KEBEBASAN BERFIKIR-ENZO KANEDA

KEBEBASAN BERFIKIR-ENZO KANEDA
Anda Berada Dalam Jajahan Takluk Kerajaan Pelangi Dibawah Pimpinan Laksamana Pelangi Dinaungi Enzo Kaneda-Pemerintah

Rabu, 21 September 2011

Isteriku ROBOT

Kegilaan saintis Jepun, Barat hasilkan robot bagi ambil alih peranan wanita


KEDENGARANNYA mungkin agak keterlaluan tetapi disedari atau tidak, peranan manusia pada zaman serba pantas ini sedikit demi sedikit sudah diambil alih oleh mesin, yang patuh melakukan sebarang suruhan tanpa ada rungutan atau tuntutan kenaikan gaji. Kehadiran robot ini bukanlah masalah sebaliknya satu hikmah andai memudahkan urusan orang ramai seperti membantu golongan memerlukan baik yang kurang upaya dan warga tua, namun jika sudah sampai menyalahgunakan kemajuan teknologi untuk menghasilkan mesin kaku menggantikan fungsi sebenar manusia, ia bukanlah sesuatu yang boleh dipertimbangkan lagi. Kini, kegilaan saintis bertumpu kepada usaha penghasilan robot bagi memikul satu lagi fungsi manusia - menjadi peneman dan pasangan lelaki. Istilah isteri itu sendiri seakan kian hilang maknanya apabila kadar perceraian semakin meningkat dengan ramai lelaki, khususnya di Barat kini semakin tergila-gilakan robot perempuan untuk dijadikan isteri dan pemuas nafsu.

Maka lahirlah gelaran isteri tiruan yang mungkin pelik bagi kita tetapi satu keseronokan kepada segelintir insan yang mengutamakan nafsu. Situasi yang tidak dapat diterima akal ini dilihat sebagai satu bentuk diskriminasi zaman moden, dengan menterjemahkan perkahwinan sebagai hubungan antara tuan dan hamba.

Buktinya, bulan lalu, robot perempuan dihasilkan oleh sebuah syarikat Britain sebagai alat bantuan seks. Ia digelar 36C berdasarkan ukuran dadanya. Ia menyusuli ‘kelahiran’ robot perempuan seperti Actroid - setiausaha serba sempurna oleh saintis Jepun pada 2003 dan robot projek Aiko pada 2007 yang boleh bercakap dalam bahasa Jepun dan Inggeris, yang dicipta di Kanada.

Bagaimanapun, kelahiran Actroid dan Aiko lebih mulia peranannya berbanding 36C yang dicipta seorang jurutera elektrik dan saintis komputer Amerika Syarikat, Douglas Hines, yang pernah bekerja di Makmal AT&T Bell.
Hines turut berterus terang yang rekaan terbarunya, Roxxxy itu adalah ‘robot seks.’

“Ia adalah hamba cinta,” kata Hines ketika ditemubual ABCNews.com ketika itu sambil menambah ia berharga antara AS$500,000 (RM1.5 juta) dan AS$1 juta (RM3 juta) dan mengambil masa sehingga dua tahun setengah untuk dicipta.

Pelanggan yang mahukan Roxxxy sebagai teman boleh meminta syarikat berkenaan menghasilkan robot mengikut kehendak mereka. Bagi menghasilkan robot yang kelihatan dan dapat beraksi sebagai pasangan sesuai, pelanggan perlu mengisi soal selidik untuk memberikan petunjuk kepada jurutera mengenai personaliti robot berkenaan.

Walaupun prototaip robot itu dihasilkan berdasarkan seorang penuntut wanita kulit putih dengan ketinggian 1.5 meter dan 54 kilogram berat, pelanggan boleh memilih warna rambut dan mata,
Namun 36C bukanlah robot teman wanita atau isteri tiruan. Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Kimia Universiti Lagos, Dr Kingsley Abhulimen, pada 1983 satu robot perempuan Sweetheart tidak dibenarkan dipamerkan di Kolej Berkeley selepas petisyen dibuat mendakwa ia satu penghinaan kepada wanita.

Robot Aiko yang dijual pada harga RM54,000 setiap satu, adalah robot yang dilengkapi sistem ‘artificial intelligence’ atau fungsi menyamai manusia. Ia yang dibangunkan Le Trung di Kanada, memiliki ketinggian kira-kira lima kaki. Aiko atau ‘anak kasih sayang’ disifatkan peneman sempurna kerana selain mampu bertutur dalam bahasa Jepun dan Inggeris, ia juga boleh memberi reaksi atau tindak balas terhadap pertanyaan dan sentuhan.

Ia juga boleh mengenal pasti objek di depannya kerana dilengkapi alat pengesan terhadap sebarang sentuhan atau kesakitan. Malah, jika pipinya dicubit atau bahagian lain badannya dikasari, Aiko juga boleh ‘bersuara’ meminta perbuatan itu dihentikan.

Robot Actroid juga mempunyai beberapa versi yang dimulai robot dikenali Repliee Q1 dan Repliee R1 yang dibuat berasaskan budak perempuan Jepun berusia 5 tahun. Model lebih canggih diperkenalkan pada 2005 dikenali dengan nama Aichi yang membantu orang ramai terhadap lokasi dan majlis tertentu. Ini diikuti penghasilan robot Actroid model berperanan sebagai pengacara pada tahun sama serta robot Actroid Sara pada 2009. Versi terbaru Actroid itu dijual di pasaran Jepun pada harga RM67,000.

Apa yang pasti, hampir setiap tahun robot wanita itu dihasilkan dengan pembuatan yang lebih terkini, termasuk rupa parasnya yang mirip wanita biasa dengan tubuhnya turut disaluti kulit menyamai manusia. Biarpun ada yang memujinya sebagai tahap kecerdikan manusia, tetapi hakikatnya ada juga pandangan bahawa penghasilan robot wanita yang sempurna, seksi dan patuh sebenarnya mencerminkan kekecewaan emosi pencipta mereka.

Antara robot popular:

Teman pesakit strok
Robot ciptaan penyelidik Hospital Kitasato, Jepun, yang boleh membantu mangsa serangan angin ahmar memperbaiki fungsi lengan dan bahu dengan menggerakkan lengan pesakit yang lumpuh dalam pelbagai arah yang sudah diprogramkan terlebih dulu.

Robot paderi
Mula menjadi perhatian apabila sepasang suami isteri pada Mei lalu di Jepun, menjalani majlis perkahwinan berteknologi tinggi dengan robot paderi mengahwinkan mereka.
Robot I-Fairy yang dihasilkan oleh Kokoro Co menjadi robot pertama mengetuai majlis perkahwinan.

Teman kanak-kanak
Robot ‘Saya’ mungkin menjadi robot kegemaran ibu bapa untuk dibawa pulang apabila sekumpulan penyelidik di Jepun berusaha menghasilkan robot yang boleh mengawal sekumpulan kanak-kanak. Ia boleh berpusing selain mempamerkan enam emosi iaitu terkejut, takut, jijik, marah, gembira dan sedih.

Robot pelayan
Di restoran Dalu Robot di China, pelayannya hadir dalam bentuk robot membawa hidangan. Setiap robot dipasang dengan alat pengesan bagi membolehkan mereka berhenti apabila pelanggan mahu mengambil hidangan. Lebih 12 robot beraksi sebagai penyambut tetamu, penghibur dan pelayan. Pemilik restoran berkenaan, Zhang Yongpei, berkata dia berharap dapat menambah bilangan robot kepada 30 dan memperkenalkan robot yang boleh melayan pelanggan di meja serta yang mampu naik turun tangga.

Pengurus rumah tangga
Suri rumah pula pasti akan lebih tertarik memiliki pembantu terbaik dalam menguruskan rumah tangga, Roomba. Sejak diperkenalkan pada tahun 2002, ia sudah dijual lebih lima juta unit, kata syarikat penciptanya, iRobot. Gembira dengan kejayaan Roomba,iRobot turut menghasilkan lebih banyak robot praktikal termasuk Scooba, robot pencuci lantai dan Verro, yang boleh mencuci kolam.




















Keluhan seorang remaja 12 tahun

Keluhan seorang remaja 12 tahun




Baru-baru ini saya berbual dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun. Dia menyatakan kebosanannya berada di rumah sepanjang cuti sekolah.
Menurutnya kawan-kawan yang sebaya dengannya juga menyatakan perkara yang sama. Mereka tidak dapat bertemu semasa cuti sekolah kerana rumah jauh di antara satu sama lain. Jika mahu bertandang sudah tentu memerlukan ibu bapa mereka yang menghantar.

Untuk pergi sendiri tentulah ibu bapa melarang kerana kata mereka "sekarang kat luar tu bahaya bagi budak-budak perempuan, banyak orang jahat.''

Jadi saya bertanya, apa yang dia ingin lakukan masa cuti sekolah. Adakah dia mahu bercuti ke tempat-tempat lain.
Sudah tentu, katanya. Tapi dia faham bahawa kemampuan ibu bapanya untuk membawanya berjalan adalah terhad. Bukan saja dari segi kemampuan kewangan tetapi dari segi mendapat cuti daripada majikan mereka.

Kalau dapat berjalan baguslah, katanya. Dekat-dekat pun tidak mengapa. Tapi apa yang amat diinginkan untuk dilakukan masa cuti ialah membaca buku cerita.

"Membaca buku cerita?" Saya terkejut. Kenapa buku cerita? Tidakkah di rumah sudah ada komputer, laptop, notebook, smartphone dan televisyen yang memiliki saluran untuk kanak-kanak dan remaja? Tidakkah alat-alat teknologi ini jauh lebih menarik untuk kanak-kanak menggunakannya daripada buku cerita?

Tidak, katanya. Dia dan kawan-kawannya walaupun memiliki alat-alat itu di rumah dan sering menggunakannya, tetapi ia cepat menjemukan. Menurutnyalah. Buku cerita lebih menarik.
Ini berita menarik bagi saya. Walaupun dia aktif dalam facebook tapi baginya buku cerita tetap minat paling utama.

Kalau begitu mudah saja. Belilah buku-buku cerita, kata saya. Itu masalahnya, kata dia.

Kedai buku tak banyak. Yang ada jauh-jauh belaka, Untuk pergi ke sana, perlulah ibu bapa mereka yang membawanya. Di kedai buku yang kecil pula, hanya banyak buku ulang kaji sekolah. Untuk pergi ke kedai buku besar, tentulah di pusat-pusat membeli-belah yang jauh-jauh.

Tambahan pula, buku cerita pun bukanlah murah. Ibu bapa hanya dapat membelikan buku-buku cerita sekali sekala. Buku itu dalam masa dua tiga hari habis dibacanya.

Kawan-kawannya yang dari keluarga lebih susah ingin meminjam buku-buku ceritanya. Dia sayang buku-bukunya kerana takut tidak dikembalikan.

Katanya, apabila beri pinjam pada kawan selalunya pasti tidak dikembalikan. Dia bercadang hendak fotostat buku cerita itu dan beri pada kawannya. Tetapi dia kata mahal juga untuk fotostat.

Saya mencadangkan padanya dan kawan-kawan dia, pergilah ke perpustakaan dan meminjam buku.

Katanya, perpustakaan jauh. Untuk ke situ ia perlukan ibu bapa menghantarnya. Lagipun katanya, perpustakaan hanya ada buku cerita lama. Buku-buku baru tidak ada.

Lagipun meminjam buku dari perpustakaan selalu kena denda. Ini kerana untuk ke situ, dia terpaksa bergantung pada ibu bapanya menghantar. Walaupun buku yang dipinjam sudah habis dibaca tetapi bila tidak ada sesiapa menghantarnya, buku itu jadi lewat. Maka kena dendalah. Akhirnya ibu bapanya melarang meminjam buku dari perpustakaan.

Dia juga kata alangkah baik jika sekolah-sekolah ada perpustakaan dan dibuka pada masa cuti sekolah. Ini kerana sekolah tidak jauh dari rumah, berbanding dengan perpustakaan awam.

Saya kata padanya, tidakkah sekolah-sekolah ada perpustakaan? Katanya di sekolah perpustakaan dinamakan pusat sumber. Di dalamnya buku sudah tidak banyak. Yang ada ialah komputer.

Buku-buku yang ada pun buku lama. Buku cerita tidak banyak. Yang ada pun sedikit. Itupun dia dan kawan-kawannya berebut hendak meminjam hingga buku-buku cerita itu menjadi lusuh.

Semasa sekolah pun, tidak ada peluang sangat untuk pergi ke perpustakaan. Waktu rehat pendek. Waktu lepas sekolah dia perlu pergi ke sekolah agama. Pada hari Sabtu pula ada aktiviti kokurikulum.

Lagipun, katanya perpustakaan sekolah jarang-jarang dibuka dan guru-guru tidak begitu menggalakkan murid-murid membaca buku atau menggunakan perpustakaan.

Semasa menjelang cuti sekolah selepas peperiksaan dan tidak ada aktiviti hendak dilakukan, guru-guru hanya menggalakkan murid-murid menghabiskan masa dengan permainan seperti catur dan sebagainya.
Dia bertanya saya mengapa sekolah tidak mampu membeli buku-buku cerita untuk murid-murid sekolah.

Sekolah menghabiskan beribu-ribu ringgit beli komputer yang dikurung dalam sangkar besi kerana takut dicuri tetapi tidak mampu membeli buku cerita yang harganya jauh lebih murah, tanya dia.

Komputer-komputer di sekolah pun jarang digunakan, selalu rosak. Yang ada pun menjadi rebutan. Tetapi katanya dia tidak boleh membaca buku cerita dari komputer. Budak-budak hanya menggunakan komputer untuk bermain game. Memang komputer berguna untuk mendapatkan maklumat tetapi tidak ada buku cerita di dalamnya.

Akhirnya budak-budak hanya menggunakan komputer untuk menonton YouTube, tulis di facebook dan hantar e-mel, katanya.
Dia menceritakan lagi bagaimana semasa guru-guru mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dahulu. Guru-guru dibekalkan dengan alat-alat teknologi. Dari laptop hinggalah kepada paparan skrin yang disambung pada projektor dari komputer.

Menurutnya, seringkali alat-alat itu rosak dan memakan masa waktu belajar. Kini banyak alat-alat itu tersadai.
Kalaulah duit yang banyak itu digunakan untuk beli buku-buku cerita bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, katanya, alangkah baik.


rujukan :untung sabut timbul..

Kucing, manusia, bulan dan bom

Kucing, manusia, bulan dan bom


Minggu lalu, keluarga Ranon di Bangi berasa sedih. Tetapi bukan saja mereka. Jirannya juga bersedih. Ini kerana kucing mereka, bernama Blossom meninggal dunia akibat dilanggar kereta.
Manakan tidak, Blossom, walaupun makan di kediamannya tetapi setiap malam tidur di rumah jirannya. Menjadi teman tidur. Maka tentunya apabila dia sudah tidak ada, jirannya berasa kehilangan.
Setelah dikebumikan, keluarga itu serta jirannya mengumpul gambar-gambar Blossom yang sempat dirakam melalui kamera telefon selama ini untuk diabadikan sebagai kenangan.
Kucing seperti haiwan peliharaan lainnya mampu mewujudkan perasaan hubungan kasih sayang dengan manusia. Seperti antara sesama manusia.

Dua minggu lalu, seorang anak muda, Firdaus yang tinggal menyewa bersama lapan rakannya di sebuah rumah teres di Serdang menerima SMS memintanya supaya mendoakan Dol agar sihat daripada sakitnya.

Dol adalah rakan serumahnya juga. Tetapi dia kucing. Di atas papan kenyataan rumah itu, Dol turut disenaraikan sebagai penyewa rumah tetapi ditandakan sebagai tidak pernah membayar sewa.
Setelah Dol sembuh, Firdaus bercadang untuk membuat profil bagi Dol dalam facebook. Kemudian dirancang untuk mempelawa kucing-kucing lain untuk menjadi kawan Dol.
Blossom dan Dol adalah antara nama kucing yang diberikan oleh manusia kepadanya. Macam-macam nama yang pernah diberikan kepada kucing. Seorang pensyarah Universiti Malaya umpamanya pernah menamakan kucingnya Leonardo di Caprio. Ada yang bernama Mango. Memang manusia bebas menamakan kucing mereka. Maklumlah tidak perlu daftar dan tidak ada kucing yang akan memarahi mereka.

Kucing penulis yang paling diingati bernama Apollo. Masa itu penulis darjah empat. Kucing itu pun masih budak-budak. Tahun 1969. Lebih tepat lagi 20 Julai 1969. Hari Rabu. Nasib baik, pada masa itu penulis bersekolah di sebelah petang. Maka berpeluanglah penulis mendengar siaran langsung peristiwa pendaratan pertama manusia di atas bulan.

Melalui Radio Malaysia setelah mendengar celoteh juruhebah mengenai Apollo 11, maka akhirnya dapat disiarkan suara angkawasan Neil Armstrong yang mendarat di bulan. Dengan suara yang berpecah-pecah dipancar melalui Houston, Texas, Armstrong menyatakan bahawa satu jejak kecil baginya tetapi adalah lonjakan bagi manusia.
Ketika itu, anak kucing itu melompat ke atas radio. Maka penulis pun menamakannya Apollo.
Tetapi sepanjang hidup penulis, sudah banyak kali mengangkat bangkai kucing untuk dikebumikan. Ada yang mati kerana sakit, tua dan juga dilanggar kereta. Setiap kali kucing mati, maka akan terasa kesedihannya.

Kucing-kucing itu semua bernasib baik mempunyai sahabat dari kalangan manusia yang memberikan mereka kasih sayang. Begitu juga dengan haiwan peliharaan lain seperti anjing dan iguana.

Bagi mereka yang tidak bernasib baik, haiwan-haiwan ini menanggung derita diseksa oleh manusia.
Begitu juga manusia bernasib baik apabila mereka hidup dipenuhi kasih sayang. Bagi mereka yang tidak bernasib baik, habis umurnya menanggung penderitaan kerana tidak disukai manusia

Jadi bukan dikira sama ada sasaran kasih sayang itu adalah haiwan atau manusia. Terhadap manusia pun, mereka boleh memberikan kebencian hingga tidak berasa apa-apa untuk melakukan pembunuhan.

Bukan saja membunuh orang yang tidak bersalah tetapi juga menghancurkan diri sendiri. Itulah apa yang berlaku di Jakarta Khamis lalu. Seperti tiga tahun lalu, pengebom-pengebom itu membunuh diri dan orang sekeliling tanpa belas kasihan.

Begitulah otak manusia. Mereka mampu membuat perkara-perkara yang bertentangan di antara satu sama lain. Ada manusia boleh memberikan kasih sayang kepada haiwan yang boleh dilayan seperti manusia juga.
Tidak kurang pula yang sanggup menghancurkan manusia yang lain, termasuk dirinya atas apa yang terdorong dalam otaknya. Kalaulah dengan diri sendiri pun, mereka sanggup memusnahkan, maka apatah lagi dengan makhluk lain, manusia dan haiwan.

Otak kucing mungkin lebih ringkas dan difahami. Mereka cuma mahu hidup dan membiak. Maka apabila didapati manusia menyayangi mereka, itu mudah bagi mereka untuk membalasnya.
Tetapi otak manusia begitu rumit dan kompleks. Di satu ketika, mereka boleh merancang hingga mampu menjejak kaki ke bulan, tetapi pada waktu lain, boleh merancang untuk membuat bom, meletupkan dan membunuh sesama manusia.

Ketika yang sama banyak pula aktivis yang bergiat menyelamatkan haiwan-haiwan daripada kepupusan. Dengan dana yang besar dan pelbagai usaha yang rumit mereka berusaha menyelamatkan penyu, beruang, jerung dan segala macam haiwan.

Apakah yang mendorong aktivis ini untuk berkorban tenaga dan benda bagi menyelamatkan haiwan? Otak manusia ini juga kompleks.


Namun begitu, apa yang dapat dilihat kebanyakan aktivis pencinta haiwan ini datangnya daripada negara-negara maju. Sementara pengganas yang cenderong untuk membunuh dirinya dan sesama manusia datangnya dari negara-negara mundur.

Maka tidakkah terdapat tanda-tanda bahawa nilai kemanusiaan itu datangnya daripada sikap yang turut menyayangi haiwan. Sementara apa yang boleh disifatkan sebagai tindakan kebinatangan, ia merujuk kepada manusia yang zalim kepada sesama manusia.


rujukan :Oleh Zin Mahmud













Manusia sentiasa memakai topeng

Manusia sentiasa memakai topeng



SEBENARNYA sebelum merebaknya penyakit H1N1 manusia kebanyakannya telah memakai topeng. Topeng yang selalunya dipakai oleh manusia begini tidak nampak.

Jarang sekali kita mendapati manusia menunjukkan dirinya yang sebenar. Diri yang dilihat oleh orang ramai dengan diri yang sebenar selalunya berbeza. Misalnya kepada umum seseorang pemimpin masyarakat itu boleh menunjukkan bahagian dirinya yang alim, warak, kerap menasihati orang berbuat baik tetapi dirinya yang sebenar jauh berbeza.

Kadang-kadang kita tahu orang itu menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan kepadanya tetapi kepada umum dia tidak menampakkan bahagian yang dia menyalahgunakan kuasa tetapi menampilkan bagaimana dia taat sekali menjalankan amanah yang diberi kepadanya.

Hanya mereka yang menjadi mangsa kepada penyalahgunaan kuasanya saja yang tahu diri manusia itu sebenarnya. Oleh sebab mangsa takut atau diancam akan dilakukan sesuatu terhadapnya, mangsa akan terus berdiam diri.
Ada juga yang menyalahgunakan kuasa ini tertangkap atau didakwa di mahkamah tetapi ramai juga yang terus bermaharajalela dengan amalan buruknya. Kadang-kadang sudah jelas seseorang yang melakukan penyalahgunaan kuasa itu bersalah tetapi disebabkan kecekapan peguam berhujah di mahkamah, manusia itu boleh bebas. Banyak kita lihat kes yang sebegini.

Sesetengah peguam itu mempunyai reputasi untuk menyambut kes-kes yang mirip kepada penyalahgunaan kuasa kerana dia tahu kes sebegitu mempunyai publisiti yang tinggi dan kalau dia menang, namanya akan melonjak naik.

Kita perhatikan mereka yang bersalah dari segi gerak laku mereka. Kebanyakan mereka tidak menunjukkan gerak laku orang yang bersalah dan menyesal. Dalam kes-kes rasuah misalnya mereka yang didakwa boleh ketawa-ketawa walaupun mereka sedar orang media sentiasa di hadapan mereka.

Orang sekarang sudah tidak ada rasa malu lagi membuat kesalahan. Mereka yang didapati bersalah kerana mendera pembantu misalnya boleh menampilkan bahagian diri mereka yang sedih konon kerana ingin diberikan pertimbangan. Kalau dilihat penyeksaan yang telah dilakukannya, nauzubillah, berbanding dengan manusia yang pijak semut pun tak mati dalam mahkamah, sekali lagi beliau memakai topeng.
Bagi mereka yang walaupun tidak jadi mangsa kepada manusia bertopeng ini, tapi ada kalanya tahu apa sebenarnya di belakang topeng orang tertentu. Mereka ini akan ketawa sendirian melihat gelagat manusia yang bertopeng itu. Kenyataan mereka mungkin disanjung oleh orang yang tak tahu diri mereka sebenar tetapi bagi mereka yang tahu latarbelakang perangai buruk mereka, mereka akan berdekah ketawa.
 
 Banyak kita terdengar orang terpedaya dengan macam-macam gaya, ditipu duit, ditipu berubat, ditipu berkahwin dan seribu satu macam lagi. Ini kerana orang tidak melihat diri orang yang memakai topeng tersebut. Macam orang sedang bercinta, semuanya seronok, selalu makan angin, selalu tengok wayang, selalu lepak bersama.
Lepas kahwin saja macam monster perangai. Semasa itulah menyesal tak sudah. Walaupun banyak yang boleh dijadikan contoh tetapi manusia mudah lupa dan banyak lagi terus terkena.
Saya masih ingat seorang ustaz saya semasa sekolah agama rendah dahulu yang begitu garang, garang muka, garang perwatakan. Pakai smart siap bercelak. Saya hairan kenapa ustaz itu (datang naik basikal) berbaju Melayu bersamping hari-hari begitu garang.
Korek-korek rupanya dia berminat dengan seorang anak dara kampung itu tetapi tidak dapat sambutan. Jadi dia lepas geram kepada kami anak muridnya. Sebenarnya sebelum dia jatuh hati dengan anak dara kampung itu, dia baik orangnya.

 Begitu juga di pejabat. Ketua jabatan mungkin bila mesyuarat baling fail, baling pena, mengherdik, memaki hamun seperti yang terdapat dengan suatu jabatan kerajaan yang saya ada hubungan. Semua orang tahu perangai ketua jabatan tersebut. Rupa-rupanya ketua jabatan itu takut bini di rumah macam tikus jatuh ke beras tetapi di pejabat kalah harimau betina.
Sandiwara manusia ini menarik bagi mereka yang sedar ramai orang yang bertopeng. Kadang-kadang dengan tidak disedari oleh mereka yang bersandiwara ini, tabiat sebenar diri mereka terkeluar. Ini yang banyak kita lihat akhir-akhir ini.
Pergolakan yang kita lihat hari ini baik di peringkat negara mahupun di peringkat antarabangsa, kebanyakan manusia memakai topeng diri mereka. Misalnya di peringkat antarabangsa presiden Amerika dulu, George W. Bush kata Iraq di bawah Saddam Hussein ada senjata yang boleh menjahanamkan dunia tetapi sebenarnya dia hendak menguasai minyak Iraq. Saddam Hussein sudah menjual minyaknya menggunakan Euro.
Kita lihat Presiden Obama sekarang, sambil dia kata ingin merapatkan diri dengan orang Islam, sikap Israel yang degil dan biadap tidak mahu memberhentikan pembangunan rumah di tanah Palestin berterusan.
Berpuluh kali Iran mengatakan kuasa nuklear hanyalah untuk tenaga tetapi terus mempengaruhi dunia mengatakan Iran ialah pengancam ketenteraman dunia. Sebab Israel dekat dengan Iran.

Di negara kita terlalu banyak contoh yang boleh di ketengahkan. Buka saja surat khabar hari-hari terlalu banyak dalam pelbagai bidang kita akan terjumpa sandiwara manusia ini.

Oleh sebab politik penting lebih banyaklah cerita dalam akhbar tentang politik, yang sudah kalah tak tahu nak berundur, yang ditolak pun tak mahu pergi. Sementara itu yang berangan-angan meneruskan angan-angan mereka. Maka begitulah seterusnya.

Seboleh-bolehnya manusia akan menyorok sifat diri mereka yang sebenar. Macam orang homoseksual. Dia tidak akan mengaku dalam masyarakat kita atau mungkin sudah ramai yang berani mengaku mereka homoseksual kalau dilihat gelagat sesetengah orang itu.
Mungkin ada orang itu tiap-tiap bulan buat usrah di rumahnya – panggil kawan-kawan datang dengar ustaz bersyarah pasal agama, makan-makan sikit. Biar orang cakap, “Oh dia itu kuat agama, selalu ada majlis usrah.” Padahal perkara yang sebenarnya mungkin mengamalkan sikap “mujur lalu melintang patah.”
Bagi Islam, orang yang apabila bercakap dia bohong, bila berjanji dia mungkiri, bila diberikan amanah dia mengkhianati, orang itu tergolong dalam golongan orang munafik. Orang munafik lebih teruk daripada orang kafir. Di zaman Rasullullah, Allah melarang Rasullullah menyembahyangkan orang munafik yang mati. Tetapi manusia sudah takut mati.


DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Isnin, 19 September 2011

LIFE IS A PROBLEMM...???

LIFE IS A PROBLEMM...???
             Masalah = complication, problem, question, trouble.

Setiap orang mempunyai masalah. Hanya kadang-kadang masalah dapat dianggap menjadi tidak masalah selagi masih berada dalam kawalan kita. Maka masalah adalah sesuatu yang di luar kawalan kita. Sesuatu yang tidak kita inginkan bukan bererti akan menjadi masalah kepada kita.
Hal ini tergantung kepada pola pikir kita, apakah kita menganggapnya sebagai masalah atau sebagai peluang maupun tentangan.
Yang harus dibentuk adalah mindset kita. Masalah adalah untuk mendewasakan atau mematangkan kita. Masalah juga sebagai pembelajaran buat kita, juga sebagai stresor agar kita mampu berpikir kritis, hati-hati, dan dinamik.

                         Definasi Masalah di antaranya;

Masalah – suatu suasana, perbuatan manusia dan kejadian yang mengakibatkan kesan tidak selesa kepada 3 elemen utama kejadian manusia iaitu fikiran, perasaan dan jasad.
Contoh suasana, perbuatan manusia dan kejadian – iklim,cuaca,kesilapan manusia,kesalahan manusia,wabak penyakit,bencana alam dsbgnya.
Contoh kesan tidak selesa kepada :
Fikiran
  • Lupa,lalai,bingung,keliru,kusut dsbgnya.
Perasaan
  • Benci,sakit hati,bimbang,sedih,marah,kecewa,bosan,takut,risau,malu dsbgnya.
Jasad
  • Sakit,pedih,penat,ngantuk,lapar,dahaga dsbgnya.
    * PERUBAHAN – boleh juga menyebabkan kesan tidak selesa.
Antara sebab masalah tak selesai atau bertambah kusut..
"Most people spend more time and energy going around problems than in trying to solve them "
 masalah mematangkan dan memaniskan hidup kalau bersabar dan berusaha mencari jalan penyelesaian tetapi menjadi bala sekiranya asyik merungut dan tiada usaha mencari penyelesaian...
ZON SELESA


“seseorang atau sesuatu yang berlindung dalam sesuatu area atau kawasan baik dari segi fizikal mahupun spiritual dan emosi”
Sebenarnya, teori ini merujuk kepada fikiran dan tingkah laku seseorang manusia sebenarnya. Kebanyakkan manusia mempunyai perangai sebegini. Mereka sentiasa berlindung di ‘zon selesa’ dan tidak mahu berubah. Sebenarnya, zon selesa @ selamat itu sendiri tidak akan jadi ’selamat’ jika terlalu lama ‘tinggal’ di kawasan sedemikian. Ini kerana, masa sentiasa berubah dan zon itu tidak mungkin akan dapat mengejar masa yang berlalu pantas.

Berlindung terlalu lama di zon selesa sebenarnya bermaksud “tidak mahu berubah seiring masa dan sering beranggapan mereka sentiasa betul dan benar padahal mereka salah dari segenap segi”
Jadi, di sini kita dapat saksikan bahawa masa semakin pantas dan kita seperti di hambat dek teknologi serta arus ketamadunan. Jika kita masih berada di zon selesa, dan tidak mahu keluar dari kepompong itu, ucaplah selamat tinggal pada dunia kerana anda mungkin tidak akan mengejarnya lagi.
Akhir kata, untuk berlindung di zon selesa @ selamat yang baru dan meninggalkan zon selesa yang lama ini, lakukanlah impian anda tapi selaraskanlah dengan ilmu dan peristiwa masa depan yang sungguh banyak di tawarkan. Jangan risau mengenai perang sebelum itu. Itulah perang mereka yang mempertahankan zon selamat lama yang bakal musnah. Dek kerana keengganan mereka, ramai yang menjadi mangsa. Jadi, janganlah risau tentang itu. Bagi mereka yang sudah ‘nampak’ masa depan, teruskan usaha anda dan semoga berjaya. InsyaALLAH.
  • Orang Awam Melarikan Diri Dari Masalah, Orang Yang Bijaksana Mengutip Masalah.
  • Jika seseorang ditimpa Masalah, Seseorang yang lain akan mendapat Peluang!.
  • Tiada masalah maka anda bukanlah manusia....
  • Masalah itu dari faktor luar dan dari dalam diri sendiri.
  • masalah yg paling besar adalah tiada masalah
  • masalah yg paling besar juga ialah tidak mengenal tujuan utama manusia dijadikan
AlQuran : tidak Aku jadikan jin & manusia kecuali utk beribadat akan daku

"Problem is a challange in life but problems are a problem that need to be solved....

Sebab itulah perlu ditegaskan, " what happened to you is not as important as what happen IN YOU." Jadikan apa saja masalah sebagai normal dalam kehidupan, maka akan terlerailah rasa ia adalah sebagai yang membebankan.

Jangan jadi seperti bangau..
Bangau oh bangau, mengapa engkau kurus?
Macamana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan, mengapa tak mahu timbul?
Macamana aku tak timbul, rumput panjang sangat
Rumput oh rumput………….

Masalah Komunikasi (selingan)

Seorang makcik dari Kelantan telah sampai ke Hospital Besar Ipoh utk.menziarah saudaranya yg.cedera parah dalam satu kemalangan ngeri.
Sebaik jer sampai ke Wad Kecemasan;
Makcik: Puwe Misi, Makcik tumpey tanyo, mana dio Wad Kecemase..??? (kecemasan kecek kelate)
Jururawat: Maaf Makcik.. di sini tak ada Wad Kencing Masam,yg.ada hanya Wad Kencing Manis jerk.(dgn.muka poyo)
Makcik: .. .. .. (mengaru kapla yg.tak gatai)


Pujuk diri dengan Firman Allah ini:
( وَمَآ أَصَـٰبَڪُم مِّن مُّصِيبَةٍ۬ فَبِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِيكُمۡ وَيَعۡفُواْ عَن كَثِيرٍ۬ (٣٠

yang maksudnya:

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (Surah Asy-Syura: ayat 30).

[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan [ke-6, hal. 1292].

Most people spend more time and energy going around problems than in trying to solve them.


Masalah akan selesai bila anda fokus pada penyelesaian masalah. Kebanyakan daripada kita tidak tahu cara minda separa sedar bekerja. Kesannya, hidup kita seperti dikawal oleh fungsi ‘auto-pilot’ – kitaran hidup kita sama saja setiap hari. Kita mengalami masalah yang sama setiap hari, kita melalui situasi-situasi sama setiap hari.
Untuk kita merubah diri ke tahap yang lebih baik, kita perlu memahami bagaimana untuk mengawal minda separa sedar supaya dengan itu kita dapat mengawal hidup kita. Maksudnya, kita boleh memunculkan situasi-situasi yang kita mahukan, kita boleh mencapai apa saja yang kita nakkan bergantung pada kemahuan kita.


Ramai orang suka memikirkan masalah juga menggambarkan masalah. Masalah adalah gambaran minda yang kecil sebab masalah ada situasi yang kecil, berlaku di masa sekarang (bukan di masa hadapan).


Kita tak nak masalah muncul dalam hidup kita. Tapi, kita selalu berfikir tentang masalah, memikirkan masalah dan meratapi betapa malangnya hidup kita sebab dirundum masalah.


Masalah yang muncul dalam hidup kita sebenarnya berpunca dari fikiran kita sendiri, jadi kita kena bertanggungjawap atas segala kesilapan dan permasalahan yang dah berlaku.


Fikirkan cara bagaimana nak menyelesaikan masalah. Masalah akan selesai di saat Anda mulai fikirkan cara penyelesaiannya, bukan memikir masalah tu sendiri. Itu lebih baik dari asyik memikir masalah.


  Berpikir Secara Mendalam
Banyak yang beranggapan bahawa untuk "berpikir secara mendalam", seseorang perlu memegang kepala dengan kedua telapak tangannya, dan menyendiri di sebuah ruangan yang sunyi, jauh dari keramaian dan segala urusan yang ada. Sungguh, mereka telah menganggap "berpikir secara mendalam" sebagai sesuatu yang memberatkan dan menyusahkan. Mereka berkesimpulan bahawa pekerjaan ini hanyalah untuk kalangan "filosof".
Padahal, sebagaimana telah disebutkan dalam pendahuluan, Allah mewajibkan manusia untuk berpikir secara mendalam atau merenung. Allah berfirman bahwa Al-Qur'an diturunkan kepada manusia untuk dipikirkan atau direnungkan:
"Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu, penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan (merenungkan) ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai pikiran" (QS. Shaad, 38: 29).

Yang ditekankan di sini adalah bahawa setiap orang hendaknya berusaha secara ikhlas sekuat tenaga dalam meningkatkan kemampuan dan kedalaman berpikir.

Kita merasa malas untuk meninggalkan kehidupan lama yang ‘selesa’.
Selesa di sini bermaksud kurang berusaha untuk akhirat, melakukan ibadah secara minima. Merasa cukup pula dengan apa yang telah dilakukan dalam hidup kerana beralasan yang kita ini umat akhir zaman yang serba lemah.


Sedangkan masa kita di dunia ini amatlah singkat, jarak antara kewafatan Baginda dengan kita amatlah jauh di mana di antara jarak itu pula penuh dengan fitnah dan pancaroba yang bukan sedikit. Tiada jalan lain untuk ‘kembali’ kecuali berusaha mendekatiNya dengan sebenar-benar jalan...

Musibah atau ujian merupakan fitrah dalam kehidupan. Hanya orang-orang yang mati sahaja tidak diuji.
Sekiranya penyudah hidup mereka baik, maka baiknya kehidupan mereka selepas mati.
Sebaliknya, mereka akan diazab dan diseksa. Semoga Allah memberi kita kehidupan yang bermanfaat dan kesudahan hidup yang baik.


Masalah boleh menolak atau memotivasikan individu untuk bergerak ke hadapan (dari aspek pemikiran & tindakan) yang boleh memberi jalan penyelesaian. contoh yang patut kita insafi...Tabiat yang luar biasa sang semut;

1.Berjamaah

2.Tertib & Sistematik

3.Tekun

4.Taat

5.Istiqomah

Semut tidak pernah menyerah kalah. Bila ada sesuatu menghalang dan berusaha menghentikan langkah mereka, mereka selalu akan mencari pelbagai jalan lain. Mereka akan memanjat ke atas, menerobos kebawah atau mengelilinginya. Mereka terus mencari jalan keluar untuk menuju tujuan/matlamat
Sebagai seorang Islam dan beriman kepada Allah akan menerima semua yang tidak disukai oleh dirinya itu sebagai ujian tuhan.
Namun sejauh mana kita faham dan melihat ujian-ujian itu dari kehendak tuhan.Bagaimana kita dapat bersikap baik sangka kepada tuhan yang mendatangkan ujian dan kita benar-benar redha apa yang terjadi.

 Mampukah kita tersenyum dan tanpa rungutan,sejauh mana kita dapat bersabar sehingga masaalah itu diganti dengan keamanan,kebahagian dan kembali diri dalam keadaan sukacita serta gembira.
"Sungguh menakjubkan perilaku orang mukmin. Semua keadaan adalah baik baginya. Jika beroleh kesenangan dia bersyukur, yang demikian itu adalah baik baginya; dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, dan yang demikian itu adalah baik baginya. Perilaku seperti itu hanya ada pada diri seorang mukmin." (HR Muslim dan Ahmad)

Kita tahu akan makna “Dari tuhan ia datang, kepadanya jua ia kembali” dan kita tahu makna kalam “Tiada daya upaya melainkan izin Allah”.dan erti berserah diri, redha, sabar serta berusaha.
Bagaimana kita mampu mempraktik ajaran-ajaran tuhan ini dalam menghadapi apa jua masalah. Amalan ini hanya mampu dilakukan kepada mereka yang YAKIN dengan janji Allah. Banyak janji-janji Allah dinyatakan kepada mereka yang sanggup sabar, baik sangka, redha, pasrah dan tidak putus asa dalam berharap pertolongan Allah.

"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan," (Alam Nasyrah: 5-6).

Akan tetapi ramai sekali yang begitu mudah berputus asa serta asyik merunggut menyalahkan pihak lain daripada memikirkan cara menangani masalah dan ujian itu.
Walaupun masalah itu tidak dapat diatasi, mereka harus menerimanya dengan reda dan yakin pasti ada hikmah tersembunyi di sebalik peristiwa pahit itu.


Siapa yg.tak risau dan gelisah bila duduk dalam permasalahan. Namun jiwa yang telah memahami akan tenang dan jasadnya terus bertenaga membawa usaha.Hati terus menaruh harapan dan yakin dengan janji tuhan.

APabila mengingati tuhan dalam keadaan bermasalah pastinya mempunyi banyak hikmah dan terbuka pelbagai petunjuk.
Maka itu belajarlah mencari masalah orang dan suka menolong orang bermasalah,... sebelum Allah mendatangkan masalah untuk diri sendiri.

Banyak orang bersikap pentingkan diri sendiri dan tak ambil kisah kesusahan orang lain.Kerana ia tak suka dengan masalah. Jesteru itu Allah berikan ia masalah.

Tentang masalah ne kita boleh ketogerikan kepada 4 perkara.

1.Masalah dengan harta benda.

2.Masalah dengan manusia.

3.Masalah dengan diri sendiri.

4.Masalah dengan Tuhan.

Penentuan Masalah Sebenar:

– Memahami masalah yang timbul, mentafsir dan seterusnya menentukan masalah sebenar atau situasi utama.
– Mengumpul maklumat atau data yang relevan dengan permasalahan melalui temubual, pemerhatian serta kajian lanjut.

Menentukan kejelasan permasalahan;
• Apakah masalah tersebut?

• Sejauh manakah ia mengganggu emosi & pemikiran?

• Bagaimanakah konteks keseriusan masalah tersebut dalam kehidupan seharian?

• Apakah punca masalah tersebut?

• Apakah tindakan yang pernah diambil & apakah hasil dari tindakan tersebut?

Sememangnya masalah itu terjadi dengan asbab. Asbab diri sendiri atau pun kerana orang lain.Kedua-duanya tidak perlu dipertikaikan dan dipersoalkan.Tidak ada kata-kata hairan kenapa dan mengapa dan apakah serta bila.

Kita jangan merasakan bila mana amalan kita telah baik dan berusaha mendekati tuhan,maka terkecualilah kita dari ujian-ujian.Sesungguhnya ujian-ujian itu adalah tangga kepada kita untuk naik kehadratnya.Semakin banyak ujian yang berjaya ditempuhi dengan sifat-sifat terpuji maka semakin hampir kita kepadaNya.

Sehinggalah kita tidak memilih tentang apa ujian yang datang semuanya adalah sama. Kerana setiap ujian itu telah Allah pilih mengikut kemampuan penanggungnya.Sedangkan manusia telah merasakan sangat berat dan menderita.

Allah berfirman, bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." ( 286, Surah al-Baqarah)

Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Menyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan tertentu.

Menyelesaikan sesuatu masalah boleh menjadi cabaran kepada seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan masalah akan menimbulkan keseronokan.

Kita akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya kita mula rasa terdesak untuk menangani keadaan yang tidak menyenangkan.

Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang telah mengambil kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif, maka pilihan itu hendak dipertimbangkan semula ataupun ditolak.

Apabila anda berada dalam situasi berikut, adakah anda berfikir untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah?

Sebenarnya, kemahiran berfikir membuat keputusan berkait rapat dengan menyelesaikan masalah.

Objektif menyelesaikan masalah:

  • Membuat penyelesaian yang terbaik
  • Mempertimbangkan banyak pilihan untuk membolehkan kita bertindak dengan bijak setelah memikirkan banyak pilihan dan kesan akibatnya.

Kemahiran Membuat Keputusan

Membuat keputusan ialah satu proses mental di mana seseorang itu bertindak untuk memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.
Andaikan anda sebagai ketua jabatan yang berhasrat hendak membuat keputusan sama ada hendak memecat pekerja anda ataupun tidak. Sekiranya anda hendak membuat keputusan yang bijak, berhikmah, dan sukar dipertikaikan, apakah yang anda mesti lakukan?

Tentulah anda hendak mengelak daripada membuat keputusan yang merugikan. Justeru, anda tidaklah boleh berfikir secara terburu-buru. Anda kenalah menggunakan sumber maklumat yang berasas serta mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk mencari pilihan yang terbaik.

Maka anda perlulah rasional, sabar, berfikir panjang, dan mendalam supaya keputusan yang anda buat itu tekal, kekal, dan muktamad tanpa sebarang keraguan dan kerugian.

________________________________________
Berfikiran terbuka dan berpandangan jauh dalam merancang strategi juga memainkan peranan yang amat penting dalam setiap proses penyelesaian masalah.

Syaidina Ali ada berkata; “Suatu kebatilan yang tersusun akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun”.
Melalui hadis tersebut bolehlah disimpulkan bahawa teknik dan strategi yang mantap dan tersusun sangatlah penting sekiranya kita menginginkan kejayaan. Tetapi harus diingatkan bahawa sebaik mana pun perancangan kita, jangan pernah lupa pada perancangan Yang Esa kerana sesungguhnya Allah adalah sabaik-baik perancang.
Kita juga hendaklah sentiasa yakin dengan bantuan dan janji-janji yang telah disebutkan oleh Allah. Jangan sekali-kali meragui janji Allah kerana sesunggunnya Allah tidak akan pernah mengingkari janjiNya. Justeru, sebagai orang islam yang beriman kepada Allah, kita mestilah sentiasa berdoa dan bertawakal kepda Allah kerana segala perkara yang berlaku kepada diri kita mahupun orang lain telah ditakdirkan oleh Allah.
Oleh itu, bersyukurlah dengan nikmat dan ujian Allah yang diturunkan kepada hambanya yang beriman. Firman Allah:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”

Beberapa minggu lepas aku ada berbicara dengan ayahku tentang sikap, karenah dan ragam manusia yang bermacam jenis gaya dan cara.

Kekadang ada di antara kita yang terlalu mudah nampak keburukan insan lain daripada keburukan diri sendiri.
Aku pernah menghadapi kritikan yang negatif, dan aku dianggap seorang yang berfikiran sempit apabila aku memberikan komen yang agak keras terhadap industri hiburan berkiblatkan barat.

Aku mengaku mungkin selama ini pendekatan yang aku gunakan untuk menegur kesilapan orang lain agak kenservatif sehingga membuatkan ada insan lain yang terguris hati.
Oleh itu mengikut keadaan masyarakat kini yang mudah terpengaruh dengan budaya hedonisma, aku harus menegur golongan seperti mereka dengan cara tidak langsung dan pendekatan yang bil hikmah(bijaksana).
Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian aku, apabila ada kenyataan negatif seseorang yang membuat aku keliru hingga tidak tahu hendak mengkategorikan kenyataan tersebut sama ada sekadar komen biasa atau pun kritikan untuk cari gaduh.
Perkara itu timbul hanya kerana apabila aku menyebut tentang pentingnya berendah hati, lantas dia berkata dengan nada yang berbunyi,
"Jika 'ilmu tasawuf kita tinggi pasti kita akan menjadi insan yang berendah hati, namun dalam masa yang sama juga kita tidak boleh menyakiti hati dan perasaan orang lain"

Namun aku melihat kritikan mahu komen tersebut dari sudut yang positif. Dan aku menganggap ia adalah hal remeh temeh yang tidak seharusnya diperbesarkan.

Kerana aku paling tidak gemar membesar-besarkan hal remeh temeh.
"Small mind people always talk about people. Middle mind always talk about items. High level mind always talk about ideas"

Lagi pun mungkin ada kebenarannya apa yang mereka lemparkan kepadaku itu. Justeru itu semasa dalam perbualan antara aku dan ayah, ayah menasihatiku dengan berkata,
"Sabarlah apabila kita dikritik atau dikutuk, biarkan sahaja".
"Kekadang ada orang tidak nampak kekurangan mereka sendiri, malahan lebih gemar nampak kekurangan insan lain."
Seperti kata Dr. Abu Hassan Hasbullah yang juga pengasas Zentrum Future Studies,
"Jadikan teguran itu suatu budaya, teguran itu adalah seni".
Lantaran dari itu ayah turut berkongsi sebuah tip untuk mengenali diri yang beliau pernah pelajari suatu ketika dahulu.
Dan kata ayah,
"Inilah konsep mudah muhasabah diri yang dinamakan 'Tingkap Jauhari', yang kebanyakkan manusia tidak mengamalkannya".

K.T. = Kita tahu dan orang lain pun tahu tentang kelemahan, kekurangan, kelebihan, kebaikan dan keburukan yang ada pada diri kita.
K-T = Kita tidak tahu tetapi orang lain tahu tentang kelemahan, kekurangan, kelebihan, kebaikan dan keburukan yang ada pada diri kita.
T.K. = Kita tahu tetapi orang lain tidak tahu tentang kelemahan, kekurangan, kelebihan, kebaikan dan keburukan yang ada pada diri kita.
T-K = Kita tidak tahu dan orang lain pun tidak tahu tentang kelemahan, kekurangan, kelebihan, kebaikan dan keburukan yang ada pada diri kita. Tetapi hanya Allah sahajalah Yang Maha Mengetahuinya.

Semenjak dari itu, aku cuba mengamalkan konsep 'Tingkap Jauhari' yang ayah ajarkan. Dan aku tidak pernah mengsia-siakannya. Ternyata ianya benar-benar berkesan.
Semenjak dari itu, ianya membuatkan aku berasa mampu menghadapi apa jua kritikan dalam keadaan tenang dan sabar. Serta menjadikan aku insan yang mudah menghormati pendapat orang lain.

Oleh itu mengapa tidak anda cuba mempraktikkan konsep 'Tingkap Jauhari' dalam proses untuk mengenali diri.

Aku berpendapat, seandainya seluruh masyarakat Muslim mengamalkannya, pasti kita semua dapat hidup dalam keadaan harmoni dan lebih berakhlak mulia.
Seterusnya ummah akan terselamat dari segala bentuk perpecahan yang semakin meruncing sekarang ini. Dan dunia Islam akan lebih indah, bersih dari segala kemungkaran, korupsi, pecah amanah dan sebagainya. Maka ummah akan hidup dalam aman dan makmur.

Kesimpulannya, satu perkara yang kita harus ingat, yang mengetahui segala-segalanya tentang diri kita kita secara mutlak hanyalah ALLAH S.W.T.

Firman Allah S.W.T di dalam ayat 65, Surah An-Naml:

"Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)."

4 PUNCA HIDUP MANUSIA TIDAK TENTERAM

Apa yang Al Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

1. Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan "keseronokan" atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

2. Kita terlalu banyak "komplen" dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

3. Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

4. Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah "kematian" itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki:
"Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."
Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah.
Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA. Bolehkah kita lari daripada masalah?
• Mengikut lumrah hidup – tidak mungkin
• Beberapa ayat Al Quran tentang masalah

Be sure We shall test you with something of fear
and hunger some loss in good or lives or the
fruits (of your toil) but give glad tidings to those
who patiently persevere (2:155)

It is He who made you trustees on the earth,
and exalted some in rank over others in order to
try you by what He has given you (6:165)

Nabi saw bersabda: "Sabar yang bernilai tinggi adalah bertabah hati pada permulaan datangnya musibah."



rujukan..tranungkite.net