KEBEBASAN BERFIKIR-ENZO KANEDA

KEBEBASAN BERFIKIR-ENZO KANEDA
Anda Berada Dalam Jajahan Takluk Kerajaan Pelangi Dibawah Pimpinan Laksamana Pelangi Dinaungi Enzo Kaneda-Pemerintah

Khamis, 22 Julai 2010

Makan Kutip Dari Tong Sampah, Rupanya Jutawan

SKELLEFTEA, Sweden - Seorang lelaki berumur 60 tahun di sini memiliki kekayaan rahsia lebih AS$1.6 juta (RM5.21 juta) menerusi pelaburan di pasaran saham dengan cuma bermodalkan wang yang diperoleh daripada mengutip dan menjual tin kosong, lapor sebuah akhbar semalam.



Lelaki itu, Curt Degerman yang digelar Kurt Tin Kosong, meninggal dunia 18 bulan lalu manakala saudara-maranya bertengkar berhubung siapa sepatutnya mewarisi kekayaannya.


Sejak 40 tahun lalu, Degerman dipandang rendah oleh masyarakat kerana menyara hidupnya dengan menyelongkar tong-tong sampah untuk mencari tin kosong dan menjualnya di sebuah loji kitar semula.


Bagaimanapun, setelah dia meninggal dunia semasa berusia 60 tahun akibat serangan jantung, saudara-maranya mendapati dia memiliki wang AS$1.1 juta (RM3.58 juta) dalam satu akaun bank Switzerland.


Mendiang turut menyimpan jongkong emas bernilai kira-kira AS$378,000 (RM1.2 juta) selain wang AS$1,358 (RM4,428) di rumahnya.


Di sebalik penampilannya yang selekeh, Degerman sebenarnya seorang pelabur aktif dalam pasaran saham antarabangsa.


Selain memakan sisa makanan daripada tong sampah dan memakai sehelai kot kotor, dia akan meluangkan masa di perpustakaan awam pada setiap hari untuk mengkaji berita kewangan di akhbar.


"Dia pergi ke perpustakaan setiap hari kerana tidak membeli akhbar. Di perpustakaan itu, dia membaca akhbar kewangan Dagens Industri," kata seorang sepupunya.


"Dia amat arif tentang pasaran saham," tambahnya.


Jutawan itu disifatkan saudara-maranya sebagai seorang kanak-kanak genius yang berhenti sekolah kerana krisis peribadi.


Kekayaan lelaki itu akhirnya dikongsi oleh dua sepupunya dalam satu penyelesaian di luar mahkamah.
 
Allah jua yang berhak menilainya...



Kalau diikutkan cerita, pengemis luar negara lebih berusaha gigih dari pengemis malaysia..at least diorang tetap mencari tin2 kosong...tak macam kat malaysia, tau2 datang minta sedekah...tapi apapun, jangan diherdik peminta sedekah...bantulah mereka sedaya apa yang kita mampu..






: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


وَالضُّحَى Demi waktu matahari sepenggalahan naik,


وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى dan demi malam apabila telah sunyi,


مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu,


وَلَلآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الأولَى dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan.


وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas.


أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَى Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu.


وَوَجَدَكَ ضَالا فَهَدَى Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.


وَوَجَدَكَ عَائِلا فَأَغْنَى Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.


فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلا تَقْهَرْ Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.


وَأَمَّا السَّائِلَ فَلا تَنْهَرْ Dan terhadap orang yang minta-minta maka janganlah kamu menghardiknya.


وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).

Selasa, 20 Julai 2010

Canggih kapal selam China ni, kalah Scorpene…


Kapal selam buatan sendiri ciptaan Tao Xiangli, 34 tahun, siap sepenuhnya pada 3 September, 2009. Beliau membuat kapal selam ini dari tong-tong minyak lama dan alat-alat yang di beli di kedai barang terpakai. Dia mengambil masa selama 2 tahun mereka cipta dan menguji kapal selam yang berharga 30,000 yuan ($4,385) ini. Canggihkan kapal selam mamat cina ni…


Kreatif...rasa macam genius seperti Ironman la pulak..


kos kecil tapi berbaloi....

gi skodeng pun ok ni..hehe

enjin dalam kapal selam..



Isnin, 19 Julai 2010

khasiat ulam-ulaman

Khasiat Ulam

Ulam sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan sebahagian besar masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi. Malah, kini ulam digunakan untuk pelbagai kegunaan dan mempunyai khasiat yang tersendiri untuk kegunaan semua masyarakat. Sebenarnya, ulam terdiri daripada 8,500 spesis tumbuhan berbunga dan 120 spesis ulam lain dan digunakan sebagai pembuka selera.

Petai
Biasanya, tumbuhan ini boleh didapati di kawasan tropika. Ia tumbuh sendiri di dalam hutan atau kawasan kampung. Daunnya berbulu halus dan mempunyai tangkai yang panjang. Buah petai adalah dalam bentuk lenggai. Lenggainya leper dan panjang yang mengandungi sehingga 20 biji benih. Semasa muda lenggainya berwarna hijau dan warna kehitaman setelah tua. Biji petai jeruk dianggap sebagai pembuka selera dan baunya yang kuat. Buah petai mempunyai protein, Vitamin C dan niasin yang boleh mengubati penyakit pada sistem pembuangan air kecil. Ia juga berupaya mengurangkan penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Jering
Jering biasanya tumbuh sendiri di kawasan hutan atau kampung. Biji benihnya yang muda boleh dimakan secara mentah sebagai ulam yang dicicah sambal. Digunakan sebagai pembuka selera. selain dijadikan pembuka selera, jering juga mempunyai khasiat yang tinggi. Ia terdiri daripada 84.1% karbohidrat, 52% kandungan air, 0.8% lemak dan 3.6% gentian. Buah jering dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
Kerdas
Ia boleh didapati di kawasan hutan atau di lereng-lereng bukit. Rupanya adalah lebih kurang sama dengan petai. Akan tetapi, baunya adalah lebih kuat daripada petai. Ia boleh digunakan untuk membuat tempoyak atau cencaluk. Cara makan dan khasiatnya adalah lebih kurang sama dengan petai.

TerungPipit/Rimbang
Terung Pipit boleh dimakan bersama tempoyak. Ia digemari oleh masyarakat Hindu yang memanggilnya 'rimbang'. Khasiatnya adalah untuk menerangkan mata terutamanya untuk mereka yang mata rabun.

Lada Hitam.

Selain digunakan sebagai penyedap bahan makanan, lada hitam juga boleh dijadikan sebagai ubat. Berfungsi bagi mengurngkan demam yang
disertai dengan pening, kepala terasa berat dan peluh sejuk.
Bagi mengubati demam, daun pokok lada hitma ditumbuk sampai hancur
dan kemudian ditampal di dahi. Sementara itu, untuk menyegarkan dan memanaskan badan ibu-ibu bersalin, sedikit buaah muda ditumbuk dengan ikan bilis dan dimakan bersama-sama nasi yang masih panas.

Lada hitm juga membantu mengatasi masalah cirit birit dan melawaskan air kencing.

Jintan Manis.
Jintan manis amat berkesan dalam membantu proses penghadaman makanan.
Ia juga mujarab untuk menghilangkan rasa loya dan meredakan masalah kembung perut.

Jintan manis juga boleh bertindak sebagai ramuan penting untuk membuat ubat batuk kerana ia berpotensi menghilangkan kahak dan rasa gatal dalam tekak serta meredakan masalah-masalah yang ada kaitan dengan paru-paru.
Jintan manis juga boleh menambahkan susu ibu. Minyaknya sering digunakan sebagai ramuan untuk membuat ubat gigi, minyak wangi dan bahan penyegar mulut.


Bendi:
Ulam bendi paling mudah disediakan dengan hanya merebusnya. Bendi mengandungi 2% protein, 7% karbohidrat, 1% serat serta zat galian dan vitamin. Bendi baik untuk perkembangan otak dan digunakan sebagai perangsang untuk membuang air kecil dan merawat bengkak pada saluran kerongkong dan hidung.

Terung Pipit:
Terung pipit biasanya dimakan mentah atau dicelur untuk dibuat ulam. Ia rangup dan begitu mudah dihadamkan. Kajian membuktikan terung pipit mengandungi protein, sedikit lemak, karbohidrat.
Banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, C dan B1.

Selom:
Selom merupakan sejenis ulam segar yang digemari orang utara, turut dijadikan sayuran hiasan dalam laksa. Ulam berdaun cantik ini dikatakan dapat mengubati demam panas serta tekanan arah tinggi.

Malay selom juga mampu memberi kesan sebagai agen anti remutik dan menurunkan paras gula dna kolesterol dalam pesakit diabetis atau
kencing manis.

Ulam Raja:
Ulam raja mempunyi rasa dan bau yang unik. Ia kaya dengan kalsium dan vitamin A yang menguatkan tulang serta agen pembersih darah.

Pucuk betik

Membantu penghadaman.

Pucuk gajus
Membersihkan darah.

Pucuk mengkudu
Mencegah sakit kepala, buasir, kembung dan menguncupkan rahim.

Pucuk putat

Mencegah pening dan darah tinggi, membersihkan darah dan menguncupkan rahim.


Khasiat Jus Buah-buahan

Minum jus secara teratur ternyata dapat menyembuhkan berbagai penyakit yang ringan. Berikut beberapa jenis buah yang dapat dinikmati sebagai jus yang menyihatkan badan:

1. Aprikot
Buah ini banyak mengandung protein dan vitamin seperti vitamin A, B, B2, B3, dan C.Buah bergizi tinggi ini sangat baik jika dimakan setiap hari. Apalagi aprikot tidak mengandung kolesterol dan baik untuk melancarkan peredaran darah. Lemak dari isinya baik untuk dijadikan krim pelembab.

2. Epal
Buah epal mengandungi banyak magnesium, zat besi dan silikon, potasium, fosfor, sodium dan kalsium. Epal juga mengandung vitamin A, B, dan C. Zat asam pada epal merupakan zat pembersih tubuh yang sangat baik serta dapat menyembuhkan keradangan pada tubuh. Sisa hampas jus (sari) epal dapat digunakan untuk meneutralkan lemak pada wajah.

3. Limau
Semua jenis limau merupakan sumber vitamin C yang utama. Ia dapat membantu memperkuatkan jaringan otot-otot urat dan dinding pembuluh darah. Penderita gusi berdarah, gigi rosak dan sakit sendi dapat diatasi dengan segelas jus limau atau lemon setiap hari.

4. Timun
Sayuran ini enak dimakan mentah serta menyihatkan. Hirisan timun ditempelkan ke mata setiap tiga minit selama 20 minit pada kelopak mata untuk mengatasi mata yang sering letih dan mengantuk. Jus timun merupakan salah satu diuresis terbaik untuk melancarkan pembuangan air kecil dan menurunkan darah tinggi.

Pengemis seksi jadi kaya kerana Internet

NINGBO - Seorang pengemis di China, Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.
Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet.
Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.
Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan.
Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen.
Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru.
Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).
Filem tersebut akan menjalani penggambaran pada September depan dan ia dijadualkan ditayangkan pada Februari 2011.
Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.
Saudara-maranya menyangka dia mati sehingga mereka melihat imej-imejnya di Internet.
Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini.

Pelangi - Aku Jambatan Buatmu