KEBEBASAN BERFIKIR-ENZO KANEDA

KEBEBASAN BERFIKIR-ENZO KANEDA
Anda Berada Dalam Jajahan Takluk Kerajaan Pelangi Dibawah Pimpinan Laksamana Pelangi Dinaungi Enzo Kaneda-Pemerintah

Selasa, 20 Disember 2011

Ada Apa Dengan Mee Segera...???

Apa jenama mee segera kegemaran anda? Mee segera adalah makanan yang murah, mudah dan cepat malah terdapat bungkusan yang cuma perlu dimasukkan air panas untuk kegunaan mereka yang betul-betul menjimatkan masa.

Malah banyak stesen minyak yang menyediakan kemudahan air panas untuk kemudahan pengguna.

Berbagai bahan pengawet dan MSG di gunakan agar ianya tahan lama dan menambah sedap mee segera yang anda makan.

Tahukah anda mee segera yang anda makan dilapisi lilin(wax) bagi menghalangnya melekat dan nampak lebih cantik semasa anda memasaknya.

Tubuh kita pula memerlukan 4-5 hari untuk mengeluarkannya dari sistem pencernaan kita.

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengurang risiko lilin di dalam mee segera yang anda makan? Jika anda terpaksa makan mee segera ikutilah langkah berikut:

· Masak mee segera dalam periuk.

· Bila sudah masak, toskan air bagi membuang kandungan lilin. Bilas dengan air biasa bagi memastikan baki lilin betul-betul hilang.

· Masukkan mee tadi ke dalam bekas yang mengandungi air panas sebelum memasukkan bahan perasa yang disediakan.

· Makan seperti biasa.

Apa pun nasihat dari saya yang juga seorang penggemar mee segera, eloklah kurangkan kebiasaan memakan mee segera terutama bagi mereka yang masih bersekolah.

Banyak lagi makanan berkhasiat lain yang boleh mengenyangkan. Contohnya...apa ya..oo pisang.. murah dan berzat. Selain dari itu pengalaman saya memakan buah mangga yang masak cukup membuat saya kenyang sepanjang hari..

Kerana Geram, Isteri Jual Suami Di Internet


Seorang wanita berasal dari Utah, Amerika Syarikat (AS), menjual suaminya di laman Craiglist. Hal ini dia lakukan kerana sang suami terlalu lama bermain game. 

Alyse Baddley dari Logan, Utah, AS, ini mengatakan, kerana suaminya, Kyle, menghabiskan banyak waktunya untuk bermain game ‘Call of Duty: Modern Warfare,’ ia pun memutuskan menjual suaminya di laman tersebut.

“Saya jarang melihatnya. Jadi suatu hari saya berkata pada suami saya akan menjualnya di Craiglist dan ibu mertua saya menyuruh saya melakukannya,” papar Alyse.

Alyse mengaku menerima beberapa respon dalam beberapa jam setelah menjualnya dengan ‘Satu suami untuk penawar tertinggi' di Craiglist.

"Kami tak menyangka akan mendapat respon begitu banyak. Seseorang bahkan mengajak bertukar dengan beg tangan biru Skittles," katanya.

Kyle yang mengaku telah menamatkan game itu dalam beberapa hari mengatakan menikmati membaca respon-respon yang muncul.

"Saya mencintai istri saya. Ini benar-benar lucu," katanya.

Ada Apa Dengan Bunga Paling Beracun Di Dunia..???

 Daphne
Bunga daphne juga dikenali dengan nama lady laurel atau tanaman syurga. Seluruh bahgian daripada bunga ini beracun, tapi bahagian yang paling beracun terdapat pada getah dan buahnya.
Daphne mengandung mezerine dan daphnin, merupakan racun kuat yang akan menyebabkan sakit perut parah, sakit kepala, diarhea, kegilaan, dan sawan.

Jika buah daphne diguna secara berlebihan, akan menyebabkan koma malah boleh menyebabkan kematian.

Lyly Of The Valley
Lyly of the valley kelihatan sangat cantik dan nampak tidak berbahaya. Menggunakan satu atau dua dari bunganya yang berbentuk bell tidak akan memudaratkan orang dewasa.

Apabila dimakan dalam jumlah sangat banyak, bunga ini boleh menyebabkan rasa sakit di mulut, muntah-muntah, kejang di seluruh tubuh, dan diare. Racun di bunga ini juga menyebabkan disfungsi jantung dan degup jantung yang lemah.

Belladona
 Dikenali sebagai salah satu tumbuhan paling beracun di Barat Hemisphere, Belladona mengandung tropane alkoids yang berpotensi membahayakan. Seluruh bahagian tanaman ini berbahaya, tapi bahagian yang paling berbahaya adalah buahnya yang sepertinya sedap dimakan, tapi membahayakan anak-anak.

Akibat daripada racun bunga ini adalah pupil mata membesar, penglihatan menjadi kabur, sakit kepala, berhalusinasi dan gila. Atropine racun yang terkandung di dalam bunga ini mengganggu sistem saraf menyebabkan gangguan pernafasan, berpeluh dan jantung berdegup dengan lebih cepat.



Angel's Trumpet


Jangan terkejut dengan namanya, tanaman ini mengandung racun yang sangat bahaya untuk manusia mahu pun haiwan. Bunga ini terkenal sebagai halusinogen yang sangat kuat kerana mengandungi zat tropane alkaloids.
Rhododendron
 Tanaman ini apabila musim berbunga kelihatan sangat indah sekali. Dalam sebuah rakaman, menceritakan tingkah laku yang aneh pada sejumlah kumpulan berbangsa Inggeris semasa memakan madu daripada bunga ini. Rhododendron mengandung andromedatoxin yang menyebabkan muntah, rasa sakit yang hebat, kejang-kejang hingga menyebabkan kematian.

Oleander
 Oleander dikenali sebagai salah satu tanaman yang paling beracun di bumi, sering digunakan untuk bunuh diri. Berbagai macam racun terkandung di seluruh bahagian tanaman ini, seperti Oleandrin dan neriine, menyebabkan gangguan sistem saraf, gangguan pencernaan, dan sistem peredaran darah dimana ke semua itu terjadi secara serentak.

Mangsa akan mengalami gejala kehilangan kesedaran, tubuh menggeletar, rasa sakit, koma, hingga kematian. Getahnya dapat menyebabkan iritasi kulit dan kekaburan pada mata.

Autumn Crocus

Bunga ini juga merupakan salah satu tumbuhan paling beracun di dunia, mungkin ini yang paling beracun. Mengandung colchicine, racun yang terkandung di dalam bunga ini sejenis dengan arsenik yang tidak ada ubatnya. Keracunan tanaman ini dapat menyebabkan penyakit jantung dan hilangnya tekanan darah.

Ada Apa dengan Kejayaan...?


“Beruntunglah badan.  Wajahnya cantik, dipujai ramai pula!”
“Hebat sungguh dia.  Sudah pakai kereta BMW…!”
“Kau dah tengok rumah dia?  Dahsyat!  Besar betul rumah dia.  Bangga aku jadi kawan dia!”
“Kau nak tahu tak, gaji dia sekarang sudah 5 angka!  Pangkat besar dia sekarang ni.  Berjaya betul dia!”
“Bahagia betul dia tu kan.  Asyik melancong je.  Tiga bulan lepas ke Australia.  Minggu lepas ke London pula"
Begitulah penilaian manusia kepada manusia lain.  Hebat, berjaya atau beruntungnya seseorang semuanya dinilai pada rupa, wang, pangkat dan harta.   Makin cantik rupa, makin banyak wang, makin tinggi pangkat dan makin melimpah harta, maka berjayalah seseorang itu pada pandangan manusia.  Jika tidak mempunyai salah satu darinya, maka akan dinilailah seseorang itu sebagai orang yang rugi dan tidak berjaya.  Itulah kejayaan definisi kebanyakan manusia.

Penilaian ALLAH `Azza wa Jalla yang merupakan TUHAN yang mentadbir dan memiliki alam seluruhnya ini tidak begitu.  ALLAH menilai manusia bukan kepada rupa, wang, pangkat atau harta.  DIA, TUHAN Yang Maha Agung menilai manusia berdasarkan iman, amalan dan taqwa yang dipunyai oleh seseorang manusia itu.
Ciri-ciri orang yang berjaya dan beruntung di sisi ALLAH telah disenaraikan di dalam al-Quran dalam banyak ayat.  Antaranya ialah di dalam surah al-Baqarah, ayat 2-5.  Di dalam ayat tersebut, ALLAH mencirikan orang yang berada di atas jalan hidayah ALLAH dan berjaya ialah orang-orang yang menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan dan petunjuk.  Merekalah orang-orang yang bertaqwa, iaitu yang beriman dengan sungguh-sungguh dengan hal yang ghaib, mendirikan solat, menginfaqkan sebahagian kurniaan yang telah ALLAH berikan, beriman dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam serta apa yang diturunkan kepada para nabi sebelum Baginda.  Mereka juga sangat-sangat yakin dengan adanya kehidupan dan pembalasan Hari Akhirat lalu berusaha mendapat balasan yang baik pada hari tersebut.

Di dalam surah al-Mukminun ayat 1-11 pula, tersenarai lagi beberapa ciri orang-orang yang berjaya untuk kita lekatkan pada diri kita.  Mereka yang berjaya ialah orang-orang yang beriman yang khusyuk di dalam solatnya, yang menjauhkan diri mereka dari perkara-perkara yang tidak berguna, yang menunaikan zakat, yang menjaga kemaluannya, yang menjaga amanah dan janjinya serta orang-orang yang menjaga solatnya.
Orang yang khusyuk dan menjaga solat adalah antara ciri orang yang berjaya pada pandangan ALLAH.
Orang-orang mukmin yang menyeru kepada kebaikan, yang menyuruh kepada hal-hal yang ma`ruf dan yang mencegah dari perkara-perkara yang mungkar juga termasuk di dalam orang-orang yang berjaya.  Hal ini telah disebut oleh ALLAH Jalla wa A`la di dalam ayat 104 dari surah ali-`Imran.

Surah al-A`la dan asy-Syams pula menyebut orang yang beruntung pada pandangan ALLAH ialah orang-orang yang menyucikan jiwanya dengan beriman bersungguh-sungguh kepada ALLAH.

Dan di dalam surah yang biasa kita baca iaitu surah al-`Asr, ALLAH `Azza wa Jalla telah menyebut semua makhluq yang dinamakan manusia berada di dalam kerugian.  Ya, semua dalam kerugian.  Yang tidak rugi ialah manusia yang beriman kepada ALLAH, yang beramal dengan amalan yang soleh, yang nasihat-menasihati dengan kebenaran dan juga supaya tetap dalam kesabaran.
Nah, itulah antara ciri-ciri orang yang berjaya dan beruntung yang telah disebut oleh ALLAH Ta`ala di dalam al-Quran.  Cuba bandingkan dengan kayu ukur penilaian-penilaian manusia.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah adakah selama ini kita pernah menitik beratkan penilaian ALLAH dalam menilai diri kita?  Atau adakah selama ini kita terperangkap dengan penilaian manusia lalu berlumba-lumba menaikkan nilai rupa, wang, pangkat dan harta untuk dinilai berjaya pada sisi pandangan manusia?
Penilaian siapakah yang sepatutnya kita kejar dan utamakan?

Terpulanglah kepada masing-masing.  Kerana kita akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan kita.  Pada Hari Akhirat nanti kita masing-masing akan dibangunkan untuk dihisab terhadap semua perbuatan kita ketika hidup di dunia.

Jika keberjayaan dan keberuntungan pada pandangan manusia yang kita kejar selama hidup di dunia, maka nasib kita akan diserahkan kepada manusia-manusia itu pada Hari Akhirat nanti.  Bagaimana nasib akhir kita?  Fikirlah sendiri!

Manakala jika keberjayaan dan keberuntungan pada pandangan ALLAH yang kita kejar selama hidup di dunia yang sementara ini, maka nasib kita akan diserahkan kepada ALLAH Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.  Dan sebaik-baik diserahkan urusan kita ialah kepada ALLAH `Azza wa Jalla!

ALLAHU A`LAM.

Ada Apa Dengan Kita Hari Ini...??

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



Ada Apa DenganTeori A.H.Maslow..???


Cuba anda berfikir seketika...? Ketika mula-mula bekerja atau awal tahun pertama bekerja, sama ada kita sedar atau tidak sedar gaji kita yang segenggam itu cukup-cukup untuk membiayai kehidupan kita untuk sebulan tika itu. Cukup-cukup, tidak lebih dan tidak kurang. Jika lebih  kita makin seronok tapi kebiasaannya cukup-cukup.

Ok, kembali kepada realiti sekarang,.Sekarang,gaji lebih sedikit dari segenggam tadi , mungkin gaji kita sekarang bertambah mengikut usia dan pengalaman kita. Tapi keperluan juga cukup-cukup untuk membiayai kehidupan kita kini.

Ada pepatah mengatakan besar periuk maka besarlah keraknya. Adakah kenyataan ini diakui..? Mungkin benar, mungkin silap. Mengikut pembelajaran mikroekonomi juga menjelaskan keadaan di mana keperluan manusia ini adalah tidak terhad. Semuanya berpunca daripada satu sahaja iaitu “nafsu”.
Perancangan  dan pelaksanaan adalah penting dalam merencanakan kehidupan kita kerana ia realisasikan dan menjadikan segala impian atau angan-angan kita selama ini tercapai dan Berjaya.
Mengikut teori  menjelaskan bahawa bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai keperluan yang kompleks.   Berdasarkan teori A.H. Maslow (1954) telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat.  Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Contohnya keprluan berteduh seperti rumah, kenderaan, makan minum, perubatan dsbnya. Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi.  Setelah keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri. 
Peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow ini ialah  :-
 

1. Keperluan Estetik
2. Keperluan Mengetahui
3. Penyempurnaan Diri
4. Penghargaan Kendiri
5. Kasih Sayang
6. Keselamatan
7. Fisiologi
Model Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan ‘ontological’ individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu misalnya pada masa bayi atau kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan dan keselamatan, diikuti dengan kasih-sayang, dan penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehingga kepada peringkat penyempurnaan kendiri.  Kajiannya mendapati semakin tinggi keperluan individu itu maka semakin kurang pergantungan kepada persekitaran social kerana dalam hal ini individu menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan tingkah-lakunya.  Pada masa ini motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat, dan kreativiti impuls individu.  Sementara itu persekitaran sosial merupakan faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini.  Maka dengan itulah juga Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan. Mungkin kita tidak memahami apa itu teori Maslow tetapi jika dihayati inilah “benda” yang dikejar oleh kebanyakan manusia dalam dunia ini mengikut rumusan teorinya.
 Rumusannya adalah bahawa perkembangan individu atau manusia  ini perlu melalui beberapa tingkat kepuasan atau dengan kata lain proses perkembangan individu itu merupakan satu usaha yang berterusan dalam persekitaran sosial sehingga mencapai kecemerlangan dalam kehidupan.
Jika tidak takkan kita semuanya berkejaran di muka bumi ini keluar awal pagi sebelum fajar menyingsing dan kembali tika fajar terbenam dengan matlamat mencari rezeki bagi memenuhi keperluan ini demi mencari apa itu” kebahagiaan , keselesaan dan kegembiraan tidak lagi bersedih, kelaparan , memenuhi kesemuanya kehendak kita dan  tidak lagi merana”


Pejabat Maya Pilihan Mudah Memulakan Perniagaan dari Rumah


Berhenti kerja atau tiada pekerjaan bukan satu masalah berat. Jadi lah pekerja bebas atau freelancer yang mampu melakukan apa sahaja pekerjaan halal. Freelancer melakukan kerja outsourcing dan memberi sumbangan kepada kebanyakan institusi dan masyarakat.
Berniaga dari rumah juga pekerjaan bebas yang menguntungkan tanpa menganggu rutin seharian kita. Kita lebih bebas berurusan, bebas dari segi tanggungan overhead dan kita tidak perlu memikirkan aset tetap seperti bangunan, staf dan sebagainya.
Anda berminat untuk memulakan perniagaan sendiri yang mudah dan ringkas? Artikel kali ini ingin memberi idea tentang pejabat maya atau virtual office.
Dalam perniagaan, sekurang-kurangnya kita memiliki sebuah tempat untuk bekerja dan berurusan dengan orang ramai. Jika kita kurang mampu memiliki aset tetap sebuah pejabat dengan staf, maka pejabat maya lah pilihan paling mudah dan tepat.


Apakah pejabat maya atau virtual office?
Merupakan pejabat atau pusat perniagaan yang boleh disewa secara maya atau dalam talian,dilengkapi dengan staf seperti penyambut tetamu, kerani dan sebagainya, ruang pertemuan seperti ruang untuk mesyuarat, seminar dan sebagainya, dilengkapi talian tetap telefon, fax, emel dan sebagainya. Sama seperti pejabat fizikal yang anda lihat di merata-rata tempat.
Cuma kita sebagai pemilik perniagaan akan menyewa alamat serta talian ruang maya ini bersama-sama kemudahan yang disediakan di dalamnya. Di mana-mana sahaja pusat perniagaan maya yang kita inginkan. Malah, kita boleh memiliki pusat perniagaan sendiri di Australia, Amerika, London dan sebagainya. Itu terpulang pada pilihan kita dan apakah perniagaan kita memerlukan alamat di tempat-tempat di luar Negara?


Bagaimana hendak menyewa ruang pejabat maya ini?
Dengan hanya satu klik, dan transaksi ke akaun syarikat yang menyediakan khidmat sewa tersebut, contohnya di Malaysia anda boleh melayari laman ini untuk keterangan lanjut: http://www.regus.com.my/

Apakah kebaikan pejabat maya? Antaranya:


1. Pemilik perniagaan tidak menanggung kos tetap (overhead) seperti gaji pekerja, sewaan ruang komersil dan sebagainya. Sebaliknya, pemilik perniagaan mampu memiliki cawangan di merata-rata tempat di seluruh dunia dan ini memudahkan urusan di dalam dan luar Negara.


2. Hebahan tentang perniagaan lebih meluas kerana klien akan melihat taburan perniagaan kita di kawasan-kawasan yang berprestij tinggi, misalnya anda boleh memiliki perniagaan di KLCC, Bukit Jalil Golf and Country Club dan sebagainya.


Ini menaikkan nama perniagaan kita, di samping urusan pertemuan dengan klien lebih mudah dan lebih profesional. Contohnya, biasanya nama perniagaan kita juga boleh disenaraikan secara langsung di SuperPages dan lain-lain. Ini bergantung pada pekej penyewaan yang disediakan.


3. Komunikasi di antara pemilik perniagaan dengan klien lebih pantas. Ini disebabkan pejabat maya dilengkap semua kemudahan seperti penyambut tetamu, telefon, faks dan sebagainya yang akan menyokong urusan perniagaan dengan lebih pantas, mudah walaupun pemilik perniagaan tersebut tidak pernah ditemui walaupun sekali. Pemilik perniagaan lebih selesa kerana urusan tempahan misalnya selesai lebih awal daripada menyuruh klien mencari alamat dan datang ke kedai kita dari jauh.


4. Amat sesuai bagi menjalankan perniagaan yang kurang memerlukan ruang penyimpanan seperti pakaian, makanan dan sebagainya. Terutamanya sesuai bagi perniagaan perundingan seperti penterjemahan, agensi-agensi, pengajaran (tuisyen dirumah (home tuition), perundingan kewangan dan lain-lain lagi. Atau dalam erti kata lain, kita menjalankan kerja outsourcing kepada syarikat lain.


Apakah kelemahannya?
1. Jika memiliki ruang perniagaan di luar Negara, pemilik perniagaan terpaksa juga mengeluarkan modal penerbangan atau menanggung bil talian untuk berurusan dengan klien di luar kawasan mastautinnya.
2. Ketidakpercayaan klien. Klien mungkin inginkan pertemuan secara bersemuka dengan pemilik perniagaan setiap kali berurusan dan bukan sekadar mengetahui kewujudan sebuah perniagaan maya.
3. Kelihatan kurang professional kerana kita sebenarnya berkongsi ruang perniagaan tersebut dengan pemilik perniagaan yang lain. Walau bagaimanapun, kita tetap tuan punya alamat, papan tanda serta talian telefon, faks dan sebagainya yang dikhususkan untuk syarikat kita sahaja. Cuma pengurus pejabat maya sememangnya perlu menguruskan jadual pertemuan syarikat-syarikat penyewa (sekiranya ada mesyuarat atau temujanji) dengan bijak dan cermat.

Jadi, apakah pilihan anda?
Sepertimana peribahasa menyatakan, “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”. Mudahnya, jika kita baru hendak bertatih dalam perniagaan, sedangkan kita kekurangan modal tetapi luas pengalaman dan kepakaran, saya mencadangkan kita mulakan dari titik yang kecil seperti pejabat maya. Langkah pertama biasanya akan merangsang langkah baru yang lebih besar. Semoga anda berjaya.


(rujukan :majalah hartanah online(drumah.com)


Bina empayar perniagaan dari rumah


Bekerja di rumah bukan perkara asing lagi. Telah ramai menceburi bidang “pekerja bebas atau freelance” tanpa ragu-ragu mungkin disebabkan tiada pekerjaan tetap, menukar hobi atau baru berjinak-jinak dalam sesuatu perniagaan.

Apa yang anda harus faham tentang konsep bekerja dari rumah
1. Tidak semestinya melarang anda berjumpa dengan pelanggan.
2. Anda boleh memperagakan pejabat anda kepada pelanggan
3. Anda boleh membuat pelancaran atau pembukaan
4. Anda boleh bermesyuarat, bersosial sepertimana hari-hari bekerja dengan majikan.
5. Anda boleh berpenampilan menarik (bukanlah sekadar memakai baju kelawar atau kain pelekat)
6. Anda boleh memenangi tender dll
7. Anda boleh menampilkan bakat, kepakaran dan pengalaman kepada pelanggan
8. Anda berhak menentukan konsep perniagaan; bersemuka atau tidak bersemuka
9. Anda boleh menyaman pihak lain dan juga disaman
10. Anda bebas membuat keputusan
11. Anda bebas membuat polisi syarikat
12. Anda berhak merekrut pekerja (tempatan atau dari luar Negara)


Bermakna daripada senarai di atas, anda lah majikan, anda lah pekerja dan anda lah pentadbir. Walaupun rumah anda telah menjadi dua dalam satu, iaitu sebuah pejabat-rumahtangga, anda perlu lah memperkenalkan pejabat anda itu kepada masyarakat. Melainkan anda hanya menjadi agensi atau melakukan kerja sumber luar (outsourcing) seperti perundingan kepada syarikat lain, mungkin anda hanya memerlukan sebuah blog berdaftar atau website statik yang sekadar menyenaraikan perkhidmatan anda tanpa perlu interaktif, kecuali beremel sahaja.
Ciri-ciri umum memulakan pejabat atau ruang perniagaan di rumah.



Sukarkah hendak membina sebuah pejabat-rumahtangga anda? Tidak sesukar yang disangkakan jika anda telah menjadikannya pejabat yang sebenar-benarnya, iaitu tempat bekerja dan bukan tempat makan merangkap tempat bekerja, atau ruang rehat merangkap tempat bertemu pelanggan. Beberapa perkara perlu diteliti sebelum memulakan pejabat di rumah:



1. Ruang yang sesuai
-Untuk memiliki sebuah ruang yang selesa memerlukan pengorbanan. Adakah rumah anda cukup luas untuk dijadikan ruang terapi kecantikan?Adakah ruang tersebut sekadar sesuai untuk seorang penulis menulis artikel atau buku-buku? Adakah anda perlu merenovasi ruang lain khusus untuk dijadikan pejabat? Anda tentu pernah menonton filem Anak Bapak. Pada zaman itu Tan Sri P.Ramlee sudah menyerlahkan idea tentang konsep pejabat di rumah.
-Selain sesuai, adakah laluan ke pejabat anda itu (sekiranya anda perlu bertemu pelanggan, bermesyuarat dengan pihak tertentu dll) berasingan? Tidak professional sekiranya pihak luar terpaksa memasuki pintu ruang tamu anda, kemudian melalui bilik-bilik tidur untuk ke ruang mesyuarat.

2. Kelengkapan pejabat atau pusat perniagaan anda
Ini bergantung pada jenis perkhidmatan yang ditawarkan. Jika anda membuka salon kecantikan mini, sebagaimana diketahui sudah tentulah harus memiliki pengering rambut, kelengkapan untuk mencuci rambut, troli, perabot untuk menggunting rambut. Perlu diambil kira, adakah kesemua ini sekadar ada atau benar-benar boleh menatarias rambut dan gaya seseorang insan? Jika hanya boleh menggunting rambut, tetapi pelanggan terpaksa pula ke salon lain untuk mencuci atau mewarnakan rambutnya, dinasihatkan anda jangan berani-berani membuka sebuah salon kecantikan.

Bagaimana mempromosi pejabat atau ruang perniagaan di rumah?
Walaupun beroperasi dari rumah, kita hendaklah sentiasa kelihatan professional dan benar-benar memenuhi citarasa pelanggan. Walaupun anda sekadar seorang penulis amatur, anda boleh mempromosikan ruang bekerja anda bagi menarik perhatian pelanggan.Caranya:
1. Promosi dengan menggunakan blog. Protokol blogspot, wordpress dll sudah menjadi kelaziman. Lebih baik, anda memiliki domain berbayar anda sendiri.Anda lah pemiliknya, anda juga lah yang berhak mempamerkan gambar-gambar ruang kerja anda, testimonial pelanggan, sampel kerja atau berinteraksi dengan pembaca blog.

2. Promosi konvensional seperti mengirimkan brosur, fliers, menampal banner, bunting atau jika anda bermodal, mungkin membina sebuah papan tanda kecil lebih menjimatkan dalam jangka masa yang panjang.
3. Promosi besar-besaran seperti di media elektronik dan cetak.
4. Promosi rangkaian sosial seperti di Facebook, Tagged, Twitter dll.
5. Promosi di forum-forum pembaca
6. Promosi lebih konvensional dengan membuka boost sebagai hari bertemu pelanggan.
7. Paling penting, dari segi daya tarikan perniagaan dari rumah. Anda haruslah membuktikan kepakaran anda dalam bidang perniagaan yang anda ceburi.
Rasanya dalam keenam-enam cara promosi di atas, ramai yang sudah tahu tetapi bukan semua orang mempraktikkannya. Malah ada yang masih rasa kabur dan mula berputus asa.Janganlah begitu. Sekecil-kecil tips kadang kala orang lupa dan alpa tetapi jika anda tidak mula bertindak, ibarat anda hanya berangan-angan seperti Mat Jenin.


rujukan :majalah Hartanah Online (drumah.com)





Khamis, 22 September 2011

Nostalgia Paling Indah Di Sekolah Rendah : Mata Pelajaran Apa Paling Korang Minat..?

Nostalgia Paling Indah Di Sekolah Rendah : Mata Pelajaran Apa Paling Korang Minat..?
Setiap orang ada kenangan masing masing waktu skolah rendah. banyak nostalgia manis namun aku rasa semua orang setuju bahawa matapelajaran yang paling budak2 minat tak terkecuali aku ialah Mata Pelajaran PJ, aku bila PJ esok hari malamnya tiduq x lena sebab x sabau nak ke skolah.  Jom kita survey tgk untuk beberapa responden..mata pelajaran apa dia orang minat...dan xminat..hehe



Responden 1:
Mata Pelajaran yg aku paling meluat ialah Bahasa inggeris, teacher cengei (garang)sgt...syok gak sesekali bernostalgia. Boring asyik politik jer sesekali bernostalgia syok gak.
Subjek kegemaran = matematik sebab kalau banyak silap kena rotan dgn kayu pembaris panjang 3 kaki tu. selalu dapat tengok kenkawan kena rotan ngan cikgu...

subjek yg tak gemar :- b. enggeris sebab tak ada sapa2 boleh ajar kat rumah, subjek paling saya lemah masa sekolah rendah..
Responden 2:
mata pelajaran..muzik..

sebab leh tiup rekoder.... hehe
walaupun hancuss.....sound..

Responden 3:
Subjek kegemaran = Pendidikan Jasmani..main bola..

Responden 4:
Suma subjek minat...tu la pasai trmasuk dlm kategori top 10 dari Drj 1-6...hehe Suka sgt gi sekolah, klu boleh tak mau ada hari Sabtu ngn Ahad...sbb bila time cuti kn kemas keliling umah, menebas, angkut air pigi,cuci longkang, cari kayu api, berkebun and macam2...tapi suma tuh tinggal kenangan..
Responden 5 :
paling suka matematik..perasaan tu best bila dapat selesaikan satu2 soalan..paling tak suka pj..cikgu garang betul..

p/s: teringat cite org kenit kat surau sekolah..ada budak junior jumpa..heboh satu malaysia hehe

Responden 6 :
plg suke matematik dan kesihatan... hehe...

cikgu maths mmg garang gile... bayangkan, kalau dia bagi latihan, satu salah satu rotan... tu buat kami bersungguh belajo, pasai takut kene rotan... secara tak lgsg, jadik pandai maths...
terima kasih cikgu...

Responden 7:
Mata pelajaran yang saya suka adalah..... ENtah.... Tak Ingat.

Pendidikan Islam kut...

Responden 8:
matematik ..!!!

walaupun hari-hari kena berdiri atas meja (atas kerusi tu biasa lagi,atas meja ni kira hardcore) sebab tak siapkan tugasan yg cikgu bagi kat rumah.
kira sepanjang masa subjek tu, aku akan belajar dalam keadaan berdiri atas meja. tapi still boleh score. alhamdulillah

Responden 9:
paling suka subjek REHAT...... Laughingmasa rehat apsal cikgu maths zaman dulu2 garang2 eh? rotan tu ok lagi..

masa hari kantin...... mesyuarat agung pibg...tak belajag..cikgu sibok....

agak2nya kalau cikgu2 skrg buat gitu, mau mak ayah serang skolah sbb denda/rotan anak dia... juga subjek RMT.

rancangan makanan tambahan..makan pree.


cikgu math saya dulu dia akan suruh stiap murid jawab soklan dia kat papan itam. tangan dia standby pegang kepala kami. salah tulis sikit dia akan hantuk kepala kami kat papan itam sambil sebut "ikut cakap enggang, makan buah keduduk..ikut cakap orang,aku terjun lubuk"!! (stiap perkataan skali hantuk)
berpinar kepala
bagusla, sebab dia tak abaikan student yang corot dalam kelas. smua dia nak bagi pandai.
trima kasih cikgu

Responden 10 :
paling suka kelas fardu ain petang2...

paling tak suka BI dan maths....sampai skang fail ......hebat kan??
waktu antara lepas sekolah ngan kelas tambahan... aku suka panjat bukit belakang sekolah, serang sarang tebuan, Mandi air cerun selepas hujan.

Teringat masa skolah rendah dulu..asyik ponteng kelas tambahan...Pastu cikgu pangil ke bilik guru (kene basuh)..lepas tu datang kelas tambahan ..rupa-rupanye ada awek cun anak kerani skolah joint..pastu x pernah ponteng...awek punya pasal...
Matematik 100 sokmo..naik sek men 90 lebih sokmo kalu add math biasanya 95 atas..university subject math 1st semester je Ada paling tinggi semua cina kalah..yg aku frust sbb apa tak pilih kursus mathematic sampai phd sampai skrg terkilan tk dpt bimbingan yg betul, bahana jahat ngat kat skoloh kut..sek men Cikgu tk kisah aku tk masuk kelas math atau tidur masa kelas dia..dah dpt 1st degree mls dah nk belajar blk amik kursus lain


Responden 11 :
aku skolah omputih dulu 1965-1975

masa sekolah rendah BM...cikgu ramli..cengei nak mampuih
dok kena pulaih perut ari2
nak balik....dr duduk sampai berdiri ataih meja kalo x leh jawab
leh jawab sampai leh duduk semula
pas soalan baru leh keluaq kelas
kdg sampai naik berdiri atas meja semula
sama gak ngn kelas arithmatic....nak blk kena sifir dulu.
skolah menengah
kelas meluat History
kelas yg ramai budak dlm kelas suka...kelas art n craft
sbbnya...cikgu sexy mexy sgt
bdk nakal suka sgt wat2 jatuh pensil la...yg ltk cermin tujuan tu...TST







Responden 12 :
Subject paling best "Waktu Rehat"..subjek santai Alam dan Manusia......semua mata pelajaran aku suka asalkan cikgu tak masuk kelas, samada meeting ker, lupa masuk kelas ker dan apa2lah.............boleh aku loyan komik2 Tony Wong dan Wan Yat Leung......heheheh..ambe minat subjek muzik.. skoloh rendoh suke math..

MataPelajaran Muzik..sbb cikgu bawa radio masuk kelas..
nyanyi lgu "papaku pulang dari kota" dll (xingat)
siap dok atas meja lg hihih
besnye.. lg satu PJ pun minat gok..suka ngat..
sapa rehat malas salin baju..hihi ..


sekoloh nengoh pon suke math.. tapi paling suke..lukisan..xyah pkir...conteng je...




Responden 13:
masa aku sekolah rendah tahun 80an dulu aku minat kesusasteraan melayu... walaupun subjek tu takde kat sek rendah.. aku selalu baca buku cerpen, novel yg abg kakak aku punya antaranya koleksi cerpen hari kemerdekaan, novel seorang tua di kaki gunung, buku puisi pulak lupa dah tajuk nya sebening ape tah tajuk.. kiranya masa sekolah rendah dulu aku ni ulat buku laa... selalu gak aku ponteng kelas masuk dlm prpustakaan bergerak n libry sek utk baca buku... nasib baik laa penilaian darjah 5 dulu dpt kputusn baik jugak la Very Happy
matapelajaran seni lukis. tapi selalu buat untuk orang je. dapat upah. sendiri punya tak pernah siap.

Responden 14 :
paling minat dan gilakan matematik...

pernah kelas tuisyen...geng aku ader 4 orang...kira rapat la..
semua matematik memang standart markah 90 ke atas la..
bukan nak cakap pandai...hehhe...
kalau sorang dapat mcm tertinggi antara kami..
kalau tertinggi di antara kami maknanya tertinggi dlm kelas la...
hanya dia sorang antara kami ber 4 yang aktif masa perbincangan..
3 yang rendah sikit...duduk sekali...xtumpu sangat perbincangan..
ala2 frust tu.....hahahhah...borak jer memanjang
memang selalu jadi mcm tu...xkira la saper yang tinggi...
situasi sama jer terjadi...hehhee...lucu plak ingat

Responden 15 :
paling aku minat matematikngan agama islam.. matematik pernah dapat hadiah.. begitu jugak dgn agama islam dinobatkan sebagai pelajar terbaik agama islam...dulu... paling minat, tawarikh dan tatarakyat. Cikgu best wat citer.... Laughing Laughing Laughing Laughing

Responden 16:
oooo kebanyakan sini minat matapelajaran

matematik sekolah rendahlah yer..
kacang sangat tuu.. Aku pun sama, suka matematik (cikgu khalid yg ajar) sampai aku minat mate sampai menengah, masuk U dan jd cikgu mate dh pun (wpun aku ada degree Eng)

p/s: bab org kenit tu, mcm familiar je dan aku alami jg tu... junior jg yg jumpa....

Responden 17:
 aku lak..!!!fuh.. !!!!

aku paling minat MATA cikgu aku.. nama dia cikgu mazwin... fuhh... !!!!
patut la sekarang aku terel matematik...
hari2 kira emas...Cikgu math aku baik ape. Manis lagii..Dia seorang gadis. Baru habis U. Ajar aku masa Tg 5. Add math. Sporting giler ngan aku.

Aku tidur dalam kelas masa dia ajar. Dia buat derk aje. Aku main2 mata dengan pelajar2 baru Tn 4, diapun buat tak kisah aje. Sebab apa? Sebabnya ake selalu jadi pelajar terbaik dalam mata pelajaran add math di alam kelas aku.
Aku masih ingat lagi cabaran peribadi cikgu tu kat aku... "Nama08 (bukan nama sebenar) mesti dapat A1 dalam SPM......".



Responden 18 :
paling minat bi sbb cikgu2 bi best..kelas pun enjoy je.

paling tak minat matematik sbb cikgu2 math dr sekolah rendah sampai ler menengah semua garang tahap maharaja..pulas perut..rotan tangan..berdiri atas meja..baling duster..adusssss...
paling best matapelajaran REHAT

masa tu cikgu tak penah masuk kelas..

Responden 19:
matematik...!!!kalau tak tegas bila nak pandainya..

tapi tgk budak2 skrg score math mcm makan kacang je..pandai2 betul.

Responden 20 :
Cool Cool Cool Cool amba minat tawarikh,,,,,,ugama islam....tapi teror bab ngaji quraan.....masa sekolah rendah lah...guru besor bengkeng gila cikgu hamzah- alfatihah......

Responden 21 :
xtau la sabjek pe yg minatnye..

yg ingat cikgu grg kan main lg..
tp grg2 cikgu pun, bile time hari guru mest bg hadiah wlupun hanya gula2 buh dlm kotak colgate..

Responden 22:
Salam,

Minat kelas yg cikgu dia baik suka bercerita. Tak minat kelas yg cikgu dia garang. Tapi minat subjek melukis sbb tak belajar...melukissss jer!
Responden 23:
Aku anak kampung masatu... Tapi aku cukup suka kalau masatu waktu mata pelajaran matematik atau bahasa Inggeris..Masatu masa aku tidur kat belakang kerana cikgu malas nak layan pelajar2 yang tak minat nak belajar.."lantak korang le"..

Sekarang xlagi..fikir ke hadapan..
Responden 24:
Sains selalu dapat A, first batch UPSR dinilai 5 subjek....(+Sains)

Penulisan selalu kena kelas pemulihan.


Yang tak best kelas saya selalu bising-bising, kacau sana sini.
Hehe, saya dulu budak baik masa sek rendah, teringat masa jadi pengawas perpustakaan, entah kenapa masa tuh giler membaca, saya pinjam buku 10 buah buku sehari dan setiap hari tukar lagi(limit 2 buku untuk sekali pinjam seorang murid) memandangkan saya sendiri yang rekod, so no hal (salah guna kuasa la ni)....last2 kantoi dengan cikgu. Apa lagi, kena pecat lah. wuu.... menangis ooii sedih masa tuh. Tahun depan jadi Pengawas pulak
Alasan, "Cikgu tak pernah ada murid macam awak, hantu membaca sampai jadi kesalahan"


psst : sampai sekarang suka membaca, terutamanya wikipedia

Responden 25 :
antara 5 subjek...

saya paling minat bahasa melayu penulisan.
ingat lagi...saya diranking pertama dalam kalangan pelajar sekolah..
yang mahir dalam bahasa melayu penulisan.
tak hairan saya digelar sasterawan negara junior masa tue.
ini pengiktirafan cikgu besar...selepas saya memenangi karangan terbaik seluruh negeri pada tahun 1992.
upsr tahun 1993..
bahasa melayu pemahaman saya A..bahasa melayu penulisan A...bahasa inggeris pemahaman A..cuma subjek matematik cacat sikit..B. heheh.
tapi saya tidak berminat untuk sambung ke sekolah menengah kerajaan.
saya cenderung untuk masuk persantren.
lalu dengan bantuan kawan baik arwah ayah..
saya masuk persantren di indonesia pada tahun 1994.
kenangan mengusik perasaan.
asal saja ia membawa manfaat kepada kepentingan ummat dan ISLAM seluruhnya.
oh yer...pasal awang kenit tue.
satu malaysia heboh. semua tue angkara kawan baik saya sendiri.
sampai hari nie..bila kami bertemu..dia menyatakan kekesalan yang amat sangat. sebenarnya...itu semua citer bohong ler!!
maafkan sahabat saya tue.

Responden 26:
paling BEST subjek MELEPAK ??? ada tak ??

sy selalu dapat A+ dlm subjek tu...
kahkahkahhh...  paling suka pelajaran no subjek...

biler cikgu ckp...wat keja masing2...fuyo.....

Responden 27:
ambe minat English sebab rase2 hok tu mp paling mudoh pahtu kemahiran hidup...belajar buat bat ping pong....pastu main ping pong dengan cikgu..

Responden 28:
Hamba bukan nak riak atau pun nipu, hamba paling suka subjek Pendidikan Islam/Agama Islam dan Bahasa Malaysia.

Hamba suka sgt Agama Islam ni, pasalnya hamba tahu banyak perkara hasil didikan ayah hamba dan dari hasil penat lelah Ustaz & Ustazah ajar di Sekolah Rendah Agama Rakyat (SAR).
Seusia darjah 4 (umur baru 8 tahun), hamba dah jadi 'jurukaka' (pengajar) mengaji/membaca Al Quran/Juzuk Amma (Johme) kpd rakan sebaya dan yg lebih tua sikit cthnya darjah 5,6 & Tingkatan 1.
Sampai skrg hamba reti banyak perkara pasal agama ni.
Syukurlah.


Responden 29:
Assalam. Saya amat minat pelajaran jawi. Saya pernah dapat hadiah 5 sen kerana boleh jawab kuiz dalam tulisan jawi(5 sen tahun 1970 besar juga nilainya)Sebab tu sampai sekarang saya boleh baca jawi dengan lancar. Pelajaran paling tak minat ialah Bahasa Inggeris. Setiap kali subjek tu diajar saya tidur, tapi kalau ada kelas tambahan dirumahnya saya pergi. Minat nak tahu tapi tak boleh ikut. Sampai sekarang amat jahil dalam bahasa ini.

Responden 30:
ambe minat Alam dan Manusia... Mata Pelajaran MUZIK..leh tiup lagu "mary had a little lamb"..kan3 belajar not..not..do re..mi..

dan yang paling minat = PJK..
hehe



Kesimpulan : Cikgu adalah Arkitek yang merencana kehidupan kita sebagai pembimbing, penerang jalan masa hadapan, cahaya lilin harapan,  garis panduan di samping kesungguhan kita sendiri dan  niat kita untuk membantu diri kita sendiri..untuk menjadi seorang manusia yang baik dan berguna untuk diri kita sendiri, bangsa,agama dan negara...