KEBEBASAN BERFIKIR-ENZO KANEDA

KEBEBASAN BERFIKIR-ENZO KANEDA
Anda Berada Dalam Jajahan Takluk Kerajaan Pelangi Dibawah Pimpinan Laksamana Pelangi Dinaungi Enzo Kaneda-Pemerintah

Selasa, 23 Mac 2010

Apa jadi Bila Bersara...


Rancang persediaan hari tua
Kebanyakan kawan yang sebaya dengan saya sudah empat lima tahun bersara daripada pekerjaan mereka. Ada yang telah meneruskan kehidupan dengan membuka perniagaan dan ada juga yang bergantung kepada wang pencen daripada perkhidmatan kerajaan mereka.

Tidak kurang juga yang kurang sihat menghidap kencing manis, darah tinggi, gout dan macam-macam lagi.
Bagi mereka yang bekerja dengan syarikat swasta wang KWSP menjadi penyambung hidup. Ada juga yang bergantung semata-mata dengan pendapatan isteri mereka.
Walau apa pun kesimpulannya adalah dua perkara. Pertama seseorang itu memerlukan sejumlah wang yang agak banyak juga untuk meneruskan kehidupan selepas bersara.
Kedua sudah menjadi lumrah dunia apabila mencapai paras umur yang meningkat seperti 50 ke atas, seseorang itu boleh menghidap pelbagai jenis penyakit.
Sekiranya dia seorang bekas pegawai kerajaan, rawatan untuk penyakit dibiayai oleh kerajaan tetapi bagi mereka yang bukan pegawai kerajaan, kos rawatan penyakit mungkin tinggi kalau keluar masuk hospital.
Bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang bertanggungjawab, legalah sedikit kehidupan mereka.
Menurut suatu kajian bagi penduduk Malaysia lelaki purata berumur sehingga 74 tahun tetapi 14 tahun terakhir selalunya mengalami pelbagai jenis penyakit.
Contohnya kencing manis. Penyumbang utama ialah minum berkarbonat seperti Pepsi, Coca-Cola, Root Beer dan sebagainya. Tidak kurang juga sumbangan daripada teh tarik yang hanya teh dengan gula sebenarnya. Tetapi memanglah sedap dan tidak boleh berpisah bagi sesetengah orang.
Kalau dibincangkan, berapakah jumlah wang yang cukup untuk menampung kehidupan kita selepas bersara? Kalau hidup selama 10 tahun selepas bersara, jika ada RM1 juta sekalipun, ia bukan bernilai RM1 juta selama 10 tahun.
Kita harus ingat nilai mata wang akan merosot tahun demi tahun dan mungkin RM1 sekarang akan bernilai hanya 10 sen 10 tahun lagi. Bererti kalau seseorang itu sudah biasa dengan sesuatu taraf kehidupan mungkin kerana jawatan tingginya sebelum bersara, RM1juta kalau dibahagikan 10 tahun tidak lagi bernilai RM100 ribu setahun.
Berapa ramai di antara kita yang mempunyai simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM1 juta apabila kita bersara?
Ertinya kalau simpan di bawah daripada RM1 juta sudah tentu tidak mencukupi. Tambahan pula kalau ada anak-anak yang masih belajar di kolej atau di universiti. Kalau anak belajar di luar negara dan tidak ada biasiswa tentulah bertambah tertekan.
Oleh itu apakah yang harus dilakukan? Bagi seseorang yang ingin bersedia akan masa tuanya, dia perlu membuat persiapan beberapa tahun sebelum bersara. Itulah sebabnya kita semua perlu membuat perancangan diri sendiri.
Kita bertungkus lumus kadang-kadang membuat perancangan untuk syarikat atau organisasi kita tetapi kita jarang sekali merancang untuk diri kita sendiri. Misalnya bila sampai umur 40 hendak jadi apa? 50 ada di mana? Kitalah yang menentukan nasib kita.
Kalau kita tidak membuat perancangan hidup kita, nescaya kehidupan kita ibarat sepotong kayu yang hanyut di lautan, singgah di pantai di mana dipukul ombak.
Tidak ganjil kalau kita bertukar kerja lepas beberapa tahun berkhidmat dengan sesuatu badan atau syarikat demi masa depan kita dan keluarga kita. Kebanyakan anak muda yang baru bekerja tidak terfikir untuk membuat perancangan tentang masa depan mereka kerana masih seronok dengan kehidupan orang bujang.
Seseorang yang merancang masa depannya tahu apa yang hendak dicapainya. Mungkin dia tidak dapat mencapai setinggi yang dikehendakinya tetapi dia akan berusaha ke arah itu.
Ertinya dia mempunyai hala tuju kehidupan. Dia juga melihat apa yang diperlukan dari segi pengalaman dan kemahiran untuk mencapai sesuatu matlamat.
Misalnya ingin menjadi usahawan bila sampai umur 40 tahun. Dia harus membuat keputusan bidang apa dan dari mana dia boleh mendapatkan maklumat tentang idamannya sama ada daripada kajiannya atau daripada berinteraksi dengan mereka yang berpengalaman.
Dia juga harus menilai kelemahan dan kekuatan dirinya. Misalnya nak jadi usahawan tapi tak tahu akaun atau menyimpan buku. Kenalah cari jalan belajar. Kalau bahasa Inggeris tak lancar kenalah belajar bahasa Inggeris. Atau ada baiknya tahu bahasa Cina, eloklah belajar bahasa Cina.
Menilai kelemahan dan kekuatan diri seseorang itu penting untuk melengkapkan persiapan mencapai sesuatu hajat itu.
Begitu juga jenis pengalaman yang diperlukan. Mestilah sanggup melabur masa untuk sesuatu jangka masa yang panjang untuk mendapatkan pengalaman. Misalnya nak jadi kontraktor elektrik yang bertauliah, tentulah perlukan pengalaman beberapa tahun.
Kemudian kita juga kena mengakui halangan-halangan atau batasan-batasan dalaman dan luaran diri kita. Mengenal pasti halangan-halangan penting untuk mencari jalan mengatasi mereka.
Kita mestilah mempunyai kehendak yang kuat untuk berjaya dalam hidup, tidak semestinya hendak kaya saja. Kalau hendak jadi ahli sufi sekalipun kena belajar bertahun-tahun. Kenalah tahu syariat, tarikat, hakikat makrifat, zat, sifat, ismak ef'el dan iman, tawakal, ilmu, akhlak. Kenalah berguru barulah boleh sampai.
Saya syorkan semua keluarga menubuhkan sebuah syarikat supaya segala perbelanjaan boleh diserapkan ke dalam syarikat tersebut. Kenalah kenal pasti sesuatu jenis perniagaan seperti ubat kampung turun menurun yang boleh dikomersilkan.
Kalau isteri pandai menjahit boleh terima tempahan untuk menjahit atau pandai melakukan landskap, juga suatu perniagaan. Di Internet pun macam-macam jenis perniagaan yang ada tetapi hati-hati jangan sampai tertipu bila minta duit dulu dan menceritakan orang ini dan itu boleh dapat pendapatan beratus ribu sebulan, sedangkan barang yang dijual hanya RM40/RM50 saja.
Kita mesti buat siasatan dulu sebelum menceburkan diri supaya jangan sampai wang simpanan kita tergadai.
Hanya dengan ada suatu perniagaan saja masa depan kita boleh terjamin. Tak percaya?
Petikan drp :DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Spiderman Alain Robert





Kita biasa mengelamun memikirkan kita akan jadi Superman atau Spiderman masa kita kecik2 dulu..
Tapi secara realiti ..angan2 kita itu tidak mustahil utk direalisasikan brpun amat sukar diterima secara realistik..
Tapi Alain Robert berjaya membuktikan dgn minat dan kegilaannya itu..dia berjaya menawan beberapa puncak skycraper ataupun pencakar langit dengan jayanya..biarpun byk halangan terpaksa ditempuhi..ada orang kata ini semua kerja GILA....tp itu lah kekaguman terhadap semangat yg tinggi yg patut kita banggakan demi mencapai impian..jika ini kerja gila ..macamana dgn mendaki gunung Everest..keliling dunia seorang diri..lompat katak abis satu malaya ker...ini semua satu cabaran terutama diri kita sendiri..sebab antara faktor kejayaan ialah keazaman demi kejayaan...hasilnya ..kepuasan...

Alain Robert-Perancis

Gambar X-Ray Tulang Alain Robert patah..mengalami kecederaan serius pada Tahun 1982 selepas jatuh dari ketinggian 15 meter.Jatuh pula kepala dahulu dan koma selama 5 hari..disahkan Doktor lumpuh..dan harapan cuma 60% sahaja..cranium,hidung,wrist,elbows,pelvis & heels abis retak...


My HEro..



Spiderman dalam Dilema...






Komik...Yang Jadi Impian..





mcm Rockers..

Alain Robert kemudian membuktikan sebaliknya apabila kembali cergas beberapa tahun kemudian dan menolak keputusan Doktor yg mengatakannya lumpuh dan tidak mampu mendaki semula.. seterusnya meneruskan kegilaannya mendaki semula pencakar langit dan gunung..







mengajar anaknya utk generasi seterusnya Alain Junior...








KLCC yg ditawan selepas beberapa cubaan gagal...bermula mendaki selepas subuh...seingat aku pagi tu hujan masih lagi..gerimis..selepas malamnya hujan lebat..hebat betul...








berjaya ditawan..pihak berkuasa Malaysia tidak mampu menawannya..tapi dia berjaya menawan KLCC.










Percubaan yang gagal...





Percubaan yang kantoi...dapat disekat...






Ditahan pihak berkuasa..





Semasa mendaki gunung....








Kegilaan seterusnya...





Ditahan oleh Polis...





Mempelajari dan mengasah bakat hasil pengalaman sebagai budak pengakap...


mengetahui bakat terpendam selepas memanjat rumah flatnya/apartmen yg berada di tingkat 18 selepas lupa kunci...





Berlatih...





Juga berjaya ditahan...





















Kegilaan dan minat..tidak takut mati..merperjudikan nyawa tanpa alatan keselamatan...





dengan pakaian Spiderman






Spiderman gagal lagi...





berjaya...









keciknya kat bawah...






Alain Robert dalam bulatan............




semasa mendaki gunung..









So..kesimpulan positif yg kita peroleh darinya ialah apa sahaja keazaman kita..cita-cita kita...impian kita sebenarnya mampu gengam kecuali mati ..jika kita benar-benar berusaha dan tidak takut kegagalan.. kerana kegagalan ibarat bara didalam sekam..yg memberi lebih semangat kepada kita untuk terus berusaha..


Kesimpulan negatif yg kita dapat pula ialah "don't try this at home...try outside your home hehe""...































Khamis, 18 Mac 2010

Syabu..jangganlah mencuba..berbahaya...

satu penularan pd remaja,golongan elit dan mahasiswa masa kini.
SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipina...
Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang.

Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:
1. Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;
2. Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
3. Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan
4. Bersifat agresif. Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:
  • Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);
  • Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;
  • Keracunan pada sistem saraf tunjang;
  • Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;
  • Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan
  • Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati.

dadah jenis halusinasi,, membuat penagihnya berfikir melampaui batas, hilang pertimbangan meroyan hilang rasa malu..org yg ambik syabu ni juga lazimnya mereka sukar utk tidur,dan boleh berjam-jam buat kerja tanpa henti..tak kenal letih dan penat.

  • Benda ni semua jangan sesekali mencuba..dadah2 ini semua adalah dadah jenis sintetik....
  • sering mendengar bisikan di telinga,org tu umpat dia ,org ni umpat dia,walhal takde siapa pun yg umpat dia..dia dok berasa sendiri-sendiri jer.. dengar bisikan sampai jadi tekanan..keluar rumah mlm-mlm sambil bawak parang pergi cari keliling rumah,jadi cam tak ketahuan,bila isteri tegur lihat perangai dia ganjil,dia melenting marah-marah,maki hamun habis semua anak bini. kemudian suka menyendiri..duduk sorang-sorang,tak mau campur dgn geng yg tak seais,sesyabu dgn dia.
  • Kesan lepas mati..otak dia cair..bila buat post mortem...belah kepala..lubang2...dadah sintetik katakan..rosak otak..

Senyumlah..jgn muncung..


40 nasihat utk menjadikan kehidupan harian kita tu paling perfect (afdal) dan bermakna:
1. Peruntukkan waktu selama 30 minit utk berjalan kaki
2. Duduk sendirian selama 10 minit
3. Peruntukkan 7 jam waktu tidor
4. Hidupkan hari kamu dengan tiga perkara ini, kuat +semangat+belas ihsan
5. Mainlah permainan yg menggembirakan kamu
6. Bacalah buku2 ilmiah sebanyak mungkin
7. Khususkan waktu untuk santapan rohani seperti solat sunat, zikir, baca Al Quran
8. Luangkan masa untuk berbual dengan orang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah
9. Pasangkan impian ketika kamu berada dalam keadaan sedar
10. Banyakkan mkn makanan semulajadi, kurangkan mkn mkn segera
11. Minum air masak
12. Cuba utk membuat 3 orang yg berada disekeliling kamu tersenyum
13. Jangan dibiarkan masa berlalu tanpa perkara berfaedah
14. Lupakan segala perkara buruk yg telah kamu lakukan, dan
sembunyikan kesalahan org lain
15. Jgn sesekali berfikiran negatif, penuhilah azam dgn fikiran positif
16. Jadikanlah kehidupan yg kamu lalui itu sebagai sekolah, dan kamu pelajar di dalamnya, setiap ape jua masalah yg kamu lalui, pasti ada penyelesaiannye
17. Jadikan sarapan itu sebagai santapan diraja, lunch seumpama menteri, dinner seumpama kamu seorang faqir
18. Senyumlah dan ketawa sebanyak mungkin
19. Kehidupan ini terlalu pendek, jgn sesekali penuhinya dengan membenci org lain
20. Jgn jadikan semua perkara itu terlalu serius, ‘be smart and think’
21. Tidak semestinya kamu perlu juara dalam perdebatan dan
perbincangan, cuba utk menerima kesalahan dan pandangan orang lain
22. Lupakan perkara buruk yg telah berlalu sehingga mempengaruhi masa depan kamu
23. Jgn bandingkan kehidupan kamu dengan org lain
24. Hanya satu sahaja yg mencorak dan menjamin kebahagiaan dalam kehidupan, iaitu ‘kamu’
25. Cuba bertolak ansur tanpa syarat
26. Apa yg org perkatakan keburukan di belakang kamu, anggaplah ia tiada kaitan langsung
27. Bersangka baiklah pd Allah
28. Sama ada kehidupan kamu baik atau buruk, percayalah semua itu akan berubah
29. Ketika kamu sakit, byk tugasan telah terjejas, yg menolong kamu itu adalah sahabat, maka hargailah mereka
30. Cuba buangkan segala tabiat yg tidak bermanfaat dan berguna
31. Hasad dengki byk membuang masa, adalah lebih baik kamu
menggunakan waktu tu utk meningkatkan keupayaan kamu
32. Tiada perkara dalam dunia ini yg mustahil
33. Apa jua perasaan yg kamu lalui, jgn lemah, naif, putus semangat, cuba utk bangkit dan teruskan perjalanan
34. Cuba lakukan sesuatu perkara itu niat kerana Allah
35. Cuba selalu hubungi kedua ibu bapa dan adik beradik
36. Hiduplah bermaruah dan nikmatilah kebahagiaan
37. Cuba utk menjadi seorang yg sentiasa memberi bukan menerima
38. Jagalah agama kamu
39. Ketika kamu bangkit dari Subuh, dan kamu rasakan masih hidup, bersyukurlah pada Allah
40. Doakan kebahagiaan sahabat2 dan saudara2 kamu.









































































































Rabu, 17 Mac 2010

Rumah impian...


Rumah..satu space untuk kita berteduh dari hujan dan panas...juga dikenali sebagai rumahku..syurgaku...


kini harga rumah melambung-lambung naik sesuai dengan dengan kawasannya jika ia strategik... semua ratus k...million...

tp mampukah kita atau mampu milik atau hanya tgk jer..hrmm berangan-anganla..mcm cerita Hindustan...xmampu jadi realiti..tp xsemestinya...ia akan jadi realiti jika tahu caranya..malah boleh dibina dgn jayanya jika kita kreatif ..dan berusaha utk merealisasikannya..


Trojan Contemporary Home


Wingard Architecture by Gert Wing




Laidley Modern




YTL Residence Ultra Modern Home





McBride Modern Home







Wolfe Avenue Residence




Atelier for calligrapher



Colourful House by Karim Rash



Easy Domes



House by Blighrollerneild


House by Erginoglu Calislar


IPAD House Design



Modern House by Bercy Chen



Los Amates House


Minimalist Home


Modern Home by Bercy Chen













pilihlah mana satu berkenan..jadikan inspirasi...