KEBEBASAN BERFIKIR-ENZO KANEDA

KEBEBASAN BERFIKIR-ENZO KANEDA
Anda Berada Dalam Jajahan Takluk Kerajaan Pelangi Dibawah Pimpinan Laksamana Pelangi Dinaungi Enzo Kaneda-Pemerintah

Selasa, 20 Disember 2011

Ada Apa DenganTeori A.H.Maslow..???


Cuba anda berfikir seketika...? Ketika mula-mula bekerja atau awal tahun pertama bekerja, sama ada kita sedar atau tidak sedar gaji kita yang segenggam itu cukup-cukup untuk membiayai kehidupan kita untuk sebulan tika itu. Cukup-cukup, tidak lebih dan tidak kurang. Jika lebih  kita makin seronok tapi kebiasaannya cukup-cukup.

Ok, kembali kepada realiti sekarang,.Sekarang,gaji lebih sedikit dari segenggam tadi , mungkin gaji kita sekarang bertambah mengikut usia dan pengalaman kita. Tapi keperluan juga cukup-cukup untuk membiayai kehidupan kita kini.

Ada pepatah mengatakan besar periuk maka besarlah keraknya. Adakah kenyataan ini diakui..? Mungkin benar, mungkin silap. Mengikut pembelajaran mikroekonomi juga menjelaskan keadaan di mana keperluan manusia ini adalah tidak terhad. Semuanya berpunca daripada satu sahaja iaitu “nafsu”.
Perancangan  dan pelaksanaan adalah penting dalam merencanakan kehidupan kita kerana ia realisasikan dan menjadikan segala impian atau angan-angan kita selama ini tercapai dan Berjaya.
Mengikut teori  menjelaskan bahawa bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai keperluan yang kompleks.   Berdasarkan teori A.H. Maslow (1954) telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat.  Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Contohnya keprluan berteduh seperti rumah, kenderaan, makan minum, perubatan dsbnya. Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi.  Setelah keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri. 
Peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow ini ialah  :-
 

1. Keperluan Estetik
2. Keperluan Mengetahui
3. Penyempurnaan Diri
4. Penghargaan Kendiri
5. Kasih Sayang
6. Keselamatan
7. Fisiologi
Model Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan ‘ontological’ individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu misalnya pada masa bayi atau kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan dan keselamatan, diikuti dengan kasih-sayang, dan penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehingga kepada peringkat penyempurnaan kendiri.  Kajiannya mendapati semakin tinggi keperluan individu itu maka semakin kurang pergantungan kepada persekitaran social kerana dalam hal ini individu menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan tingkah-lakunya.  Pada masa ini motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat, dan kreativiti impuls individu.  Sementara itu persekitaran sosial merupakan faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini.  Maka dengan itulah juga Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan. Mungkin kita tidak memahami apa itu teori Maslow tetapi jika dihayati inilah “benda” yang dikejar oleh kebanyakan manusia dalam dunia ini mengikut rumusan teorinya.
 Rumusannya adalah bahawa perkembangan individu atau manusia  ini perlu melalui beberapa tingkat kepuasan atau dengan kata lain proses perkembangan individu itu merupakan satu usaha yang berterusan dalam persekitaran sosial sehingga mencapai kecemerlangan dalam kehidupan.
Jika tidak takkan kita semuanya berkejaran di muka bumi ini keluar awal pagi sebelum fajar menyingsing dan kembali tika fajar terbenam dengan matlamat mencari rezeki bagi memenuhi keperluan ini demi mencari apa itu” kebahagiaan , keselesaan dan kegembiraan tidak lagi bersedih, kelaparan , memenuhi kesemuanya kehendak kita dan  tidak lagi merana”


2 ulasan:

  1. Maslow yang kemudiannya diberi mandat mengetuai pentadbiran sebuah kolej bermasalah di Amerika, Antioch College, akhirnya berkata,”My theory doesn’t work.”

    BalasPadam
  2. Kehendak manusia tidak terhad. Sukar dipenuhi. Kalau tak ada pun boleh hdup lagi. Cth, kemewahan.

    Keperluan pula terhad. Dan mesti ada untuk kesinambungan hdup. Cth, keperluan asas (makanan, pakaian, tmpt tggl, keselamatan).

    BalasPadam