Penulis baru habis berkursus selama 3 hari di selatan tanah air. Daripada 20 peserta yang mendaftar kursus, hanya 4 sahaja kaum lelaki! Ke mana yang lain..?
Satu soalan berpusing-pusing dalam kepala.
Begitu juga ketika di alam kampus, dominasi kaum hawa menguasai setiap penjuru. Begitu juga di tempat kerja, hierarki dan posisi penting dikuasai kaum hawa.
Arggh...kenapa dan mengapa..?
Adakah kaum lelaki makin pupus,mengalami proses menghaibkan diri. tetapi ke mana? Mengikut statistik yang lama, nisbah imbangan di malaysia ialah 1:4, tetapi kini entahlah.
Adakah berada dalam penjara, pusat serenti atau dalam tahanan ISA.
Adakah berminat dengan kerja-kerja luaran dan kemahiran.
Adakah menjadi penganggur terhormat atau bersiar-siar setiap hari dengan motorsikal tanpa tujuan.
Penulis belum jumpa jawapan bagi kekaburan tentang masalah kepupusan ini. di mana-mana soalan ini tetapi akan berulang dan mengelirukan lagi keadaan.
Sila lapor diri wahai lelaki..ke mari kamu.. kamu diperlukan..sebagai benteng Negara.
Khamis, 24 Februari 2011
Ada Apa Dengan Hujan..?
Hujan..Ada apa dengan Hujan..?
Hujan adalah detik apabila air yang memboyot di perut awan hitam turun basahi bumi. Ada orang menganggapnya sebagai rahmat Tuhan apabila bumi yang kering kontang dibasahi oleh hujan, ada orang menganggapnya sebagai petaka apabila air mulai naik dan menenggelamkan permukaan bumi, menyusahkan aktiviti kehidupan mereka. Tapi kita kena beringat hujan merupakan daripadaNya dan tentu ada sebab munasabahnya sesuatu itu terjadi.
Malaysia terletak di kawasan garisan khatulistiwa, bermakna cuaca panas & lembap setiasa bertukarganti dan ia adalah suatu ketentuan yang Illahi dan kurniaanNya. Jika bertukar menjadi musim salji maknanya sesuatu diluar jangkaan yang berlaku.
Bagi pengguna Astro, hujan bermakna duit mereka laburkan untuk menonton siaran berbayar akan menjadi sia-sia kerana pada waktu atau tempoh ini saluran atau siaran akan tergendala.
Hujan juga bagi yang kreatif mengubahnya menjadi puitis dengan terhasilnya lagu yang begitu indah.Hujan ditafsirkan dalam bentuk subjektif . Ada letakkan Hujan sebagai nama kumpulan nyanyian.
Teringat ketika waktu tempoh membesar di Kelantan, hujan merupakan tempoh yang paling disukai kerana tempoh ini cuaca amat sejuk dan begitu mendamaikan. Biasa bermula dalam penghujung tahun. Hujan juga membuatkan diri berangan-angan,terasa diri berada di England kerana setiap hari menggunakan baju sejuk yang tebal setiap masa, keluar kabus ikut mulut.Tapi kesulitannya ialah baju yang dijemur akan lambat kering kerana tiada matahari. Jadi terpaksalah pakai baju sama dalam jangkamasa yang lama.
Biasanya bapa akan memasang pukat di tempat-tempat strategik yang menjadi laluan ikan air tawar. Ikan yang selalu dapat ditangkap ialah ikan haruan, puyu, selat, ikan sepat, ketam nipah dan lampam. Suka sangat bila menjamu nasi panas-panas dengan lauk ikan tawar goreng dan budu atau kicap. Ditambah pula dengan "ikan Budu" (ikan kembung yang diperam dengan garam +budu). Rasanya seperti ikan yang diperam seakan -akan ikan masin tapi lagi sedap bila makan tempoh musim hujan.
Diluar pula hujan lebat, sambil bersembang-sembang berkumpul saudara mara di beranda rumah pula dihidangkan kopi O panas pekat dengan ubi kayu rebus cicah nyiur atau pisang rebus. Biasanya juga dihidangkan juga putu piring cicah nyiur.Ingatan silam masih lagi segar. Buat lapar perut bila teringat
Hujan juga membuatkan aktiviti hanya berkisar kepada tidur dan makan sahaja.Aktiviti luar dikurangkan.Rasanya mungkin sebab hujan jugalah membuatkan ramai golongan kelamin di Pantai Timur mempunyai anak yang ramai.Agaknya atau mungkin.Fikir-fikirkanlah. Pastinya hujan tetap akan membasahi bumi.
Tamat.
A Hierarchy Of Basic Needs, based on A/H Maslow, 1970

Ini adalah satu ilmu yang perlu dikongsi bersama mengenai keperluan asas yang perlu bagi kehidupan sebagai seorang manusia.
Kemampuan adakalanya tidak memenuhi kehendak kita yang diselaputi nafsu dan pelbagai . Namun inilah hierarki yang akan melengkapkan kepada kesempurnaan hidup.
Ia mungkin tidak bernilai bagi yang tidak memahami dan bagi yang memahami inilah garis kehidupan kita.
Ada Apa Hari Ini..?
Pagi tadi ketika melalui Lebuhraya DUKE untuk ke tempat kerja ,aku berselisih dengan sebuah motorsikal.Aku lihat si bapa menunggang motorsikal dengan anak dalam usia 2tahun di dalam raga motorsikal, si isteri pula dibelakang bersama anak yang masih kecil mungkin usia 6bulan dengan mata yang mungkin lagi masih mengantuk.Itulah sahaja cara yang murah, cepat dan pantas untuk si bapa.
Alahai kesiannya bila fikir,sebab itu sahaja kemampuan si bapa untuk tempoh ini.Hrmm, risiko untuk alami perkara yang tidak diingini peratusannya lebih tinggi berbanding menggunakan kereta namun ketidakmampuan menyebabkan kereta yang mungkin kini dikira sebagai keperluan asas tidak mampu disediakan lagi oleh si bapa.
Mungkin zaman dulu, orang berbangga bila berkereta kerana ia dianggap sebagai barang mewah tapi bukan kini. Kebaikan bermotorsikal ialah menjimatkan dan mampu mengurangkan kesesakan jalanraya tapi risiko juga tinggi terutama bila banyak nyawa dipertanggungjawabkan.
Aku rasa dua pengajaran yang mampu direnungkan disini iaitu :-
Pertama, kita kenalah bersyukur dengan segala apa yang kita mampu miliki kini.Biarpun berkereta buruk,tahun lama, kereta kosong (tak ada power stereng) atau mungkin model tempatan-"wannabe" atau "wallan" itu tidak kisah janji itulah kemampuan kita.
Ukur baju perlulah di baju sendiri, jangan ukur dibadan orang lain sebab saiz orang berbeza-beza.kadang-kadang kita juga mengeluh seorang, dulu masa mula-mula bekerja, gaji seribu cukup-cukup untuk hidup, naik gaji rm2K pun sama, cukup-cukup juga, naik lagi RM3K, cukup-cukup juga, tidak lebih tidak kurang.
Puncanya ialah kerana kehendak kita adalah sentiasa meluap-luap, mula dari dalam hati iaitu nafsu.Ianya makin bertambah bila isi poket kita makin tebal, maka makin teballah kehendak kita.Ada sahaja benda tidak cukup, perlu itu, perlu ini biarpun itu bukan satu keperluan.
Pengajaran kedua, kehidupan kita kini makin dicengkam dengan inflasi dan kenaikan harga barangan yang boleh mengoyakkan isi poket kita. namun kita perlulah menambah inisiatif mencari sumber pendapatan sampingan bagi kesinambungan hidup keluarga kita. sebagai lelaki yang bertanggungjawab dan sebagai ketua keluarga perlu berusaha mencari rezeki yang halal demi isi perut keluarga kita.
Memang, memang secara realitinya dalam keterpaksaan terutama bagi yang gajinya kecil, kita terpaksa buat kerana itulah hakikat hidup di zaman moden terutama tinggal di bandar-bandar besar terutama ibukota. masuk tandas sahaja kita perlu hulur 30 sen.Hendak bergerak dari lokasi A ke lokasi B pun kita terpaksa mengeluarkan duit terutama tol dan minyak.Makan di kedai kalau dalam tangan ada RM5, jangan berani cuba masuk dalam pilih ikut suka lauk pauk. Kesannya terpaksa gadai apa yang perlu digadai.Jika tidak pun terpaksa tolong basuh pinggan di belakang kedai.
Dulu 15 tahun dulu,mungkin kita mampu berjalan megah dengan duit RM10 untuk meronda-ronda ke pasar malam. Di kiri kanan penuh dengan apa yang mampu kita hajatkan kerana nilai dan harga pada masa itu masih lagi murah.
Tapi kini,dengan RM50 apa sangatlah barangan yang mampu kita bawa balik di tempat yang sama.Kuih muih sahaja boleh kita tengok hasilnya yang mampu kita bawa balik,sedih.Teringat kenangan silam yang semuanya murah-murah namun inilah hakikat dan kita terpaksa terima realiti kehidupan.
Kita hendaklah mensyukuri setiap nikmat dan rezeki yang kita perolehi hari ini, menghargainya dan menggunakan di jalan yang betul. Betul, esok mungkin ada "rezeki yang berlebih-lebihan" ibarat kata petikan dialog Sudin (orang kaya tamak yang akhirnya kena jahit)dalam cerita P.Ramlee- 40 Penyamun namun esok itu belum lagi jadi realiti, hari ini adalah yang pasti.
Rezeki adakalanya kita mampu perolehi dalam jumlah yang banyak dalam sekelip mata namun ia juga boleh hilang dalam sekelip mata.Bersyukurlah kerana bersyukur membuatkan kita insaf siapa kita.
"Nobody Perfect" namun ingat mengingati rasanya tidak salah. Fikir-fikirkanlah.
Ahad, 20 Februari 2011
Beli rumah mampu bayar
ADA yang keliru membeli rumah sebagai keperluan atau untuk memenuhi impian. Maka, tidak hairan sekiranya ada yang sanggup mengikat perut membeli kediaman berharga RM300,000 walaupun tempoh bekerja tidak sampai lima tahun, sedangkan banyak rumah yang ditawarkan di pasaran bersesuaian dengan kadar pendapatan si pembeli.

APAKAH perkara utama yang harus difikirkan sebelum membuat keputusan untuk memiliki kediaman?
Perkara utama yang harus difikirkan sebelum membuat keputusan memiliki kediaman sendiri adalah melihat kemampuan kewangan. Ini kerana tidak semua individu yang bekerja dan mempunyai pendapatan tetap mampu membayar ansuran bulanan bagi kediaman mahal atau mewah.
Untuk memudahkan perancangan, kita perlu membuat pengiraan dengan menolak semua perbelanjaan termasuk hutang, simpanan dan pelaburan. Baki yang tinggal digelar sebagai lebihan dan ia menjadi penanda aras untuk menentukan rumah jenis apa yang harus dibeli. Perkara ini penting kerana ia akan menentukan hala tuju kewangan kita berikutan ia akan menjadikan pemilik rumah dapat mengawal dan merancang perbelanjaan dengan lebih bijak.
Sekiranya individu itu mempunyai lebihan sekitar RM500 sebulan, adakah dia perlu membeli kediaman yang memerlukannya membayar jumlah sama kepada bank?
Faktor pemilihan yang harus diambil kira adalah lokasi dan jumlah lebihan RM500 itu mungkin cukup sekiranya rumah itu berada pada lokasi setara.
Ada lokasi perumahan yang menyediakan kediaman jenis semi-D dengan harga kurang RM250,000 dan ada juga lokasi yang menetapkan harga sehingga RM700,000 untuk rumah jenis sama.
Maka, kita perlu memilih lokasi yang bertepatan dengan kemampuan kewangan dan sekiranya bayaran bulanan sebanyak RM500 itu hanya sesuai untuk kediaman jenis apartmen atau flat, maka ia adalah pemilihan yang bertepatan.
Bagaimana pula jika bakal pembeli rumah mahu memiliki kediaman jenis semi-D berbanding apartmen atau flat dan memikirkan lebih baik membeli rumah yang agak mahal berbanding menyewa bertahun-tahun?
Ada pihak berpendapat bahawa lebih baik membeli rumah walaupun perbelanjaan bulanan mungkin tidak cukup berbanding menyewa bertahun-tahun. Pendapat itu mungkin tidak berapa benar kerana dengan menyewa, individu itu masih mampu menyimpan bagi membuat pembayaran pendahuluan lebih tinggi walaupun dia terpaksa menyewa hampir 10 tahun.
Pembeli harus memikirkan juga mengenai simpanan untuk kecemasan, insurans, pendidikan anak-anak atau perbelanjaan bulanan dan tidak seharusnya membelanjakan gaji yang ada hanya untuk membuat pembayaran ansuran rumah saja.

Apa pula perkara yang harus diambil kira sebelum membuat keputusan membeli rumah?
Banyak pihak hanya menyediakan wang pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah, namun tanpa disedari jumlah wang yang diperlukan adalah lebih banyak daripada itu kerana ia merangkumi kos guaman serta surat perjanjian jual beli. Maka, untuk lebih selamat, bakal pembeli perlu menyediakan wang sebanyak 15 peratus daripada harga rumah bagi mengelakkan kesesakan di kemudian hari.
Selain itu, antara tips yang boleh digunakan adalah bayar wang pendahuluan setinggi yang boleh supaya boleh memohon pinjaman bank serendah yang boleh serta tetapkan tempoh pembayaran sesingkat yang boleh antara 15 hingga 20 tahun.
Walaupun ada bank yang menawarkan pinjaman sehingga dua generasi kita pasti tidak mahu mewariskan hutang kepada anak-anak.
.
Apa nasihat untuk mereka yang pertama kali membeli rumah?
Apa yang penting adalah kita perlu bezakan antara keperluan dan keinginan. Apa yang diperlukan adalah rumah untuk dijadikan tempat tinggal sekeluarga. Apa yang diidamkan adalah rumah mewah dua tingkat lot tepi.
Namun, sebagai permulaan, sekiranya keadaan kewangan belum mengizinkan kita memiliki rumah mewah dua tingkat lot tepi, langkah terbaik adalah mendapatkan kediaman selesa mengikut kemampuan.

Isnin, 14 Februari 2011
Tahukah Anda? : `Keistimewaan' Diisytiharkan Menjadi Bankrap
BANKRAP, muflis; dua perkataan taboo yang sama maknanya dan digeruni oleh sesiapa sahaja di negara ini. Diiringi pula oleh mitos bahawa semua harta akan dirampas, hilang hak untuk bekerja di syarikat korporat atau kerajaan, terpaksa membanting tulang seumur hidup untuk membayar hutang - sesiapa sahaja pasti sekurang-kurangnya hampir pitam sekiranya menerima notis kebankrapan daripada pihak bank atau pemiutang.
Persepsi yang salah mengenai proses kebankrapan dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan perintah kebankrapan itu, Jabatan Insolvensi (JI) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, menyukarkan bukan sahaja JI malah si bankrap itu sendiri.
JI merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta si bankrap.
Tugas JI yang diketuai oleh seorang Ketua Pengarah Insolvensi (KPI), bermula sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah Penghakiman (PP&PP) di keluarkan oleh mahkamah. Dalam bahasa orang kebanyakan, PP&PP itu ialah perintah bankrap.
Dari sudut perundangan, Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan PP&PP terhadap seorang si berhutang sama ada melalui petisyen pemiutang atau atas permohonan si berhutang itu sendiri.
Ia dibuat berpandukan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah Kebankrapan 1969. Dengan PP&PP, segala hal ehwal aset, tanggungan si berhutang yang sekarang dipanggil si bankrap ditadbir dan diletak hak kepada Pegawai Insolvansi (PI) untuk dikendalikan dan dihasilkan untuk diagih-agihkan kepada pemiutang yang berhak.
Pembayaran hasil pentadbiran (yang dipanggil sebagai pembayaran dividen) dibahagi-bahagikan mengikut peratusan kepada para pemiutang (sekiranya terdapat lebih daripada satu) tanpa mengira siapa yang membuat petisyen bankrapsi.
Menurut Mokhtarudin, perkara yang paling membawa masalah kepadanya untuk menjalankan tugas ialah persepsi bahawa PI merupakan orang kerajaan yang bertindak untuk mendapatkan hutang bagi pihak pemiutang. Dengan sebab itu, si berhutang biasanya akan melarikan diri sebaik mengetahui bahawa perintah bankrap dikeluarkan terhadapnya.
Gangguan
``Kebanyakan orang Malaysia akan lari kalau dapat perintah bankrap ini, mereka mulalah memindah milik tanah, rumah, kereta kepada kaum keluarga lain - takut dirampas.
``Mereka ingat JI dan saya ini pemungut hutang untuk bank.''
Tidak ramai yang menyedari bahawa tugas utama PI ialah melindungi si bankrap daripada gangguan pemiutang. Apa yang berlaku ialah PI diberi kuasa mencegah pemiutang daripada terus menerus menekan atau mencari atau mengancam si berhutang sepanjang proses kebankrapan itu dilaksanakan.
Pemiutang, tanpa mengira kedudukannya, tidak boleh menyentuh si berhutang selagi beliau dan aset-asetnya berada di bawah PI. Di situlah terletaknya `keistimewaan' menjadi bankrap.
Sedikit sebanyak, si bankrap sekarang boleh dikatakan sebagai seorang yang untouchable - tidak boleh disentuh oleh sesiapa. PI mengakui setiap orang tentunya mahu mengelakkan pengisytiharan bankrap kerana tidak ada orang waras yang mahu menjadi seorang muflis, namun ada ketikanya, selepas segala usaha telah dibuat, ia tidak dapat dielakkan lagi dan terpaksa dilaksanakan.
Sehubungan itu, si bankrap seharusnya memandang positif peruntukan dan perlindungan yang diberikan oleh PI kepadanya. PI memerlukan kerjasama si bankrap supaya segala proses bagi melangsaikan hutang si bankrap dapat dimulakan secepat mungkin.
Selepas lima tahun ditadbirkan, si bankrap akan diberi pelepasan atau dilucutkan daripada status bankrapnya itu atas budi bicara PI. Ia bersama syarat bahawa PI berpuas hati dengan kelakuan dan kerjasama si bankrap sepanjang lima tahun berada di bawah penyeliaan.
Di sini terletak keindahan menjadi seorang bankrap. Menurut Mokhtarudin, seorang bankrap yang sudah dibebaskan juga bebas sebenar-benarnya daripada semua hutang yang ditanggung sebelumnya, ``seperti seorang yang memulakan kehidupan baru tanpa ada hutang sesen pun.''
Sebagai contoh, seorang si berhutang dijadikan bankrap pada tahun 1990 oleh dua buah bank yang menjadi pemiutang kerana tidak mampu membayar pinjaman berjumlah RM5 juta kepada kedua-dua bank.
Si bankrap memberi kerjasama baik kepada PI dan menyediakan semua maklumat dengan tepat mengenai aset-aset miliknya. PI dengan itu dapat membuat pentadbiran harta-harta si bankrap dalam tempoh masa yang cepat dan berhasil menjual kesemuanya - sebuah rumah, sebuah kereta dan tiga bidang tanah kebun yang agak kecil - dalam tempoh tiga tahun. Hasil yang diperoleh ialah kira-kira RM300,000 dan ia dibahagi-bahagikan antara kedua-dua bank.
Pelepasan
Pada tahun 1995, PI yang berpuas hati dengan kelakuan si bankrap yang turut memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan, memberikan pelepasan kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan.
Hasilnya, si bankrap sekarang menjalani kehidupan baru dengan tidak dibebani sebarang hutang. Kedua-dua bank tidak berpuas hati dan membantah tetapi PI menolak bantahan tersebut kerana undang-undang memperuntukkan kepada si bankrap untuk menjalani kehidupan normal yang bebas hutang selepas beliau menjalani `hukuman'nya.
`Mana ada undang-undang lain yang memberikan pelepasan kepada orang berhutang yang membayar sebahagian kecil sahaja daripada hutangnya? Inilah the beauty of bankruptcy,'' kata PI yg ditemui.
Bagaimanapun, beliau menambah, kesedaran perundangan di negara ini adalah terlalu rendah sehingga tidak ramai yang menyedari keistimewaan bankrapsi. Di negara ini, hanya satu kes dalam setiap 1,000 kes bankrapsi yang melibatkan petisyen yang dipohon oleh si berhutang.
`Di Amerika Syarikat, orang berebut-rebut hendak memohon status bankrap sekiranya betul-betul tidak mampu membayar hutang. Orang kita pula lari,'' kata beliau.
Sebahagian besar daripada mitos yang dikaitkan bersama perintah bankrap itu tidak benar. PI tidaklah kejam sehingga segala bentuk wang seperti deposit bil air, elektrik dan telefon dirampas.
PI hanya akan mengambil dan mentadbir apa-apa harta yang cukup untuk membayar hutang yang membuatkan si berhutang itu bankrap sahaja. Jika beliau memiliki hutang sebanyak RM100,000, harta yang diambil adalah setakat RM100,000 sahaja.
Jika si bankrap mempunyai hanya satu rumah, PI akan menimbangkan supaya rumah itu tidak ditadbir kerana tidak mahu mendatangkan kemudaratan kepada keluarga si bankrap.
PI juga tidak merampas semua deposit sebaliknya akan menasihatkan misalnya TNB, Telekom atau Jabatan Bekalan Air supaya memindahkan nama kepada isteri atau suami si bankrap kerana adalah menjadi tanggungjawab PI memastikan si bankrap tidak dibebani sebarang liabiliti tambahan.
Selain JI mahu memperbaiki tahap kesedaran orang ramai terhadap isu-isu kebankrapan, jabatan itu, pada masa yang sama, cuba untuk memastikan jumlah kes bankrap yang meningkat pada kadar yang membimbangkan iaitu melebihi 10 peratus sejak tahun 1996 dapat dikurangkan.
Dengan itu, satu cadangan dibuat supaya tahap hutang untuk boleh diisytiharkan bankrap dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000.
Menurut Dr. Fatimah Daud dari Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, hasil kajian menunjukkan lebih 50 peratus daripada mereka yang diisytiharkan bankrap berhutang kurang daripada RM50,000.
Sehingga akhir tahun 2002, terdapat kira-kira 105,336 kes kebankrapan di negara ini dengan 9,886 kes baru dan 3,832 kes diselesaikan.
Peningkatan tahap pengisytiharan bankrap itu dijangka dicadangkan dalam rangka pindaan Akta Kebankrapan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri.
Selaras dengan usaha memperbaiki imej JI dan pandangan masyarakat terhadap kebankrapan, PI pada tahun lalu telah melawat setiap negeri dan mengadakan kempen sehari bersama pelanggan untuk memberikan gambaran lebih tepat mengenai fungsi jabatan itu.
Kempen itu diharapkan mencapai matlamatnya dan mendorong para bankrap yang melarikan diri untuk tampil bekerjasama dengan PI bagi mempercepatkan proses pelepasan mereka.
`JI bukanlah pemungut hutang bagi pemiutang, lagi pula jika pun mereka diisytiharkan bankrap, nasihat kami ialah; dunia masih belum kiamat.
`Kami akan membantu mereka untuk melihat semula cahaya di hujung terowong,'' kata Mokhtarudin./Arkib Utusan.

Khamis, 2 Disember 2010
Langgan:
Catatan (Atom)