian Pennywort, Gotu Kola
Famili : Apiaceae/Umbelliferae
Pengelasan saintifik

Alam : Tumbuhan
Divisi : Magnoliophyta
Order : Apiales
Famili : Apiace
Genus : Centella
Spesies : C. asiatica


Keterangan:
Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu. Sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab seperti kebun, ladang, tepi jalan dan batas sawah. Ia pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi dan manis. Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak. Tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi, sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.Biasanya seluruh bahagian pegaga iaitu daun, tangkai daun, batang, bunga, buah, dan akarnya mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang tinggi. Di Indonesia, bunga dan buah pegaga tidak dimakan kerana ia dikatakan menjadi punca penyakit reumatisme sekiranya terlalu banyak dimakan. Namun ada juga orang yang yakin bahawa mereka akan beroleh umur yang panjang dan awet muda apabila mengamalkan pengambilan pegaga dalam makanan harian mereka. Tetapi berdasarkan kajian menunjukkan ia boleh dimakan selalu tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja bagi mendapatkan kesan positif. Ini kerana pengambilan yang berlebihan akan mengakibatkan kesan narkotik dan keracunan kumulatif yang meransang tumor untuk jangkamasa panjang.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak. Pegaga yang dikenali juga sebagai Centella asiatica telah diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan.
Fakta sejarah
Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk India setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur. Kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam, pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.
Kajian yang dilakukan pada 1949, mendapati pegaga mujarab untuk mengubati penyakit kusta dan ulser kerana ciri-ciri antibakteria yang ada padanya. Penyelidikan seterusnya yang dijalankan sekitar tahun 1950-an pula mendapati pegaga amat baik untuk menyembuhkan luka, kudis serta mengubati kerengsaan kulit. Sebagai 'makanan menjana kecerdasan otak', herba ini amat mujarab untuk memperbaiki fungsi minda seperti meningkatkan daya ingatan dan penumpuan fikiran.
Herba ini mula digunakan dalam perubatan Ayurveda. Ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba Shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu
Jenis-jenis Pegaga Di Malaysia
1. Pegaga Cina Atau Pegaga Nyonya
2. Pegaga Daun Lebar
3. Pegaga Kelantan
4. Pegaga Renek
5. Pegaga Salad
6. Pegaga Gajah
7. Pegaga Brunei

Kandungan
Pegaga yang simplisianya dikenal dengan sebutan Centella Herba memiliki kandungan asiaticoside, thankuniside, isothankuniside, madecassoside, brahmoside, brahmic acid, brahminoside, madasiatic acid, meso-inositol, centelloside, carotenoids, hydrocotylin, vellarine, tanin serta garam mineral seperti kalium, natrium, magnesium, kalsium dan besi. Diduga glikosida triterpenoida yang disebut asiaticoside merupakan antilepra dan penyembuh luka yang sangat luar biasa. Zat vellarine yang ada memberikan rasa pahit.
Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria, antipasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam bidang perubatan tradisi, ia digunakan sebagai agen antialergi, antikanser, antidisenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea,luka, kudis, dan sakit kerongkong. Pegaga juga anti-infeksi, antiracun, penurun panas, melawaskan pembuangan air kencing, antilepra dan anti sifilis.
Kegunaan:
Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.
Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.


Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.
Kesimpulannya pegaga sesuai untuk penyakit berikut :
Pembengkakan Hati
Demam, Campak
Sakit Tekak, Batuk Kering,
Asma, Brokitis, Pleuritis
Radang Mata Merah
Keputihan
Tekanan Darah Tinggi
Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
Keracunan Makanan
Batuk Darah, Muntah Darah
Busung, bisul


Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)
Sifat dan Manfaat
Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal.
Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan
Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi. Walaupun pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka. Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku. Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Oleh itu tidak hairan jika ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.
Mengamalkan meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.Dewasa ini produk yang berasaskan pegaga telah di gunakan dengan meluas dalam industri kecantikan sebagai anti selulit, anti kedutan (anti wrinkle), untuk mata dan muka, menambah ketegangan kulit dan meningkatkan pembentukan kulit yang baru.

Kayu manis
Kayu manis adalah sejenis pokok yang biasa di tanam sebagai pokok hiasan dan pokok teduhan kerana daunnya yang cantik dan kulit batangnya yang kemerah-merahan. Kulit ini apabila dikeringkan akan menjadi rempah yang kita kenali sebagai kulit kayu manis, yang digunakan dengan meluas dalam semua jenis masakan, kulit kayu manis mempunyai rasa pedas dan manis, berbau wangi serta bersifat hangat. Pada zaman mesir purba kulit kayu manis dicampur dalam kebanyakan masakan untuk mengelakkan makanan dari cepat menjadi basi. Pucuknya yang baru berwarna merah terang, bunganya pula kecil dan berwarna putih manakala buahnya pula berwarna ungu. Pokok kayu manis boleh mencapai ketinggian hingga 30 kaki dan ia termasuk dalam kelompok pokok kecil.



Kandungan Kimia
Beberapa bahan kimia yang terkandung dalam kayu manis antaranya minyak asiri eugenol, safrole, sinamaldehide, tannin, kalsium, oksalat, damar & zat penyamak. Minyak pati/sari dari kulit kayu manis mengandungi 2 jenis fenilpropanoid iaitu cinnamaldehyd dan eugenol.
Kegunaan:
Minyak pati ini banyak digunakan dalam perubatan aroma terapi. Ia digunakan untuk menghasilkan kesan yang menenangkan jiwa. Satu kajian terbaru menunjukkan dengan mengamalkan pengambilan setengah sudu serbuk kayu manis setiap hari dapat menurunkan paras gula dalam darah pesakit diabetis. Kesan pengurangan gula ini juga boleh dicapai dengan merendam sepotong kulit kayu manis ke dalam sebarang minuman terutamanya teh. Kegunaan lain kayu manis dalam perubatan ialah seperti melawaskan pembuangan najis, penawar cirit birit (membunuh bakteria e-coli) dan penahan sakit. Ia juga merupakan anti bakteria semula jadi yang dapat mencegah pembentukan plak gigi dan kerosakan gigi. Ia juga dapat melegakan senak perut dan juga menghilangkan rasa mual dan loya terutamanya pada wanita hamil.

Ulam raja (king salad)
Ulam raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat (merah jambu pucat) atau putih. Ia juga dikenali sebagai bokok intan berayun. Boleh tumbuh hingga mencapai ketinggian 2 meter, dan sesuai tumbuh pada ketinggian 200 meter dari paras laut. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang. Tumbuhan ini berasal dari Amerika Latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara Asean.



Kandungan kimia
Ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan Laksium dan vitamin A. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-.


Kegunaan:
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah dari bahan toksid. Ia juga dikatakan dapat menguatkan tulang. Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.

Pokok lidah jin
Pokok lidah jinatau sansevieria dalam Bahasa Inggeris merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai lebih daripada 70 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Ruscaceae yang semula jadi kepada negara tropika Zaman Dahulu.

Tumbuhan ini berherba pada pohon yang kecil berair selama-lamanya dengan kehijau-hijauan daun yang tumbuh dari 20 cm hingga 3m tinggi, kebanyakannya membentuk kelompok yang dalam daripada rizom atau stolon yang disebarkan. Bunganya berwarna kelabu berputih-putihan, dihasilkan pada rasem yang ringkas atau bercabang 40-90 cm panjang. Buahnya merupakan beri yang berwarna merah atau jingga.
Kegunaan

1. Flu, Batuk
2. Radang Saluran Nafas (Bronchitis)
3. Bengkak Akibat Terseliuh
4. Di Gigit Ular Berbisa
5. Bisul
6. Penyubur Rambut










Jumaat, 25 Februari 2011

Berkorban untuk pendidikan anak-anak


 APABILA bulan Januari merangkak pergi, saya fikir sudah amanlah kedudukan kewangan saya, maklumlah anak-anak sudah selesa belajar di sekolah masing-masing. Rupa-rupanya tidak; lebih daripada separuh gaji akhir Januari terpaksa dikorbankan untuk membereskan bayaran yuran anak-anak di sekolah berasrama penuh.

Sebelum ini hampir separuh gaji akhir Disember tahun lalu telah digunakan untuk membiayai pembelian kelengkapan persekolahan anak-anak seperti buku, beg, pakaian dan juga pelbagai yuran.
Ertinya sudah dua bulan, ibu bapa yang mempunyai anak-anak di bangku sekolah terpaksa menyisihan sebahagian besar daripada wang perolehan mereka seperti gaji bagi menampung kos pendidikan. Jadi kebanyakan ibu bapa kini sudah ‘kering kontang’, kasihan mereka!


Ketika cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, anak-anak yang belajar di sekolah berasrama penuh pulang bersama-sama senarai yuran yang perlu dibereskan ibu bapa. Melihat senarai bayaran, ada ibu bapa mungkin terasa hendak pitam.

 
 Untuk bayaran makanan saja ibu bapa yang berpendapatan RM5,000 dan lebih sebulan perlu membayar RM750. Jumlah hari persekolahan adalah 250 hari didharabkan dengan RM3 sehari, jadilah RM750. Bagi ibu bapa yang berpendapatan kurang RM5,000, bayarannya adalah sebanyak RM250 (250 hari dharab dengan RM1 sehari).

Dicampur dengan pelbagai yuran lain seperti asrama, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), aktiviti dan sebagainya, jumlah wang dibelanjakan untuk seorang anak di sekolah berasrama penuh boleh mencapai RM1,500. Itu baru seorang, kalau ada tiga orang anak di sekolah berkenaan, tidakkah mahu pitam seseorang bapa dibuatnya!
Selain kos persekolahan anak-anak di sekolah berasrama penuh, mereka yang belajar di sekolah rendah belanjanya pun mahal. Bagi seorang anak yang memulakan pengajian pada tahun baru, kos seorang boleh mencecah sehingga RM500. Pada sesi baru tahun ini, tambang bas sekolah seorang anak saya sudah naik – daripada RM35 sebulan ke RM50.

 Bagi keluarga berpendapatan sederhana seperti saya, 50 peratus daripada pendapatan disalurkan kepada keperluan pendidikan anak-anak. Bakinya adalah bagi menampung keperluan makanan, pelbagai bil, bayaran rumah dan kenderaan, kos pengangkutan serta sumbangan kepada ibu bapa. Habis bulan habislah wang, tetapi ada yang malang; baru separuh bulan duit sudah habis.

Saya katakan 50 peratus gaji adalah untuk keperluan pendidikan kerana anak-anak yang memasuki pusat pengajian tinggi memerlukan kos lebih besar. Seorang wanita yang anaknya berada di universiti tempatan memberitahu saya dia mengirimkan RM500 sebulan kepada seorang anak bagi menampung kos makanan dan belanja rencam seperti tambang pengangkutan awam.
Kalau seseorang itu ada tiga anak di universiti, jumlahnya sudah memasuki angka ribuan. Itu baru belanja makanan, bagaimana yuran pengajian dan pelbagai yuran lain yang perlu dibereskan pada awal semester? Memang benar pelajar diberi pinjaman tetapi biasanya jumlah itu tidak memadai.


Demikianlah betapa besar perbelanjaan bagi menghantar anak-anak ke sekolah atau pusat pengajian tinggi. Mereka yang berpendapatan sederhana seperti saya bolehlah tahan, tetapi bagaimana golongan miskin?
Pernah saya membaca laporan bahawa di negara kita ini 80 peratus daripada pendapatan golongan berpendapatan rendah digunakan untuk membeli makanan. Katakan gaji seorang pekerja bertarap rendah RM1,000 sebulan; ini bermakna RM800 daripadanya digunakan untuk membeli makanan, bakinya tinggal RM200 saja. Apakah dengan wang RM200 ini boleh membayar sewa rumah dan menyelesaikan pelbagai bil? Bagaimana mereka mahu membiayai persekolahan anak-anak?

Bingung saya memikirkan bagaimana golongan ini dapat menghadapi hidup. Kasihan mereka, dengan kenaikan harga barangan keperluan, kehidupan golongan ini sebenarnya adalah terlalu sukar. Hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Sebenarnya golongan miskin ini tidak jauh daripada kehidupan kita, cuma kita gagal menjenguk apatah lagi menyelami penderitaan mereka. Sekalipun miskin, mereka ada harga diri sebab itu mereka tidak meminta-minta. Jadi bukalah mata hati untuk mengenali mereka yang jika mereka berbelanja timbul rasa belas di hati kita.
Orang miskin ini bukan membeli beras sekampit 10 kilogram seperti kita lakukan tetapi sekilogram setiap kali ke kedai. Mereka bukan membeli sekotak atau sedozen ubat nyamuk seperti yang kita lakukan tetapi dua lingkaran sekali beli. Mereka bukan membeli minyak masak tiga kilogram sebotol plastik seperti yang biasa kita lakukan, tetapi sepaket kecil yang berharga seringgit dua. Mereka bukan membeli ikan besar yang segar sebaliknya ikan kecil-kecil seperti kembung dan cencaru yang sudah pecah perut kerana harganya murah bagi menampung kehendak anak yang ramai. Bukalah mata luas-luas di kawasan pedalaman nun jauh di sudut desa, akan terlihatlah adegan menyedihkan ini.

Jika kita mengeluh apabila terpaksa mengeluarkan lebih RM1,000 bagi membiayai seorang anak di sekolah berasrama penuh, bagaimana agaknya golongan ini mahu mencari wang ratusan ringgit (yuran makan anak-anak golongan miskin RM1 sehari) bagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang sama?

 Tentunya mereka perlu melakukan pengorbanan amat besar seperti seorang bapa melakukan dua tiga pekerjaan; misalnya pada pagi hari menjual nasi lemak, sebelah petang menjala ikan di sungai dan pada sebelah malam menjadi jaga pula.

 Saya tidak mengada-adakan cerita tetapi itulah hakikatnya, malah berpengalaman melaluinya. Dulu semasa mahu menyekolahkan lapan anak-anaknya, bapa saya melakukan aneka pekerjaan; waktu kerja biasa sebagai tukang kebun sekolah, menyiapkan nasi lemak dan kuih jualan di kantin sekolah, petangnya menjual barangan kampung dan pada hujung minggu memotong rumput dan membersihkan halaman rumah orang. Dengan pendapatan daripada aneka kerja itu, dapatlah saya dan adik beradik bersekolah sehingga semuanya menjejakkan kaki ke IPT. Jadi benarlah kos pendidikan adalah amat tinggi dan ibu bapa perlu berkorban untuk melihat kejayaan anak-anak!




Oleh Lanh14

Khamis, 24 Februari 2011

Waspadalah, di mana-mana orang menipu...

APAKAH nilai kepercayaan sesama manusia akan luntur akibat daripada penipuan demi penipuan yang sedang melanda masyarakat kita?


Baru-baru ini penulis telah menerima panggilan telefon daripada rakan persekolahan penulis. Dia mengadu telah ditipu. Yang lebih menghairankan lagi katanya ialah, dia seolah-olah seperti dipukau dengan tawaran kontrak menarik sehingga sanggup menyerahkan wang tunai RM50,000 kepada seorang yang bukan sahaja tidak dikenalinya tetapi belum pernah ditemuinya sepanjang hayat.Ceritanya lebih kurang begini. Pada bulan Disember tahun lalu, seorang kenalan telah menceritakan kepadanya betapa seorang pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang mahu menghabiskan kuota perbekalan bagi jabatan tersebut sebelum masuk tahun baru. Kontrak itu bernilai berjuta ringgit tetapi mesti dihabiskan sebelum 31 Disember 2010. Ia adalah kontrak membekalkan baja-baja ke seluruh sekolah menengah dan rendah di negeri Pulau Pinang.Kawan penulis yang kebetulan menjalankan perniagaan membekalkan baja sangat tertarik dengan kontrak tersebut. Dia mahu mencuba nasib dan menurut kenalannya itu, dia boleh memberi nombor telefon pegawai kanan pejabat Jabatan Pelajaran Negeri yang mengendalikan proses tender berkenaan.
Tanpa berfikir panjang rakan penulis ini pun membuat temujanji dengan pegawai berkenaan menerusi nombor telefon bimbit yang diberikan oleh kenalannya itu tetapi sehari demi sehari temujanji tersebut tidak dapat berlangsung sebagaimana yang dijanjikan kerana pegawai itu sibuk sedangkan tempoh untuk melaksanakan projek berkenaan semakin hari semakin hampir dengan waktunya.
Akhirnya, mereka bersetuju untuk bertemu tetapi pegawai itu menetapkan satu syarat.Oleh kerana projek itu perlu disegerakan dalam tempoh tidak sampai beberapa hari sahaja lagi sebelum tamat tempoh luputnya, rakan penulis ini perlulah berkorban sedikit. Korban yang perlu dilakukan olehnya ialah dengan menghulurkan wang komisen kepada pegawai berkenaan.
Oleh kerana terlalu mengharapkan projek yang bernilai berjuta ringgit itu tanpa perlu melalui proses tender, rakan penulis sanggup mengambil risiko tersebut. Jumlah yang diminta bukan sedikit iaitu RM50,000 tetapi pegawai berkenaan berjaya menyakinkan rakan penulis, apalah ada pada RM50,000 yang perlu dikorbankan itu jika dibandingkan dengan projek bernilai berjuta ringgit yang bakal diperolehinya itu.


Termakan dengan kata-kata itu, rakan penulis pun bersetuju untuk berjumpa dengan pegawai berkenaan. Penulis bertanya kepadanya apakah yang menyakinkannya yang itu bukan satu penipuan. Katanya, pertemuan tersebut dijadualkan berlaku di lobi bangunan Jabatan Pelajaran Negeri. Walaupun mereka tidak pernah bertemu dan bersua muka tetapi rakan penulis percaya habis yang pegawai itu benar-benar wujud kerana pertama mereka telah bercakap melalui telefon dan kedua pertemuan diaturkan berlangsung di lobi sebuah jabatan kerajaan.
Maka pada hari yang ditetapkan, kawan penulis pun pergilah ke Jabatan Pelajaran Negeri di Bukit Gambir, Pulau Pinang untuk bertemu dengan pegawai berkenaan. Setibanya dia di situ, dia pun menelefon pegawai berkenaan. Pegawai itu meminta dia menunggu di lobi buat seketika kerana sedang berada di dalam bilik pengarah pelajaran negeri.
Ini lebih menyakinkan kawan penulis yang projek tersebut benar-benar akan mengambil tempat sebagaimana yang dijanjikan.
Tidak lama kemudian pegawai tersebut dalam nada yang tergesa-gesa berkata, dia masih sibuk dengan pengarah dan akan meminta seorang pegawai wanita turun untuk menyerahkan bank deraf sebagai bayaran permulaan kepada baja yang akan dibekalkan itu dan meminta rakan penulis menyerahkan bungkusan wang tunai RM50,000 kepada pegawai wanita berkenaan.


Lima minit selepas itu, seorang wanita menelefon telefon bimbit kawan penulis dan berkata dia sekarang berada di lobi. Mereka pun bertemu dan proses pertemuan itu tidak sampai lima minit pun. “Urus niaga” pun berlangsung. Wang tunai diserahkan dan bank deraf itu pun diserahkan. Masing-masing berjabat tangan dan beredar dari situ.
Dan apabila kawan penulis ke bank untuk menunaikan bank deraf tersebut, pihak bank memaklumkan bahawa bank deraf itu adalah palsu. Mendengar berita tersebut, kawan penulis seperti hendak jatuh pengsan. Dia terkulai longlai di lobi bank berkenaan sehingga terpaksa dipapah keluar oleh isterinya. Wang RM50,000 itu adalah wang simpanan hasil lelah perniagaannya selama ini dan kini wang itu lesap bersama-sama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri yang tidak pernah dia temui itu.
Dia pening memikirkan bagaimana hendak mendapatkan semula wangnya yang telah lesap itu. Dia cuba menelefon pegawai itu beberapa kali termasuklah pegawai wanita yang menemuinya di lobi tersebut tetapi yang berbunyi ialah suara mesin yang menjawab "nombor telefon yang anda dail tiada dalam perkhidmatan".
Selama seminggu dia demam tidak dapat bangun dan tidak berselera untuk menjamah apa-apa kerana mengenangkan peristiwa ditipu itu. Pihak polis juga berhadapan dengan kesukaran untuk menjejaki penipu-penipu berkenaan kerana kawan saya tidak dapat memberikan lakaran wajah pegawai dan wanita yang menipunya itu.
"Macamana hang boleh terperangkap dalam penipuan yang sangat jelas ni Nuar," tanya penulis. "Entahlah...aku teruja dengan projek bernilai berjuta ringgit tu dan aku macam kena pukau dan boleh serahkan wang aku bulat-bulat tanpa memikirkan yang itu adalah satu penipuan...aku harap hang dapat tulis cerita malang aku ni sebagai pengajaran kepada para pembaca yang lain," katanya sambil menegaskan "Jangan ingat di premis kerajaan tidak berlaku penipuan". Ya, penipuan berlaku di mana-mana dan ini mengingatkan penulis kepada satu lagi cerita lain yang berlaku pada bulan Januari lalu yang turut menyaksikan seorang lagi ahli perniagaan ditipu tapi kali ini lagi teruk daripada kawan penulis kerana kerugian yang dia tanggung adalah sehingga RM1.7 juta.


Peristiwa yang berlaku di Kuantan itu menyaksikan seorang pengarah syarikat kerugian RM1.7 juta setelah ditipu seorang lelaki yang menyamar juga sebagai pegawai di sebuah agensi kerajaan iaitu Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Pahang dengan menawarkan tanah seluas lebih 3,000 hektar di beberapa daerah di Pahang untuk dimajukan.
Mangsa yang berusia 67 tahun mula dihubungi seorang lelaki yang mengaku sebagai Ketua Penolong Setiausaha Pelaburan UPEN sejak penghujung Disember tahun lepas. Suspek menggunakan identiti pegawai UPEN yang sebenar dan menawarkan empat kawasan tanah pajakan untuk tujuan pertanian dan perlombongan.
Lelaki yang menyamar itu menawarkan empat tanah pajakan seluas 20.2 hektar di kawasan Gebeng; Rompin (2,630.4 hektar); Raub (260.2 hektar) dan Lipis (429.8 hektar) yang kononnya dimiliki oleh Perbadanan Setiausaha Negeri Pahang. Lelaki terbabit kemudian meminta sejumlah wang daripada mangsa bagi memproses tawaran berkenaan.
Mangsa kemudian membuat lima kali bayaran tunai yang diambil sendiri suspek di kawasan tempat letak kereta dan lobi bangunan Wisma Sri Pahang di sini dan dua lagi bayaran kepada wakil perantara yang dilantik oleh suspek di kawasan yang sama.
Sepanjang urusan itu, mangsa telah membayar RM1.2 juta dalam bentuk wang tunai sementara RM450,500 dibayar melalui bank deraf di atas nama Tabung Amanah Perbadanan Setiausaha Negeri Pahang.
Mangsa hanya disedari ditipu selepas dia dihubungi lelaki terbabit yang meminta tambahan wang sebanyak RM500,000 bagi urusan berkenaan. Mangsa yang mula curiga dengan urusan berkenaan telah pergi ke pejabat UPEN yang terletak di Wisma Sri Pahang untuk bertanyakan mengenai kesahihan tuntutan wang tambahan tersebut namun, sebaik menemui pegawai yang sebenar, dia dimaklumkan tiada sebarang tawaran seperti itu dikeluarkan oleh pihak UPEN.
Mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan polis kini mengesan tiga individu untuk membantu siasatan.
Jelas sekali modus operandi penipuan ini tidak jauh beza dengan kes kawan penulis. Kedua-duanya menyamar sebagai pegawai kerajaan dan urusan penipuan itu dilakukan di lobi jabatan berkaitan sebagai bukti untuk menyakinkan mangsa yang mereka sedang berurusan dengan pegawai-pegawai kerajaan yang tidak mungkin akan menipu. Malah dalam kes rakan penulis itu, penipu berkenaan menggunakan alasan hujung tahun yang semakin hampir dan pejabat kerajaan perlu dengan segera membelanjakan wang peruntukan jabatan sebagai satu peluang untuk mencipta penipuan. Dan mereka yang ingin kaya cepat mudah terpedaya dengan tipu helah ini.
Hakikatnya bukan pegawai kerajaan yang menipu sebaliknya yang menipu ialah orang awam yang menyamar sebagai pegawai kerajaan. Mereka menggunakan nama baik dan imej luhur kakitangan kerajaan untuk mengaut keuntungan hasil daripada penipuan mereka ini. Kepada semua yang berpeluang membaca dua kisah ini, berwaspadalah.
Janganlah dengan senang menyerahkan wang hasil penat lelah anda membanting tulang empat kerat bekerja mencari rezeki kepada laknat-laknat durjana ini hanya kerana anda inginkan keuntungan segera. Hakikatnya juga tidak ada jalan pintas dalam dunia ini untuk jadi kaya raya.
Peringatan Bank Negara...
Pada 9 Februari lalu, penulis telah menerima sepucuk surat daripada Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Abu Hassan Aishari Yahaya yang mengingatkan akhbar penulis supaya berhati-hati ketika menggunakan istilah ‘bank’ dalam mana-mana tulisan atau artikel yang kami siarkan. Ini ekoran laporan kami pada 23 Januari lalu bertajuk “Misi Angkasa Wujudkan Koperasi Perbankan”.
Menurut surat yang dikirim oleh pejabat penolong gabenor itu, BNM ingin menyatakan bahawa Seksyen 15 Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 melarang mana-mana organisasi menggunakan perkataan “bank” atau apa-apa perkataan lain yang boleh ditafsirkan sebagai menjalankan perniagaan perbankan atau membuat sebarang representasi yang membawa kepada tafsiran tersebut tanpa kebenaran bertulis daripada Menteri Kewangan.
Menurut kenyataan itu lagi, larangan ini adalah bagi memastikan orang ramai tidak keliru dan mempercayai bahawa organisasi tersebut merupakan bank berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 atau Akta Bank Islam 1983.
"Bank Negara Malaysia juga ingin menegaskan bahawa mana-mana koperasi yang bercadang untuk menubuhkan bank koperasi akan tertakluk kepada proses penilaian yang ketat oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Bank Negara Malaysia. Proses penilaian itu termasuk usaha wajar (due diligence) terhadap keupayaan kewangan, tadbir urus, pengurusan risiko dan kecekapan operasi.
"Penilaian ini merupakan prasyarat bagi mempertimbangkan permohonan untuk menggunakan perkataan "bank" oleh sesebuah koperasi. Sementara menunggu hasil penilaian ini, mana-mana institusi yang berkaitan hendaklah mengelak daripada membuat sebarang rujukan berhubung dengan penubuhan bank koperasi," demikianlah tegas kenyataan yang dikeluarkan oleh BNM. Dengan itu, kami mengambil maklum...


Waspadalah, di mana-mana orang menipu...

Oleh ROZAID A. RAHMAN

Kesan kenaikan harga barang..?

APABILA harga minyak petrol naik, purata pengguna akan turut merasai kesan teori domino ke atas harga barang keperluan harian dan perkhidmatan. Sejak kebelakangan ini, kenaikan harga barang keperluan termasuk petrol seolah-olah menjadi perkara biasa namun, ia membebankan kepada golongan berpendapatan rendah.



Pemilik kenderaan yang membayar RM1.85/liter untuk RON95 dan RM2.10/liter bagi RON97 pada Julai lalu kini membayar masing-masing RM1.90 dan RM2.50. Ramai pemilik kenderaan tidak begitu gemar petrol RON95 yang diberi subsidi tinggi, berikutan ia menjejaskan prestasi kenderaan sedangkan penggunaan RON97 meningkatkan perbelanjaan bulanan.


Harga bawang kecil dari India yang dijual pada harga RM4 sekilogram (kg) bulan lalu kini dijual pada harga RM14 di beberapa buah tempat. Pada masa yang sama, harga sayur, ayam, ikan dan hampir semua barang keperluan juga naik.


Dengan kadar kenaikan yang begitu kerap ada yang berputus asa dan berharap harga akan stabil. Pada masa kini, para pengguna hanya membayar sahaja tanpa banyak soal kepada peniaga atau penyedia perkhidmatan kerana beranggapan harga mungkin akan naik lagi pada hari berikut.
Ada juga yang melalui pengalaman harian berlainan kerana harga barang yang diperlukan seolah-olah tiada beza sejak setahun lalu.
"Saya sering makan di kedai yang boleh tahan cantik dan bersih tetapi tak sedar pula kalau harga makanannya lebih mahal ataupun tidak? Nasi putih dengan ikan goreng, sayur campur dua macam dengan air lobak merah, lebih kurang RM7. Pada saya, harganya berpatutan," kata pesara kerajaan Abbas Hasan, yang kini pendidik secara kontrak di Nilai, Negeri Sembilan.
Mungkin harga itu dirasakan berpatutan di Nilai berdasarkan jumlah pengunjung yang ramai.
Seorang pelajar Universiti Malaya (UM) beranggapan harga barang tidak pernah turun.
"Semuanya semakin mahal. Cuma kita perlu pilih dengan berhati-hati dan pastikan pembelian tidak melampaui bajet," kata Mildred dari Sabah.






 
Rungutan pengguna

Seorang pengusaha gerai makanan, Siti Gayah Muhammad menjelaskan, dia menetapkan harga makanan yang dijual. "Kita tengok harga bahan mentah untuk lauk itu. Harga bawang kecil dan besar, putih dan merah, sudah naik berlipat kali ganda, stok pun payah ditemui.


"Harga sebiji bawang besar belanda bersaiz sederhana ialah 40 sen. Saya beli juga sebab bawang besar dari India cepat rosak. Akibatnya, sama ada masakan perlu dikurangkan penggunaan bawang atau harga dinaikkan dengan membeli bawang mahal," kata Siti sambil mengacau masak lemak cili apinya.
Walaupun pembeli merungut, dia tiada pilihan untuk memastikan masakan tetap sedap dan penjual tidak rugi.
Selain kos perjalanan dan makanan yang semakin mahal, tanpa disedari harga kediaman juga semakin tinggi.


Beberapa syarikat pembinaan menyatakan, projek yang menjadi tumpuan syarikat lebih cenderung ke arah rumah mewah seperti rumah dua tingkat, berkembar dua dan banglo.
Sebuah rumah teres dua tingkat yang sederhana kini boleh mencecah harga sehingga RM1 juta di Lembah Klang manakala banglo pula berharga tiga hingga empat kali ganda jumlah itu.
"Tumpuan syarikat kami ialah rumah yang lebih luas dan selesa. Kualiti pembinaan sememangnya yang paling utama. Bahan yang digunakan juga mempunyai gred yang lebih tinggi. Inilah sebabnya mengapa harga rumah di Selangor lebih tinggi. Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai!" jawab seorang pekerja syarikat perumahan ketika ditanya mengenai harga rumah yang 30 peratus siap di kawasan projek terbarunya di Shah Alam.
 
Adakah pembeli mampu membayar ansuran bulanan kalau hanya bekerja makan gaji memandangkan nilai pinjamannya sangat tinggi?



"Orang yang tinggal di bandar, yang berkereta ke pejabat, perlu berbelanja makan tengah hari pada hari bekerja, bayar tempat letak kereta bulanan, ada sewa rumah dan punya keluarga beranak dua pasti sukar untuk menyimpan RM500 sebulan," kata Datuk Dr. Ma'amor Osman, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) apabila diminta memberi komen tentang peningkatan harga barang dan perbelanjaan harian rakyat Malaysia pada masa kini.
Kalau ada pembantu rumah sudah pasti lebih besar perbelanjaannya. Dengan pendapatan bersama, kelamin beranak dua, berumur dalam lingkungan 30 tahun, yang berjumlah antara RM7,000 dan RM8,000, jika ingin tinggal di pinggir bandar pun pasti tidak selesa hidup jika rumah semahal itu menjadi pilihan untuk ditanggung liabiliti membayar pinjaman sehingga 35 tahun lamanya.
Bayaran bulanan kepada bank swasta, jika pinjaman sebesar RM1 juta itu diambil hari ini, akan ditolak lebih RM5,000 daripada pendapatan bersih mereka, katanya.
Ma'amor berkata, harga barang yang mahal menggalakkan penggunaan kad kredit dan amalan yang sepatutnya dikikis.
"Pastikan bajet tetap sama. Jangan berikan peniaga mesej yang salah. Mereka yang berpendapatan tetap tidak dapat mencari jalan keluar sekiranya harga barang terus naik.
"Misalnya bawang yang menjadi bahan utama dalam hampir semua masakan tempatan naik mendadak baru-baru ini akibat kesan cuaca. Ini menjadi satu bebanan baru. Mereka yang berniaga tak berapa merasai tambahan beban ini kerana jika harga barang naik, peniaga turut menaikkan harga jualan mereka," kata Ma'amor.

Cuaca tidak menentu
Beliau melihat kos perkhidmatan pengangkutan awam yang meningkat adalah sesuatu yang perlu dikawal dan dipantau supaya rakyat tidak terus terbeban.
Tambahan pula kenaikan gaji tahunan juga tidak tetap dan lazimnya ia tidak melebihi lima peratus.
Harga tiket bas ekspres ke negara jiran Singapura meningkat kepada RM95 sehala berbanding RM75 pada tahun 2010. Harga tersebut hanya kurang RM4 berbanding harga tiket promosi kapal terbang ke republik itu. Alasan kenaikan harga ialah kerana musim cuti sekolah.
Harga barang yang semakin tinggi tidak boleh disalahkan kepada peniaga dan pembekal semata-mata, kata wakil Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).
"Bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan cuaca kemarau yang melampau, yang melanda dunia, antara sebab kekurangan bekalan barang keperluan seharian. Lagipun kebanyakan sumber makanan negara ini diimport termasuk gula, tepung dan beras.
"Apabila permintaan melebihi bekalan, pasti harganya meningkat kerana bekalan yang terhad ini," kata Mohd. Yusof Abdul Rahman, Pengarah Komunikasi Kumpulan FOMCA.
Apapun, pengguna perlu membuat pilihan dengan berhati-hati ketika harga tidak stabil.


 "Barang keperluan biasanya akan stabil pada harga baru dan sekiranya bekalan pulih seperti sediakala, penurunan harga tidak berlaku secara mendadak berbanding ketika ia dinaikkan. Kadang-kadang ia tak berlaku langsung. Carilah alternatif kalau boleh," pesan Mohd. Yusof.

Pengguna yang bijak membuat pilihan dan sanggup bersuara pasti dapat mengubah keadaan masa kini kepada tahap yang lebih baik. - Bernama

Kad undangan kahwin dan budaya

Ini ialah kisah kad undangan ke majlis perkahwinan. Saya tidak dapat memastikan sejauh manakah kisah kad ini penting bagi pembaca. Mungkin ada menganggap kisah ini tidak penting, jika demikian ketepikan saja.



Ketika singgah di rumah sahabat saya (Karim) di Lumut; dia, isteri, anak dan menantunya sedang bercakap-cakap tentang kad undangan perkahwinan. Mereka menerima kad undangan, tetapi tidak bertulis nama orang yang diundang. Oleh sebab hubungan kami akrab, ketika tiba mereka tidak mengubah tema percakapan. Saya bukan saja mendengar, malah menonton aksi mereka. Saya pun teringat akan pengalaman sendiri.


Dalam kes Karim dan keluarganya, pihak mengundang memesan kad undangan yang cantik dan memberikan kad itu kepada sesiapa yang diingatinya, tempat nama itu dibiarkan begitu. Tuan rumah itu sedikit pun tidak terfikir bahawa yang penting bukannya kad cantik, tetapi nama pihak yang akan diundang.


Saya minta kad itu. Inilah bunyi tulisan bercetak: Zaifran Zainol dan Miazara Muluk mempersilakan ________ ... seisi keluarga ke majlis perkahwinan anak kami pada hari Sabtu 19 Mac 2011. (Ditulis alamat dan juga atur cara majlis.) Tempat kosong itu tidak diisi, bawa makna, pihak yang mengundang itu tidak jemput sesiapa pun. Dia hanya memberi kad yang cantik itu untuk dibaca, dan mungkin elok dimasukkan ke dalam album atau frame. Tidaklah dapat saya putuskan, apa makna perlambangan ini.
Saya tidak tahu, adakah pembaca akhbar ini berpengalaman menerima kad undangan tanpa nama. Saya sendiri pernah, tetapi apabila sahabat bercakap panjang tentang perasaannya, barulah saya teringat perasaan sendiri ketika menerima kad bogel begitu tiga tahun lalu. Saya berasa malu menerimanya, dan keputusan; tidak pergi! Habis cerita.


Karim bercakap panjang lebar tentang kad tersebut, bererti dia tersinggung. Katanya, orang sekarang sudah tidak ambil berat soal corak hubungan antara satu dengan lain. Pemberi kad itu ialah anak saudaranya. Bukankah elok panggilan Pak Lang Karim Maaruf ditulis di tempat berkenaan. Semua bapa saudara akan berasa besar hati, bangga dan gembira apabila nama (berserta panggilan kekeluargaan) ditulis di situ. Jika kad tanpa nama, “…hendak dibaca kali kedua terasa sebak dada,” kata Karim.


Walaupun kad jemputan adalah tradisi moden, penerimaannya meluas sekali dalam masyarakat kita. Bagi sesetengah orang, kecantikan kad itu diutamakan, sehingga mereka tidak sanggup menulis nama Makcik Besah, Maklong Hasnah, Paksu Kamal, Pakcik Razak dan lain-lain. Namun kita dapat mengagak, jika kad itu hendak dihantar kepada seseorang yang ada gelaran (Datuk atau Tan Sri), nama dan gelaran itu ditulis dengan baik. Paklang, Pakcik, Makngah dan lain-lain adalah orang biasa, buat apa dituliskan? Itulah fikiran moden yang sesat.


Teringat pula kad undangan diterima kakak sepupu saya, Kak Latifah. Ini cukup memilukan - kad daripada anak sendiri, dan tempat nama itu diisi perkataan ‘Mak Pah’. Sampai hati anaknya menuliskan ‘Mak Pah’, panggilan yang menunjukkan jauh hubungannya dengan ibu sendiri. Kak Latifah hanya tersenyum pahit.


Orang paling sedih dalam keseluruhan cerita di atas tentulah Kak Latifah. Namun, dia tidak memanjang-manjangkan cerita, dia menerima saja kejadian itu. Di sebalik yang berlaku bukannya penderhakaan, cuma kejahilan akal dan kemalapan emosi. Kak Latifah mungkin sudah melupakan hal itu, kerana anaknya baik. Anak yang baik akan lebih baik jika mengenal budaya sedalam-dalamnya.


Kesimpulannya, jika kita menempah kad undangan perkahwinan, hendaklah bersedia untuk duduk berjam-jam menulis nama dan panggilan hormat kepada setiap yang diundang. Sia-sialah kad diberikan jika penerima berasa tawar, apatah lagi tersinggung, malah sedih.


oleh RAHMAN SHAARI



2/20/2011 2:57:25 AM

Di Mana Kaum Lelaki ?

Penulis baru habis berkursus selama 3 hari di selatan tanah air. Daripada 20 peserta yang mendaftar kursus, hanya 4 sahaja kaum lelaki! Ke mana yang lain..?



Satu soalan berpusing-pusing dalam kepala.


Begitu juga ketika di alam kampus, dominasi kaum hawa menguasai setiap penjuru. Begitu juga di tempat kerja, hierarki dan posisi penting dikuasai kaum hawa.


Arggh...kenapa dan mengapa..?


Adakah kaum lelaki makin pupus,mengalami proses menghaibkan diri. tetapi ke mana? Mengikut statistik yang lama, nisbah imbangan di malaysia ialah 1:4, tetapi kini entahlah.


Adakah berada dalam penjara, pusat serenti atau dalam tahanan ISA.


Adakah berminat dengan kerja-kerja luaran dan kemahiran.


Adakah menjadi penganggur terhormat atau bersiar-siar setiap hari dengan motorsikal tanpa tujuan.


Penulis belum jumpa jawapan bagi kekaburan tentang masalah kepupusan ini. di mana-mana soalan ini tetapi akan berulang dan mengelirukan lagi keadaan.


Sila lapor diri wahai lelaki..ke mari kamu.. kamu diperlukan..sebagai benteng Negara.

Ada Apa Dengan Hujan..?

Hujan..Ada apa dengan Hujan..?



Hujan adalah detik apabila air yang memboyot di perut awan hitam turun basahi bumi. Ada orang menganggapnya sebagai rahmat Tuhan apabila bumi yang kering kontang dibasahi oleh hujan, ada orang menganggapnya sebagai petaka apabila air mulai naik dan menenggelamkan permukaan bumi, menyusahkan aktiviti kehidupan mereka. Tapi kita kena beringat hujan merupakan daripadaNya dan tentu ada sebab munasabahnya sesuatu itu terjadi.

 
Malaysia terletak di kawasan garisan khatulistiwa, bermakna cuaca panas & lembap setiasa bertukarganti dan ia adalah suatu ketentuan yang Illahi dan kurniaanNya. Jika bertukar menjadi musim salji maknanya sesuatu diluar jangkaan yang berlaku.



Bagi pengguna Astro, hujan bermakna duit mereka laburkan untuk menonton siaran berbayar akan menjadi sia-sia kerana pada waktu atau tempoh ini saluran atau siaran akan tergendala.


Hujan juga bagi yang kreatif mengubahnya menjadi puitis dengan terhasilnya lagu yang begitu indah.Hujan ditafsirkan dalam bentuk subjektif . Ada letakkan Hujan sebagai nama kumpulan nyanyian.

 
Teringat ketika waktu tempoh membesar di Kelantan, hujan merupakan tempoh yang paling disukai kerana tempoh ini cuaca amat sejuk dan begitu mendamaikan. Biasa bermula dalam penghujung tahun. Hujan juga membuatkan diri berangan-angan,terasa diri berada di England kerana setiap hari menggunakan baju sejuk yang tebal setiap masa, keluar kabus ikut mulut.Tapi kesulitannya ialah baju yang dijemur akan lambat kering kerana tiada matahari. Jadi terpaksalah pakai baju sama dalam jangkamasa yang lama.



 Hujan juga membuatkan keadaan sekitar mulai naik dengan air. Tempoh untuk memulakan pesta air. mandi hujan memang menyeronokkan tempoh ini. Air yang gugur dari hujung atap zink ibarat air terjun di bukit yang tinggi. Rakit batang pisang akan dibina dan tiub tayar akan dipam sebagai pelampung. tempat untuk berpesta pula di kawasan rumah dan tidak membahayakan bukannya di kawasan sungai yang pastinya sengaja menempah bala bila tergelincir.

Biasanya bapa akan memasang pukat di tempat-tempat strategik yang menjadi laluan ikan air tawar. Ikan yang selalu dapat ditangkap ialah ikan haruan, puyu, selat, ikan sepat, ketam nipah dan lampam. Suka sangat bila menjamu nasi panas-panas dengan lauk ikan tawar goreng dan budu atau kicap. Ditambah pula dengan "ikan Budu" (ikan kembung yang diperam dengan garam +budu). Rasanya seperti ikan yang diperam seakan -akan ikan masin tapi lagi sedap bila makan tempoh musim hujan.


Diluar pula hujan lebat, sambil bersembang-sembang berkumpul saudara mara di beranda rumah pula dihidangkan kopi O panas pekat dengan ubi kayu rebus cicah nyiur atau pisang rebus. Biasanya juga dihidangkan juga putu piring cicah nyiur.Ingatan silam masih lagi segar. Buat lapar perut bila teringat




 Hujan juga membuatkan aktiviti hanya berkisar kepada tidur dan makan sahaja.Aktiviti luar dikurangkan.Rasanya mungkin sebab hujan jugalah membuatkan ramai golongan kelamin di Pantai Timur mempunyai anak yang ramai.Agaknya atau mungkin.Fikir-fikirkanlah. Pastinya hujan tetap akan membasahi bumi.



Tamat.

A Hierarchy Of Basic Needs, based on A/H Maslow, 1970

A Hierarchy Of Basic Needs, based on A/H Maslow, 1970




Ini adalah satu ilmu yang perlu dikongsi bersama mengenai keperluan asas yang perlu bagi kehidupan sebagai seorang manusia.


Kemampuan adakalanya tidak memenuhi kehendak kita yang diselaputi nafsu dan pelbagai . Namun inilah hierarki yang akan melengkapkan kepada kesempurnaan hidup.


Ia mungkin tidak bernilai bagi yang tidak memahami dan bagi yang memahami inilah garis kehidupan kita.

Ada Apa Hari Ini..?


Pagi tadi ketika melalui Lebuhraya DUKE untuk ke tempat kerja ,aku berselisih dengan sebuah motorsikal.Aku lihat si bapa menunggang motorsikal dengan anak dalam usia 2tahun di dalam raga motorsikal, si isteri pula dibelakang bersama anak yang masih kecil mungkin usia 6bulan dengan mata yang mungkin lagi masih mengantuk.Itulah sahaja cara yang murah, cepat dan pantas untuk si bapa.



Alahai kesiannya bila fikir,sebab itu sahaja kemampuan si bapa untuk tempoh ini.Hrmm, risiko untuk alami perkara yang tidak diingini peratusannya lebih tinggi berbanding menggunakan kereta namun ketidakmampuan menyebabkan kereta yang mungkin kini dikira sebagai keperluan asas tidak mampu disediakan lagi oleh si bapa.


Mungkin zaman dulu, orang berbangga bila berkereta kerana ia dianggap sebagai barang mewah tapi bukan kini. Kebaikan bermotorsikal ialah menjimatkan dan mampu mengurangkan kesesakan jalanraya tapi risiko juga tinggi terutama bila banyak nyawa dipertanggungjawabkan.


 
Aku rasa dua pengajaran yang mampu direnungkan disini iaitu :-



Pertama, kita kenalah bersyukur dengan segala apa yang kita mampu miliki kini.Biarpun berkereta buruk,tahun lama, kereta kosong (tak ada power stereng) atau mungkin model tempatan-"wannabe" atau "wallan" itu tidak kisah janji itulah kemampuan kita.
Ukur baju perlulah di baju sendiri, jangan ukur dibadan orang lain sebab saiz orang berbeza-beza.kadang-kadang kita juga mengeluh seorang, dulu masa mula-mula bekerja, gaji seribu cukup-cukup untuk hidup, naik gaji rm2K pun sama, cukup-cukup juga, naik lagi RM3K, cukup-cukup juga, tidak lebih tidak kurang.
Puncanya ialah kerana kehendak kita adalah sentiasa meluap-luap, mula dari dalam hati iaitu nafsu.Ianya makin bertambah bila isi poket kita makin tebal, maka makin teballah kehendak kita.Ada sahaja benda tidak cukup, perlu itu, perlu ini biarpun itu bukan satu keperluan.
Pengajaran kedua, kehidupan kita kini makin dicengkam dengan inflasi dan kenaikan harga barangan yang boleh mengoyakkan isi poket kita. namun kita perlulah menambah inisiatif mencari sumber pendapatan sampingan bagi kesinambungan hidup keluarga kita. sebagai lelaki yang bertanggungjawab dan sebagai ketua keluarga perlu berusaha mencari rezeki yang halal demi isi perut keluarga kita.
Memang, memang secara realitinya dalam keterpaksaan terutama bagi yang gajinya kecil, kita terpaksa buat kerana itulah hakikat hidup di zaman moden terutama tinggal di bandar-bandar besar terutama ibukota. masuk tandas sahaja kita perlu hulur 30 sen.Hendak bergerak dari lokasi A ke lokasi B pun kita terpaksa mengeluarkan duit terutama tol dan minyak.Makan di kedai kalau dalam tangan ada RM5, jangan berani cuba masuk dalam pilih ikut suka lauk pauk. Kesannya terpaksa gadai apa yang perlu digadai.Jika tidak pun terpaksa tolong basuh pinggan di belakang kedai.
Dulu 15 tahun dulu,mungkin kita mampu berjalan megah dengan duit RM10 untuk meronda-ronda ke pasar malam. Di kiri kanan penuh dengan apa yang mampu kita hajatkan kerana nilai dan harga pada masa itu masih lagi murah.


Tapi kini,dengan RM50 apa sangatlah barangan yang mampu kita bawa balik di tempat yang sama.Kuih muih sahaja boleh kita tengok hasilnya yang mampu kita bawa balik,sedih.Teringat kenangan silam yang semuanya murah-murah namun inilah hakikat dan kita terpaksa terima realiti kehidupan.
Kita hendaklah mensyukuri setiap nikmat dan rezeki yang kita perolehi hari ini, menghargainya dan menggunakan di jalan yang betul. Betul, esok mungkin ada "rezeki yang berlebih-lebihan" ibarat kata petikan dialog Sudin (orang kaya tamak yang akhirnya kena jahit)dalam cerita P.Ramlee- 40 Penyamun namun esok itu belum lagi jadi realiti, hari ini adalah yang pasti.


Rezeki adakalanya kita mampu perolehi dalam jumlah yang banyak dalam sekelip mata namun ia juga boleh hilang dalam sekelip mata.Bersyukurlah kerana bersyukur membuatkan kita insaf siapa kita.


"Nobody Perfect" namun ingat mengingati rasanya tidak salah. Fikir-fikirkanlah.



Ahad, 20 Februari 2011

Beli rumah mampu bayar

 ADA yang keliru membeli rumah sebagai keperluan atau untuk memenuhi impian. Maka, tidak hairan sekiranya ada yang sanggup mengikat perut membeli kediaman berharga RM300,000 walaupun tempoh bekerja tidak sampai lima tahun, sedangkan banyak rumah yang ditawarkan di pasaran bersesuaian dengan kadar pendapatan si pembeli.









APAKAH perkara utama yang harus difikirkan sebelum membuat keputusan untuk memiliki kediaman?
Perkara utama yang harus difikirkan sebelum membuat keputusan memiliki kediaman sendiri adalah melihat kemampuan kewangan. Ini kerana tidak semua individu yang bekerja dan mempunyai pendapatan tetap mampu membayar ansuran bulanan bagi kediaman mahal atau mewah.
Untuk memudahkan perancangan, kita perlu membuat pengiraan dengan menolak semua perbelanjaan termasuk hutang, simpanan dan pelaburan. Baki yang tinggal digelar sebagai lebihan dan ia menjadi penanda aras untuk menentukan rumah jenis apa yang harus dibeli. Perkara ini penting kerana ia akan menentukan hala tuju kewangan kita berikutan ia akan menjadikan pemilik rumah dapat mengawal dan merancang perbelanjaan dengan lebih bijak.
Sekiranya individu itu mempunyai lebihan sekitar RM500 sebulan, adakah dia perlu membeli kediaman yang memerlukannya membayar jumlah sama kepada bank?
Faktor pemilihan yang harus diambil kira adalah lokasi dan jumlah lebihan RM500 itu mungkin cukup sekiranya rumah itu berada pada lokasi setara.
Ada lokasi perumahan yang menyediakan kediaman jenis semi-D dengan harga kurang RM250,000 dan ada juga lokasi yang menetapkan harga sehingga RM700,000 untuk rumah jenis sama.


Maka, kita perlu memilih lokasi yang bertepatan dengan kemampuan kewangan dan sekiranya bayaran bulanan sebanyak RM500 itu hanya sesuai untuk kediaman jenis apartmen atau flat, maka ia adalah pemilihan yang bertepatan.






 Bagaimana pula jika bakal pembeli rumah mahu memiliki kediaman jenis semi-D berbanding apartmen atau flat dan memikirkan lebih baik membeli rumah yang agak mahal berbanding menyewa bertahun-tahun?


Ada pihak berpendapat bahawa lebih baik membeli rumah walaupun perbelanjaan bulanan mungkin tidak cukup berbanding menyewa bertahun-tahun. Pendapat itu mungkin tidak berapa benar kerana dengan menyewa, individu itu masih mampu menyimpan bagi membuat pembayaran pendahuluan lebih tinggi walaupun dia terpaksa menyewa hampir 10 tahun.
Pembeli harus memikirkan juga mengenai simpanan untuk kecemasan, insurans, pendidikan anak-anak atau perbelanjaan bulanan dan tidak seharusnya membelanjakan gaji yang ada hanya untuk membuat pembayaran ansuran rumah saja.







Apa pula perkara yang harus diambil kira sebelum membuat keputusan membeli rumah?
Banyak pihak hanya menyediakan wang pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah, namun tanpa disedari jumlah wang yang diperlukan adalah lebih banyak daripada itu kerana ia merangkumi kos guaman serta surat perjanjian jual beli. Maka, untuk lebih selamat, bakal pembeli perlu menyediakan wang sebanyak 15 peratus daripada harga rumah bagi mengelakkan kesesakan di kemudian hari.
Selain itu, antara tips yang boleh digunakan adalah bayar wang pendahuluan setinggi yang boleh supaya boleh memohon pinjaman bank serendah yang boleh serta tetapkan tempoh pembayaran sesingkat yang boleh antara 15 hingga 20 tahun.
Walaupun ada bank yang menawarkan pinjaman sehingga dua generasi kita pasti tidak mahu mewariskan hutang kepada anak-anak.
.


 Apa nasihat untuk mereka yang pertama kali membeli rumah?
Apa yang penting adalah kita perlu bezakan antara keperluan dan keinginan. Apa yang diperlukan adalah rumah untuk dijadikan tempat tinggal sekeluarga. Apa yang diidamkan adalah rumah mewah dua tingkat lot tepi.
Namun, sebagai permulaan, sekiranya keadaan kewangan belum mengizinkan kita memiliki rumah mewah dua tingkat lot tepi, langkah terbaik adalah mendapatkan kediaman selesa mengikut kemampuan.